06 Jun 2009

DULU TAK MINAT...SEKARANG JADI HOBI BARU....

Kali ni Kakintan nak cerita sikit tentang hobi baru Kakintan ni....dulu memang Kakintan tak minat nak tanam pokok pokok bunga ni...salah satu daripada sebabnya ialah Kakintan tinggal dikawasan yang terhad untuk bercucuk tanam...alahai itu mungkin alasan je kut...he...he....tapi entah kenapa sejak 2/3 tahun kebelakangan ini ianya menjadi hobi pada diri Kakintan...masa yang lapang Kakintan penohkan dengan aktiviti melayan pokok ni semua...rasa seronok dan macam satu kepuasan pulak bila pokok pokok yang Kakintan tanam ini hidup subur menghijau dan berbunga....terutama bila musim hujan pokok pokok ni begitu segar kelihatan....seperkara lagi yang ingin Kakintan kongsikan disini ialah Kakintan suka pada tanaman paku pakis....Kakintan suka tengok daun daun nya yang menghijau bila pagi hari...kalau tak percaya tengok ni....kebanyakkan pokok pokok ni Kakintan tanam dalam pasu gantung....seronok bila tengok pokok ni bergayutan dan serba hijau....kalau ada yang jenis berbunga pun jenis yang tahan lama....jum lihat pokok pokok yang Kakintan tanam ni....









Kalau jenis yang berbunga..Kakintan paling suka pokok bunga ni...sebab bunga nya kecil2 dan warnanya pula merah terang..

Pokok paku ni Kakintan tenggekkan pasunya diatas dulang tembaga koleksi arwah MIL sesekali Kakintan cuci juga dulang tembaga tu bagi berkilat....tapi tak bolih selalu..takut bertukar tangan..he...he.....pasu naga tu pun Kakintan ambil dari koleksi arwah MIL...sebenarnya pasu tu dah pecah...tapi Kakintan gunakan tanah liat untuk menampalnya.
Ramai juga yang bertanyakan pasu naga tu....mereka nak membeli nya..tapi sayang Kakintan tak kan jual....sesekali Kakintan alih pasu tu letak kat bilik air buat takongan air(rasa macam rumah kat kampong pulak bila buat begitu)...andaikata rumah Kakintan rumah teres mau rasanya letakkan ditepi pintu masok siap dengan gayong yang dibuat dari tempurung.....baru la nampak klasik kan....


Ini juga pokok yang paling Kakintan minati...suka tanam banyak banyak..bila tengok dia berjuntaian hati rasa tenang ditambah dengan warna kehijauan nya tu....ikut citarasa masing masing kan....ada kawan Kakintan pulak dia kata kalau nampak pokok ni berjuntai juntai rasa macam semak.....oh...tidaaaaaaaakkkkkkkk.....

Setakat ini...ini sajalah pokok yang menjadi koleksi Kakintan sekarang...ada juga pokok lain seperti pokok kunyit, pokok daun kari,dan juga daun pandan yang Kakintan tanam...ada masa nanti nak rasanya menambah koleksi yang lain pulak....o.k...layannnnnnnnnnn.

2 ulasan:

  1. salam kak intan, mmg best ada pokok2 bunga sekitar rumah, bgun pg @ wktu ptg mesti nak belek2 pokok2 tu kan. sy pun minat juga wlpun xberapa pndai menanam, tp hubby sy pndai tanam pokok. pokok yg last tu kalau xsilap namanya money plant, selain tanam kat tanah sy letak dlm bekas berisi air, boleh hias atas meja atau bilik air. sy pun suka pokok tu..Tapi yg sedihnya pokok2 yg kami tnm n jaga elok2 kat umah (di msia) dah mati sbbnya org yg duk kat umah sy tu x tolong siram..huhuu..

    BalasPadam
  2. salam kintan..wat aper tuu..belek2 pokok2 bunga kerr..hehe..boley ler join sekaki gan saya..saya suke gek borak2 gan pokok2..kebyanyakkan saya tnam pokok yg hijau dan tahan lama kintannn sbb saya dok nuuuu di sanunnn..nnti ler ada masa lapang kita share pokok plaks hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...