05 Jun 2009

JADI "MAKCIK KANTIN" KAT SEKOLAH ANAK PULAK....

Inilah hari kedua jadi "makcik kantin" pada malam 31hb May yang lepas, malam tu Victoria Institution mengadakan persembahan Tattoo dipadang sekolah nya...ramai juga pengunjung nya pada malam tersebut...makcik kantin dan pak cik kantin macam biasa lah ..berniaga makanan dan minuman sampai kul 11.30malam kesemuanya habis dijual...sungguh memuaskan pendapatan hasil dari berniaga pada malam tu...tak caya tengok ni...mak cik kantin dan pakcik kantin dalam sessi kira mengira duit jualan...he....he....cikgu cikgu kat sebelah tu tukang perati aje.....
Gambar ni makcik makcik kantin seronok sangat sebab gerai kami dikunjungi olih Puan Sharifah Hayati (penceramah bebas) yang selalu memberikan ceramah nya dalam rancangan AlKuliyah....tak tahu lah pulak yang suaminya adalah Ustaz kat sekolah tu...
Waktu kemuncak perniagaan kami pada malam tu antara jam 8 ke9 malam, masing masing dah lapar tu he....he....air soya yang paling laku dan juga nasi lemakserta kuih karipap panas panas...sampai tak cukup kaki tangan malam tu....
T-shirt2 , payung, bag, topi dan juga mafla juga dijual...sambutan nya amatlah memberansangkan....macam ni bolih lah berniaga selalu....

He....he...sibuk betul "pak cik kantin " ni (En.Hubby)..menyiapkan air kopi....

Lepas je habis berniaga baru lah terasa lapar...Makcik kantin makan nasi goreng dengan air soya je.....

Pada 30hb May yang lepas sekolah tempat Ezzat belajar,...mengadakan Carnival tahunan nya. Kakintan dan En Hubby serta ibu bapa pelajar yang lain dimana anak anak mereka menjadi ahli VICCB bersepakat untuk berniaga pada hari tersebut untuk menambah dana persatuan ini. Semenjak tahun lepas lagi ini lah aktiviti Kakintan dan Mr Hubby jika ada masa lapang..apa saja persatuan itu lakukan kami akan turut serta, selain mengisi masa lapang dapat juga mengeratkan tali siraturrahin antara kami ibu bapa dan guru guru di Victoria Institution.Memang seronok bila ada carnival sebegini....kami para ibu bapa pelajar berniaga seawal jam 7 pagi lagi..macam macam makanan yang kami jual antaranya nasi lemak, karipap, nasi goring , meehoon,nasi campor, air minuman tin, air mineral, chendol dan bermacan macam jenis kuih muih lagi....yang seronok nya kesemuanya habis dijual. Petang tu perniagaan kami tamat pada jam 5 petang...ini adalah untuk sessi pertama perniagaan kami pada hari Sabtu tu.. oh ya ianya dirasmikan olih TPM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga isteri beliau, kebetulan anak TPM belajar sama disekolah tersebut. Masa ni awal pagi lagi, baru menyusun kedudukkan apa yang harus diual terlebih dahulu untuk sarapan pagi...dari kiri tuan rumah, Puan Puziah, dan juga Puan Zalihah sedang berbincang untuk meletak tanda harga pada barang barang jualan.....

Kedatangan TPM dan isteri disambut olih pertunjukkan pancaragam VICCB, dimana salah seorang pemain drum adalah anak Kakintan..Ezzat...


Yang ini adalah acara selingan dari para pelajar Sekolah Sri Bintang Utara...kesemuanya perempuan dan mendapat perhatian...

Ini adalah waktu kemuncak perniagaan kami dalam kul 12 tengah hari tu...masing masing lapar mungkin ada yang tak bersarapan pagi membeli untuk makan tengah hari sekali gus...dalam pada tu ada juga "makcik kantin" yang layan pancaragam VICCB ikut menari..he...he...seronok betul "makcik kantin " hari tu enjoy sakan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...