15 November 2009

KERABU MANGGA DAN SUP AYAM....

Salam semua pengunjung, sebenarnya ini menu yang Kakintan buat Jumaat lepas...rasanya ini menu paling ringkas, layan kuman "MALAS" yang ada pada tubuh badan masa tu he.....he.....
KERABU MANGGA....

1 biji mangga ( yang tengah mengkal)
3 biji cili api...Kakintan potong2
2 biji cili merah (juga dipotong halus)
1 biji bawang merah ( dipotong2 halus)
garam, gula
Perahan limau kasturi
Udang kering...goreng tanpa minyak dan ditumbuk
Kacang tanah yang siap digoreng dan juga ditumbuk kasar.

Caranya,
Potong mangga halus halus....kalau nak guna parut kasar pun bolih....lepas tu kita gaulkan bahan yang lain tadi..rasa masam manis serta masin nya. Bolih lah dihidangkan nya.....
SUP AYAM.


SUP AYAM + UBI KENTANG..

Bahan bahan...
Ayam yang dipotong kecil kecil
3 biji ubi kentang- dibelah 4
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Lengkuas diketuk
Sup Bunjut
Rempah sup
Rempah2 untuk menumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
dan juga buah pelaga.
Pati ayam Knorr
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara nya:-
Mayang bahan bahan bertanda*, panas kan kuali tumiskan dulu rempah2 menumis tadi, kemudian masuk kkan bahan2 yang siap dimayang tadi...tumis sehingga naik baunya..bila dah cukup garing masukkan ayam yg siap dipotong2 halus tadi...goring sekejap dalam bahan2 yg bertumis tadi lebih kurang 10 minit lepas tu masukkan sedikit rempah sup yang telah siap dibancuh dgn air terlebih dahulu...kacau2 kan bersama ayam dalam masa 5 minit. Masukkan air sebagai kuah, rempah sup bunjut dan juga kiub pati ayam tadi...biarkan sehingga 5 minit, kemudian masukkan ubi kentang..masukkan lengkuas yang siap diketuk tadi, garam, dan biarkan sehingga mendidih dan ubi kentang nya empuk. Rasa garam nya secukup rasa dan angkat..Taburkan daun sup dan juga bawang goreng.

*Kadang kadang kalau kakintan nak kan sup tu rasa pedas, Kakintan blenderkan sedikit cili api..tumiskan sekali dgn bawang2 yang dimayang tadi..bestttt ,,,tak payah dah letak lada hitam.....

6 ulasan:

  1. bestnya kerabu mangga kak intan....
    dah lama tak makan...
    first time makan masa tu kat kuantan pastu tu member2 sume marah makan sbb diorang kate masam..leya tak kira makan gak...best jugak...

    BalasPadam
  2. hmmm...sedap nampak kerabu mangga tu.

    BalasPadam
  3. ooh ye ke Leya....kalau layan sup sekali dengan kerabu mangga ni mmg sedap nak pulak musim2 hujan macam ni

    BalasPadam
  4. Akak mana dapat mangga...jeles ni!!!

    BalasPadam
  5. salam Watie....mangga tu akak petik kat kedai..2 biji he...he.....nak petik kat pokok kita ni duk kat rumah merpati....

    BalasPadam
  6. alahai sedapnya kerabu mangga nie.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...