22 November 2009

MENZIARAHI KELUARGA YANG DILANDA MUSIBAH DALAM KEBAKARAN.

Petang semalam Kakintan dan beberapa orang kawan kawan dari sebuah pertubuhan yang Kakintan ikuti pergi melawat sebuah keluarga yang telah mendapat musibah dalam kebakaran. Masa sampai ditempat tersebut Kakintan rasa sedih dan terharu melihat kesan dari kebakaran yang berlaku. Mangsa dikatakan hanya sempat menyelamatkan diri sehelai sepinggang. Alhamdullillah nyawa masing masing sempat diselamatkan.
Antara yang turut musnah ialah 2 buah kereta dan juga sebuah van...salah satunya terdapat dibelakang khemah ini....
Inilah dianya Pak Usop...duduk paling kanan tu, sewaktu kejadian jam lebih kurang 10 malam anak anak dan cucu cucunya ada dalam rumah tersebut, tapi waktu tu Pak Usop tiada dirumah, ada urusan diluar rumah, Pak Usop juga baru lepas kematian isteri beberapa bulan yang baru lalu.Jadi dia tinggal bersama sama dengan anak, menantu dan juga cucunya dirumah tersebut.
Antara kesan kebakaran..pokok pokok disekeliling juga turut menjadi mangsa, ianya dikatakan berpunca dari litar pintas.
Antara orang ramai yang turut hadir petang semalam....
Inilah juga kenderaan yang turut sama musnah....

Tiada apa yang dapat diselamatkan melainkan nyawa dan keluarga Pak Usop.
Pokok pisang ini juga turut menjadi mangsa dalam kebakaran. Sewaktu Kakintan kesana pelancaran dana kilat juga diadakan khas untuk keluarga tersebut. Alhamdulillah murah rezeki Pak Usop sekeluarga bermacam macam sumbangan yang dihulurkan. Ada juga perancangan untuk membantu Pak Usop sekeluarga membina semula rumah , untuk kediaman nya sekeluarga. Sekiranya ada yang sudi membantu bolih lah bertemu dengan nya sekeluarga diDewan Kg Setia Jaya Setapak, Kuala Lumpur. Kawasan nya terletak dibelakang TAR College atau nama barunya Universiti Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur.O.k....layan dulu gambar gambar ni ya.

2 ulasan:

  1. Salam Kak Intan, saya ucapkan takziah di atas kejadian tersebut. Pak Usop ni ada no akaun bank ke? boleh terus deposit dlm akaun dia....

    Teringin nak bantu apa yg patut... kawan2 pengumpul pinggan mangkuk antik...jom tolong Pak usop ni... hulurkan barang seringgit dua.....

    Azzah

    BalasPadam
  2. salam Azzah kat sini Kakintan letakkan no.akaun untuk menderma / membantu meringankan beban Pak Usup sekeluarga...MAYBANK AKAUN-564557122098.CWG WANGSA MAJU.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...