10 Disember 2009

BARD CORNER

Salam semuanya.....wahhhh...pejam celik , pejam celik hari ni dah hari Jumaat kan....cepat betul masa berlalu sekarang ni....N3 kali ni adalah yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas...he..he...masa tu tetamu Kakintan masih adalagi dirumah Kakintan....dah tak tahu apa nak masak untuk breakfast pagi tu....Kakintan dan hubby bawa tetamu kami itu keBard Corner, Taman Permata....tempat dimana selalu kami breakfast.....
Setiap pagi pelanggan Bard Corner memang ramai kadang kadang terpaksa menunggu agak lama sikit untuk mendapatkan tempat duduk. Selain makan kat situ ada juga yang order untuk dibawa pulang. Kalau yang order tu sikit sikit tak apa...kadang kadang tu ada yang mencecah 30/40 keping roti boom seorang....bayangkan lah..lamanya nak menunggu..yang bestnya gerai ni tak ada "pendatang asing" yang berkerja disitu ...semuanya orang tempatan.
Kuah roti boom....dicampor dengan sambal tumis...memang sedap pada tekak Kakintan dan family....pada orang lain tak tahu la Kakintan kan....
Inilah roti boom yang menjadi santapan setiap pengunjung nya...memang sedap...biasanya kalau diperhatikan setiap pelanggannya akan order 2 keping untuk sorang makan....termasuk jugalah family Kakintan ni...tetamu Kakintan ni juga kata sedap...diorang pun order sorang dua keping masa breakfast pagi tu.....
Minuman yang biasa kami order,...kalau tak milo ais mesti teh ais.....Ok....layan dulu lah gambar gambar digerai Bard Corner ni ya....salammmmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...