12 Disember 2009

BERTEMU PUAN HANIELIZA DIRUMAH PUAN NONIE....


Salam dan selamat bercuti hujung minggu..apa khabar?....N3 Kakintan kali ini tentang pertemuan Kakintan dan Ham bersama sama dengan tukang masak terkenal seMalaya sapa lagi kalau bukan Puan Hanieliza dan juga kawan baiknya Puan Nonie (juga seorang yang pakar dalam baking membaking dan juga buat biskut)...tak sangka sungguh lah....memang rezeki Kakintan lah nak jumpa dengan diorang ni....
Sebelum pertemuan ini Puan Hanieliza ada call Kakintan, kata nak ada kan shooting bagi menerbitkan buku masakkan nya yang baru. Shooting berkenaan akan diadakan diPutri Apartment, Taman Setiawangsa. Macam biasalah Kakintan pun call kawan kawan yang lain kalau kalau ada yang nak join sekali dalam sessi photo shoot tersebut. Ramai yang tak dapat join kerana masing masing ada hal....akhirnya Kakintan pergi bersama Ham...he..he...rupanya silap haribulan...walaupun begitu nasib kami masih beruntung sebab kawan Puan Hanieliza (yg juga tuan rumah Puan Nonie namanya ) sedang menyiapkan 3 biji kek untuk majlis perkahwinan. Jadi Kakintan dan Ham dapat juga melihat bagaimana membuat penyediaan nya.


Inilah Puan Nonie, yang juga merupakan pakar dalam bidang membuat kek dan biskut,katanya dah 10 tahun dia menjalan kan bisnes tersebut dari rumah.Errrmmmmm ..tak sangka betul langkah kanan betul bertemu Puan Nonie ni...terima kasih Puan Nonie kerana langsung tak lokek ilmu dengan kami pada hari tu dengan membuat demontrasi secara percuma..(lepas ni kalau ada kelapangan bolih la kami attend class yang Puan Nonie anjurkan..Kata nya bayaran $100/= dikenakan sekiranya ada sesiapa yang ingin belajar membuat kek dengan beliau...harga yang dikenakan nya itu meliputi 3 jenis kek.

Inilah hasil yang dapat kami lihat dan rasa pada hari tersebut...ermmmm memang sedap....o.k....layannnnnn la dulu gambar gambar ni ya...salammmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...