28 Disember 2009

KAK INTAN MELAPIS LAGI....

Salam semua dan selamat pagi ...rasanya dalam seminggu dua ni Kakintan asyik buat kerja kerja melapis je kan....seronok keluar masuk kat blog Kak Hanieliza mencuba resepi resepi kueh mueh dia..kali ni cuba kuih lapis ni pula...ok layan dulu gambar ni ya...Kakintan letak resepi kemudian..apa apa pun Kakintann siapkan kerja kerja mendobi dulu ya....dah siap nanti Kakintan letak resepinya disini..ok....salammmm
Bahan bahan :-
1 setengah cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong beras
2 sudu besar tepong kastad/jagong
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
secubit garam
pewarna merah dan hijau

Caranya...
Camporkan kesemua bahan bahan tersebut kecuali pewarna.
Kacau hingga betul betul sebati. Kemudian tapiskan supaya tidak ada yang bergentel. Bahagikan kepada 3 bahagian.Letakkan pewarna masing masing dengan warna hijau, merah dan sebahagian lagi dibiarkan berwarna asal iaitu putih. Panaskan pengukus, sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan aduanan sebanyak sesenduk , kukuskan lebih kurang 5 minit, masukkan pula lapisan kedua secara berselang seli warnanya sehingga habis. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu, barulah dipotong. Selamat mencuba..ok...


13 ulasan:

  1. Uish, cantik akak melapis erk. Teringin nak ngap jer! Hehex!

    BalasPadam
  2. Saya suka pilihan warna tu...Nampak soft dan amat menarik utk di ngap....

    BalasPadam
  3. ye lah kak nmpak lmbut mata memandang
    semestinya sedap ni kalo dpt merasa :)

    BalasPadam
  4. salam cik intan
    cantik la sungguh.
    leh share resepi ke?

    salam ukhuwah!!!

    BalasPadam
  5. Hi LOVE..terima kasih kalau datang angin rajin tu insyaallah menjadi

    BalasPadam
  6. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaa

    * anak saya suruh buat kuih lapis - saya kata kita melapis kat pasar malam je hehehehehe

    BalasPadam
  7. salam mummyseri...dah letak resepi cubalah...insyaallah mesti sedap punya.

    BalasPadam
  8. salam Kama.zahara..cubalah buat kakintan dah letak resipinya dah

    BalasPadam
  9. salam Umie-e..apa khabar? terima kasih umie...he.he..kakintan pun kalau malas melapis kat pasar malam kat jalan TAR tu sedap2 kuih2nya

    BalasPadam
  10. Kak intan bila tengok resepi ni rasa nak try cuba...hehehhe nampak senang..

    BalasPadam
  11. salam Roslaini..silakan lah insyaallah bolih tu...

    BalasPadam
  12. ini yang liz suka makan ni..tapi kalau liz buat macam tak menjadi saja...ok kakintan ada resepi nanti liz coba ya....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...