09 Disember 2009

PERKAHWINAN AZLIYANTI IBRAHIM PEMBACA BERITA TV3


Salam semuanya yang berkunjung keblog Kakintan, Kali ini nak berkongsi cerita tentang majlis perkahwinan yang Kakintan hadiri malam minggu lepas...sebelum tu inilah door gift yang Kak Intan dan En Hubby dapat...cantek la pulak walau pun nampak simple...


Majlis perkahwinan ini berlangsung di Kampong Pengantin lagi pada 5hb Disember yang lepas. Sebelum itu pada 4 hb Disember, Azliyanty Ibrahim yang juga seorang pembaca berita diTV3 telah dinikahkan dengan pasangannya diMasjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Kali ini majlis tersebut berkonsepkan putih dan kuning...cantek dan lembut je suasana malam tu..tambah pula dengan kerlipan lampu lampu neon yang banyak lagi menyemarakkan suasana....huuu..huuuuu hanya gambar ni yang dapat Kakintan tempekkan kan kat sini...gambar pasangan pengantin tersebut terlampau blurrrrrr.....
En.Hubby kalau kerumah majlis perkahwinan suka berpakaian baju melayu serta bersongkok tinggi....takut juga silap silap kang orang kata ini bapa pengantin..he....he....tapi malam tu ramai juga tetamu yang berpakaian baju melayu...mungkin sebab ramai VIP2 yang datang terutamanya malam tu tetamu istimewa pengantin ialah Dato' Mukhriz Mahathir dan isteri serta orang orang kuat diTV3.
Kakintan bersama sama dengan Puan Bibi.....jiran yang berdekatan dengan rumah Kakintan...kami pulak malam tu pakai baju merah....tak tau la pulak diorang semua guna tema warna putih kuning...alah...tak kisahla kan....
Yang ini Hubby Bibi dan sebelah tu pula anak bujang Bibi...Bibi ni keturunan Benggali
He...he....kalau nak tahu kalau jumpa dengan Bibi ni memang penat dengar dia bercakap....dia ni memang suka berbual...ada aje cerita dia.....Ok lah kelain pulak ceritanya ni.....sebelum tu kepada pengantin baru Azliyanty Ibrahim dan pasangan nya Kakintan nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat dan semoga Tuhan memberkati rumah tangga anda berdua....aminnnnn....

2 ulasan:

  1. Moga pasangan berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin!...Best juga makan kenduri yang bermusim kan!!! Nanti dah habis musim kenduri..musim timang anak pulak...hihihi!

    BalasPadam
  2. salam Watie...betul tu...bila yang subur tu cukup masa nya berderet2 timang anak he..he...begitulah putaran alam he..he..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...