06 April 2010

SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN VICCB.

Salam kepada semua yang berkunjung keblog Kakintan, N3 kali ini Kakintan ingin berkongsi cerita tentang apa yang terjadi pada hari Ahad lepas, dimana berlakunya sambutan majlis ulang tahun yang ke100 VICCB (Victoria Institution Cadet Corp Band) -Brassband diSEKOLAH MENENGAH VICTORIA iaitu tempat dimana anak Kakintan bersekolah sekarang dan juga dia salah seorang daripada anggota brassband tersebut. Selama hampir 2 bulan lebih usaha untuk mengadakan majlis ini dijalankan olih VICCB Band Booster yang terdiri dari para guru sekolah dan juga ibu bapa murid murid yang terlibat dalam brassband tersebut...
Inilah barisan Band Booster yang terlibat dalam mengadakan majlis makan malam yang diadakan pada tarikh tersebut iaitu 4April 2010. Hampir setiap 2 kali seminggu mesyuarat diadakan dibilik Gerakkan sekolah VI pada sebelah malam. Antara yang terlibat dalam mesyuarat itu Kakintan dan juga En.Hubby
Alhamdulillah majlis tersebut selamat dijalankan diFlaminggo Hotel Ballroom, semua 50 buah meja dapat dijual, kerana disamping majlis itu kami juga mengadakan kutipan dana untuk tabung VICCB. Antaranya ialah dengan mengadakan lelongan setem kenang kenangan 100 tahun VICCB dan juga menjual meja meja makan malam tersebut dengan harga $10k, $5k, $2.5k dan juga $1.5k.
Ahli ahli VICCB sedang mengiringi kedatangan VIP yang merasmikan majlis pada malam tersebut iaitu KSU kepada TPM yang sepatutnya merasmikan nya tapi terpaksa membatalkan nya kerana bertolak keParis pada malam tu atas urusan negara.
Didalam gambar ini juga kelihatan kedatangan bekas bekas pelajar yang pernah menganggotai VICCB satu masa dahulu, terima kasih kami ucapkan dengan kehadiran mereka semua kerana sama sama meraikan majlis makan malam tersebut.
Didalam kedua dua gambar ini murid murid sedang mengadakan persembahan mereka. Antara yang mengadakan persembahan tersebut ada juga bekas bekas pelajar yang telah meninggalkan VI tapi masih aktiv didalam VICCB.
Ermmmm.... inilah antara dua orang yang sama sama aktiv dalam VICCB Band Booster...Puan Zalihah Datuk Khalid dan juga Cikgu Norhayati...
Yang ini pula sebahagian daripada hadiah yang diberikan untuk acara lucky draw, banyak lagi sebenarnya tapi gambar ni yang ada dalam simpanan Kakintan
Sebiji kek yang dibuat olih Puan Sharifah Talha untuk dilelong dan diteka beratnya, acara memotong kek juga dijalan kan sebagai mengingati 100 tahun usia VICCB ini. Tahniah kepada 2 orang yang telah berjaya meneka berat kek ini.
Ini antara warna warna kad jemputan yang digunakan mengikut harga meja yang dijual. Kakintan akan simpan kad kad ini semua sebagai koleksi untuk diingati olih anak Kakintan suatu hari nanti
Akhir sekali buku program juga Kakintan akan jadikan nya sebahagian dari koleksi tersebut. Sebenarnya Kakintan rasa bertuah sebab, semasa sambutan 100 tahun VICCB ini anak Kakintan terlibat sama waktu itu. Bukan senang untuk mendapatkan detik detik bersejarah waktu sebegini dan bukan nya senang sesebuah kumpulan brassband dapat bertahan dalam usia sebegini.
Sebab itulah setiap barang yang ada dalam sambutan majlis tersebut akan Kakintan simpan dan jaga sebagai koleksi yang berharga buat Kakintan sekeluarga. Ada juga barang barang lain yang Kakintan tak sempat untuk diambil gambarnya seperti shawl dan juga saputangan. Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini. Dilain N3 kita bersua lagi... Salam dan bye... bye...

1 ulasan:

  1. Salam kak Intan
    Untung anak kak Intan ada emak yang ambil berat dan bagi sokongan. Tahniah 100 tahun VICCB

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...