02 Mei 2010

DAPAT APRON DARI JAJA'Z

Salam dan selamat pagi semua. Bukan main cerah cuaca hari Isnin ni.... apa yang menyeronokkan kami kaum surirumah tangga kalau cuaca begini ialah aktiviti mencuci kain berjalan lancar he...he.....sekejap je cuci ..jemur dah kering lepas tu bolih cuci lagi apa yang patut....
Cerita pasal kain...semalam Kakintan dapat anugerah APRON....anugerah kali ni dapat dari Jaja'z kat sini blog dia (http://www.jajazack.blogspot.com/). Kalau diikutkan tak selayak nya Kakintan menerima anugerah APRON ini sebab... Kakintan bukan lah PRO sangat dalam bidang masak memasak ini, setakat pandai pandai gitu je. Walau apa pun Kakintan berterima kasih banyak banyak pada JAJA'Z dengan pemberian ini.... JAJA'Z cantek betul apron ni dengan warna nya yang begitu sweet sekali. He...he...harap harap dah dapat award APRON ni Kakintan bertambah rajin memasak kannnnn... Oh ya dah dapat award mesti penuhi syarat syarat nya pula...antaranya:-

1. 3 JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK:-

Ok lah....kalau lauk yang Kakintan suka masak ialah
1. Ikan atau ayam masak lemak cili api- maklumlah Kakintan ni kawin dengan suku sakat Minangkabau..jadi inilah makanan kegemaran diorang.

2. Asam pedas.... sebab ini makanan kegemaran Kakintan sekeluarga.

3. Sambal tumis ikan bilis goreng...Wahhhh..yang ni memang buat bila bila masa sebab kalau tak ada lauk pun tak apa makan dengan sambal ni pun anak anak dah tak kisah dah...selain makan dengan nasi dengan roti pun bolih makan.

2.3 JENIS PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH ANDA BUAT:-

1. Puding Mangga.
2. Puding Cendul
3.Puding sagu.

3. 3 JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA:-

1. Biskut yang berasaskan choklat- anak2 yang suka.
2.Tart Nenas.
3. Biskut Tanpa Nama- SIL yang pandai buat biskut ni...tiap kali raya diorang yang buatkan.

4. BAGI AWARD INI KEPADA 3 ORANG RAKAN ANDA YANG RAJIN MEMASAK:-

Ok lah ini kerja senang ni he...he....
1. HANA JEPUN.
2. MAZLIZA- PUTRA HIEGHT
3.UMMI KUANTAN...

Ok...Jaja, kerja rumah Kakintan dah siap tau.... penyerahan pun dah dibuat tu.... pada penerima seterusnya silakan menjawab tag yang diberikan nanti. Sekian dulu catatan Kakintan pada pagi ini ...sekian salam dan bye bye.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...