24 Mei 2010

HITEA DAN BIRTHDAY EN.AZHAR DI KELAB DARUL EHSAN...

Salam semuanya dan selamat pagi Selasa... harap harap pada semua yang berkunjung sihat sihat semuanya ya.... alhamdulillah bersua disini lagi...N3 Kakintan kali ni tentang majlis yang berlansung Ahad lepas diKelab Darul Ehsan, Ampang Jaya. Sebenarnya majlis hitea ni adalah untuk meraikan anak anak yang terlibat dalam ahli VICCB sempena 100 tahun band sekolah VI, tapi terlanjur dengan majlis tersebut kebetulan En Azhar dan salah seorang anggota VICCB mennyambut hari lahir mereka pada tarikh yang sama jadi ianya diadakan serentak...

Ramai juga parent yang hadir, tak ketinggalan geng MAKCIK KANTIN sekolah VI ni salah seorang daripada nya ialah Puan Fauziah (Gee)....Majlis tersebut bermula dari jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang....
Dipertengahan majlis tersebut, En Azhar dan Iman memotong kek hari jadi...En Azhar menyambut birthday nya yang ke 45 sementara Iman yang ke15 tahun...semoga mereka berdua dipanjang kan usia, sihat tubuh badan, dan hidup diberkati dunia dan akhirat disamping orang orang yang tersayang..amin...
Inilah sebahagian daripada guru guru dan juga anggota VICCB yang hadir di majlis tersebut...dari mula sampai hinggalah saat akhir majlis berakhir kami semua tak henti henti menjamu selera . Terima kasih banyak banyak kepada Puan Zarina (Guru) yang menaja sebahagian dari majlis tersebut dan juga pihak sekolah.
Inilah En Azhar dan keluarga beliau, beliau juga merupakan parent salah seorang anggota VICCB...anak beliau kini berada diTingkatan 5 sekolah tersebut dan bakal menghadapi SPM pada tahun ini...harapan dari kami semoga ahli ahli VICCB berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi terutama dibidang pelajaran.Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan kali ini...salam dan bye...bye....

2 ulasan:

  1. seronok laa macam ni ibubapa dan guru-guru sama-sama beri komitment...tentu meriah..

    BalasPadam
  2. Roslaini...alhamdulillah setakat ini kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain termasuk lah jika ada apa apa xtvt yang memerlukan parent kami sentiasa membantu setakat mana yg bolih...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...