04 Mei 2010

JALAN JALAN CARI MAKAN DIMUTIARA DAMANSARA.

Salam semua dan selamat petang... wahhhhh... kat luar rumah ni nampaknya hujan akan turun, tadi punyalah panas terik....alhamdulillah petang petang gini Allah turunkan hujan pula.... dapat la rasa sejuk sikit kan. Ermmmm kali nak bercerita tentang Kakintan dan family perrgi jalan jalan cari makan pada hari Ahad yang lepas diMutiara Damansara...alahai tak jauh mana pun, adalah dalam setengah jam perjalanan dari rumah kesitu.
Datang kesini bukan nya apa...saja je melayan anak anak bujang, katanya nak cari pakaian untuk bekerja sambil sambil tu bolih juga cuci mata kat beberapa tempat yang ada disitu. Mula mula sampai kami menuju ke The Curve. Kalau kesitu Kakintan suka melalui jalan ni yang menjual pelbagai barang barang cenderahati dan juga aksesori wanita...ala bukan beli pun saja suka suka tengok. Kalau ada yang agak agak pelik tu kadang kadang terbeli juga. Tapi hari tersebut satu benda pun tak ada yang tersangkut dihati... jadi lalu je la kat kawasan tu. Sambil sambil tu dapat juga jamu telinga dengan sekumpulan live band dari Filipina.... sedap juga la dengar suara diorang ni menyanyi... entah apa apa lagu , dengar je la.
Dari situ kami berjalan naik keHarvey Norman...ermmmmm , kat situ pun tak banyak benda yang menarik, perhatian pergi la kesatu kedai yang menjual barang barang letrik... saja cuci mata.... teruskan perjalanan lagi...menuju ke IKANO pula... sibujang tu kata kat IKANO banyak pilihan untuk beli T Shirt dan jeans... adalah 3 - 4 kedai yang masok.....uuuuiiiiiii...rasa nak tercabut kaki ikut diorang ni tau..he...he... maklumlah diorang tu muda muda lagi, kita ni dah nak masok separuh abad dah hidup... dah terasa dah penat nya.
Last last satu t shirt pun tak sangkut... jeans pun macam tu ada yang berkenan tapi saiz pulak tak ada... berlenggang kangkung la jadi nya..he....he.....penyudah nya kami masok ke IKEA, uhhhhh kat sini memang best... sambil sambil jalan tu dapat juga duduk kat kerusi yang empuk empuk kat dalam tu merehat kan diri.... ada la juga yang dah tersangkut hati... he..he...
Tenguk harga almari ni bolih la tahan tak la mahal sangat, warna nya pun menarik...putih kan..ada la chance nanti nak tampal tampal decal2 bunga rose kan...he...he...tapi kena biarkan kat sini dulu sebab perut pun dah keroncong.. on the way nak balik....
Kakintan dan family singgah makan makan di A&W kat bawah IKEA tu...ermmm alhamdulillah dak kenyang kami pun angkat kaki balik rumah..
Ok lah inilah aktiviti dipetang hari minggu yang lepas...yang sepatut nya kami berada diPD kerana family gathering, tapi terpaksa ditunda kesatu tarikh yang tak tahu entah bila...sekian salam dan bye...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...