05 Mei 2010

KEK GULA HANGUS....

Salam dan selamat pagi... bersarapan apa gaknya pagi ni....Kakintan masih belum bersarapan lagi... cuma minum teh tarik secawan je pagi tadi buat mengalas perut pagi ni... Lepas minum macam lipas kudung menyiapkan kerja kerja rumah apa yang patut untuk hari ni... yang tentunya ialah melayan pakaian pakaian yang dibasuh untuk disidai.. lahaiiii...dah melalut lalut pulak ni...nak cerita pasal kek gula hangus tapi melarat kekain pula....
Resepi ni Kakintan ambil dari Cek de Sam's Fotopages (http://mamaera.fotopages.com/?entry=1195468)...tetapi Cek De Sam's pun ambil dari resepi Maklang... he...he... tak kisah la tu.. jum tengok apa bahan bahan nya:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
Ini untuk membuat gula hangus... Masak gula hingga cair, berhati hati bila memasukkan air panas tadi kerana dia akan meletup2 sebaiknya gunakan penutup periuk setelah menuangkan nya...padam kan api... maukkan pula mentega tadi. Ketepikan..

4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepong gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit esen vanilla

Caranya:-
Pukul telor sampai kembang.Masukkan susu pekat dan kacau sebati..Masukkan tepong gandum dan soda bikarbonat yg telah diayak terlebih dahulu hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan gula hangus tadi.Perapkan adunan selama 3- 4 jam bagi mendapatkan bentuk2 sarang yang cantek. Bakar lebih kurang 1 jam dalam suhu 160 darjah. Masak dan sejukkan.

Ok selamat mencuba ....salam dan bye ..bye...

1 ulasan:

  1. salam kak intan. apa kabar..?? lama dh tak jengah blog kak intan. busy la. now ni baru okay sikit.

    kita suka kuih ni.nak sikit!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...