19 Mei 2010

SEMALAM DITANGGA BATU ...

Salam semuanya...N3 kali ini sambungan dari cuti cuti keMelaka tempohari, dari rumah Lia, Kakintan singgah keJJ Aeon baru diMelaka, walhal dekat dengan rumah sendiri pun ada JJ...bukan nya apa saje saje nak tengok kat tempat orang pula apa yang dijualnya...terbang juga tak banyak sikit beli apa yang tak dirancang.
Balik dari situ Kakintan dan family menuju kePantai Puteri, tak jauh dari situ ada kenalan yang tinggal dikampong Tangga Batu. Dulunya kenalan Kakintan tinggal berjiran diWangsa Maju tak jauh juga dari rumah Kakintan.

Masa Kakintan dan family sampai hari dah mula nak senja. Abang Ramli dan Cik Yah ajak kami ketepi pantai melihat matahari terbenam. Tengok lah tu...Abg Ramli dan En.Hubby sempat lagi membuat panggilan talipon bagitahu kawan2 yang ada diKL tentang kehadiran kami disitu.
Malam nya kami keluar kebandar Melaka lagi ... Abg Ramli dan Cik Yah bawa kami sekeluarga menyelusuri sepanjang sungai yang ala ala Venice tu...memang cantek pemandangan disekitar Banda Hilir, kena pulak dengan cahaya lampu yang bergemerlapan.
Disepanjang kiri kanan kedai ni juga pemandangan nya cantek, bangunan bangunan lama ini telah dinaik taraf dan dijaga dengan rapi, leka bila lalu dikawasan ini dengan menaiki kereta. Kami balik kerumah malam tu dalam jam 12 tengah malam, dan kami pun bermalam lah dirumah baru Cik Yah ni.
Kalau keMelaka, Kakintan cukup suka tengok reka bentuk rumah diorang ni dengan tangga batu nya yang bukan main cantek lagi. Rumah ni adalah rumah pusaka peninggalan arwah ibu Cik Yah. Ianya juga dah diperbaiki agar rumah Melaka ini tidak pupus reka bentuk peninggalan nya... Sekeliling nya juga nampak bersih dan kemas.
Bersebelahan rumah ni lah terletaknya rumah Cik Yah dan Abang Ramli. mereka membina nya pada tahun lepas.Hajat dihati mereka nak tinggal diTangga Batu setelah Abang Ramli pencen dari kerjanya. Baru 6 bulan tinggal disini, tapi kini hati mereka melonjak lonjak untuk pulang bermastautin kembali diWangsa Maju. Ialah kan anak anak mereka semuanya celik dan dilahirkan dibandar..tiba tiba bila dah dewasa berpindah pula kekampong ..memang rasa terlalu asing bagi mereka. Sampaikan anak anak Cik Yah/Abang Ramli ni kesekolah pun tak selesa. Akhirnya mereka bersepakat berpindah semula ke Kuala Lumpur. Dan kini telah pun memulakan hidup kembali diWangsa Maju...wal hasil balik asal...
Kata Cik Yah/Abang Ramli mereka akan pulang kampong dihujung hujung minggu ... sayang kan kalau ditinggalkan begitu sahaja. Lagipun Melaka ke KL tak jauh mana pun lebih kurang 2 jam je dah sampai... Sebelah belakang rumah Cik Yah / Abang Ramli ni ada sebuah bengkel membuat bunga api pengantin (yang biasanya orang2 Melaka pasang bila ada majlis kenduri kahwin).Ianya diusaha kan olih adik Cik Yah...terdapat berbagai perkakas untuk membuat bunga api ini didalam nya. Tak lama lagi musim cuti sekolah...banyak juga tempahan yang diterima olih adik Cik Yah ni...
Bila ternampak lesong kaki ni teringat zaman kanak kanak Kakintan dikampong menumbok beras/pulut untuk membuat dodol. Entah mana perginya lesong ni sekarang...ada juga yang menumbuk menggunakan tangan pada masa tu....
Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan kali ini.... sampai jumpa lagi salam dan bye .... bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...