12 Oktober 2010

GATHER2 DI NURUL HIDAYAH , .ULU LANGAT

Salam ketemu lagi diblog Kakintan ini... berkisar cerita pada 10.10.2010 lagi. Kakintan dan Hubby kerumah seorang kawan lama masa kami bersekolah dulu dikampong. Rentetan dari pertemuan di KFC Taman Maluri Cheras dulu ianya berpanjangan sehingga kini. Alhamdulillah seorang demi seorang teman teman sepersekolahan dapat kami kesan semula. Seronok memang seronok bila dapat jumpa kawan kawan lama macam ni. Tambahan pula diusia menjangkau usia emas ini he...he....
Rumah yang kami terjah kali ini ialah rumah Mustaffa Siraj, dia senior dari Kakintan setahun. Mereka dah lama bermastautin diNurul Hidayah ni rupanya. tapi kami memang tak pernah berjumpa sepanjang 33 tahun selepas sekolah. Pertemuan kami bermula diFacebook. Mustaffa juga mendirikan rumah tangga dengan rakan sekelas nya juga. Tapi Kakintan ni memang dah lupa rupa wife Mustaffa masa muda muda zaman persekolahan kami dulu. Tak kisah lah tu kan, apa pun mereka bahagia dengan dikurniakan 10 orang anak, alhamdulillahhhhhh..... waktu keNurulHidayah Kakintan pergi bersama dengan salah seorang jiran Kakintan yang juga teman sepersekolahan juga Zaimah. Zaimah (bercermin mata) adalah junior Kakintan, ditakdirkan kami berjiran sebelah menyebelah rumah sekarang he..he...
Kawan lama lain yang ikut sama ialah Zuraida Khalid,.ni memang betul geng kamching masa sekolah dulu, kami dari kelas yang sama selama beberapa tahun. Kakintan dapat jumpa dia semula masa balik kampong berhari raya tempohari. Pada 2 hari raya Kakintan dan beberapa kawan yang lain pergi terjah kerumah emaknya dikampong bersebelahan dengan kampong Kakintan. Harap harap lepas ini tali persahabatan kami bertambah erat dan berpanjangan lagi, sebab kami selama ini tak tahu yang kawan kawan lain bertebaran diserta Kuala Lumpur ni kebanyakkan nya mencari rezeki masing. Kami kerumah Mustaffa atas jemputan open house. He..he... walaupun Hari Raya Aidilfitri dah habis masih ada jemputan rumah terbuka... tak kisah lah tu apa majlis pun...yang penting tali siratulrahim masih berpanjangan. Pada Mustaffa dan isteri terima kasih banyak banyak mengundang kami . Seronok rasanya masa dikawasan tempat tinggal Mustaffa/Kakidah..tenang dan damai dengan suasana kampong...sekurang kurangnya rindu kampong halaman terubat juga. Makanan yg dihidangkan juga sedap sedap. Alhamdulillah sekali lagi.
Oklah sampai disini dulu catatan dipetang Selasa ini. Jumpa lagi dilain waktu salammmmm....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...