13 Oktober 2010

SAMBAL TUMIS SARDIN GORENG

Salam dan selamat pagi Khamis, entry yang dimasak beberapa hari lepas, sebenarnya dah tak tahu apa yang nak dimasak hari tu, nak turun kepasar berdekatan juga malas. Jadi apa yang ada stok dalam rumah yang itu je lah yang Kakintan masak. Sesekali makan sambal saridin dengan nasi panas panas sedap juga kan.
Cara Kakintan masak senang sahaja kalau nak buat sambal tumis sardin goreng ni. Pertama sekali pastikan ikan sardin ni digoring terlebih dahulu, lepas tu tumiskan bahan bahan yg diblender seperti cili api, bawang merah , bawah putih , sedikit halia dan juga camporkan sedikit cili kering...fuhhh memang pedas ni...lagi pedas lagi sedap... he..he... bila semuanya dah pecah minyak dan naik bau baru masukkan ikan sardin yg dah digoreng tadi bersama sos nya. Masukkan sebatang serai dan juga sehelai daun limau purut, garam secukup rasa. Bolih juga kalau nak letak belahan tomato... dah masak bolih la diangkat. Lawankan dengan telor dadar, ulam timun cicah pula sambal tempoyak... sapa yg makan tempoyak la kannnn.... nasi panas panas..sedapppppppp...

Ok lahhh... layan je la gambar sambal tumis sardin goring Kakintan ni dulu ekkk... salam dan jumpa lagi dilain entry...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...