21 Oktober 2010

YANG ANTIK ANTIK.....


Salam semua, minggu sudah dah tak sibuk dengan jemputan majlis perkahwinan, tak ada aktiviti apa apa yang nak dihadiri. Jadi Kakintan dengan suami ambil masa ini dengan membuat tanaman semula pokok pokok bunga yang ada didepan rumah. Dah lama pokok pokok ni tidak dibelai, kebanyakkan nya dah tua tua dan memang masanya untuk ditanam semula. Sambil sambil tu ubah suai juga sedikit sebanyak perabot yg ada disitu.
Antara yang Kakintan sayang dan jaga ialah tempayan dan juga dulang tembaga ni. Bukan nya apa inilah salah satu barang kesayangan Hubby juga peninggalan arwah ibunya. Kerusi ni pun Hubby yang dapat dari salah seorang kawan nya. Jadi Kakintan letak disitu dan gabungkan ketiga tiganya untuk dibuat bersantai waktu petang atau pun malam hari sambil minum minum kopi. Ok lah layan dulu picture ni, sampai jumpa lagi.... salammm





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...