31 Mei 2010

KERABU AYAM.

Salam dan selamat pagi hari Selasa. Uwaaahhhh....cerah dan bersinar cuaca pepagi ni... harap harap hidup kita semua juga begini kan. Semalam Kakintan pergi la jenjalan melawat BLOG kengkawan.... paling suka singgah kat blog Kak Hanieliza .... sape yang tak kenal dengan Kak Hanieliza kan.... kat Malaysia ni kiranya Kak Hanieliza salah seorang dari Chef chef yang tersohor juga lah. Selain menyukai menu menu yang Kak Hanieliza paparkan, Kakintan juga menyukai dengan perwatakkan nya.... orang nya ikhlas dan low profile...
Kebetulan dalam sehari dua ni Kakintan pun kurang selera makan, jadi bila terbaca sahaja menu Kerabu Ayam diblog nya semalam, tiba tiba sahaja selera nak makan tu datang. Apa tidaknya belum makan lagi, dah terbayang kesedapan kerabu ayam yang Kak Liza paparkan... apa lagi bahan bahan nya pun memang dah ada dalam stok peti ais Kakintan tu, jadi senang lah kerja Kakintan kan, cepat cepat mencubanya...maka terhasil la seperti dalam gambar diatas...

Bahan bahan nya:-

Ayam yang dipanggang, dicarik carik halus
Limau kasturi-di perah airnya
Bawang besar dipotong potong
Cili merah- Kakintan gantikan dengan cili api sbb nak pedas
Tomato ceri- dibelah dua
Daun salery dimayang ..tapi Kakintan tak letak
Garam, gula.

Cara nya:-

Masukkan bahan bahan yang dipotong2 tadi bersama sama ayam yang telah dicarik kedalam sebuah mangkok, gaulkan letak garam dan gula serta perahan limau kasturi, siap untuk dihidangkan... Best kalau makan dengan nasi panas panas ni tau.....Salam dan bye...bye...

30 Mei 2010

BUKU YG HARUS DIBACA JUGA NI....


IKAN DURI MASAK LADA + TERUNG....

Salam pengunjung pengunjung blog semua, terima kasih kerana sudi singgah diblog Kakintan ini..N3 kali ini adalah menu minggu sudah, masakkan kegemaran seisi keluarga, masak asam pedas Melaka atau pun masak lada. Kenapa ianya menjadi kegemaran sebab asam pedas ni ada rasa rempah, asam , manis, pedas dan juga bau nya yang wangi. Silap silap hirup macam tu pun sedap juga tapi kalau nak hirup kuah nya kasi cair sikit lagi lahhh .... yang ni kuah nya agak pekat...
Resepi?..ok Kakintan letak kan kat sini ya....
Bahan bahan yg digunakan..
Ikan duri/ikan pari/ikan sembilang
Bawang merah
Bawang Putih
Kunyit hidup
Halia
Buah keras..kesemua bahan bahan ini dicamporkan dan diblender hingga halus.
Jintan manis
Halba
Lada hitam
Cili kering- kesemua bahan bahan ini digoring tanpa minyak dan dikisar
Serai dititik
Kerisik
Terong panjang atau bulat.

Cara caranya:-
Bersih kan ikan, masukkan minyak dalam periuk dan panaskan. Tumiskan bahan bahan yang diblender tadi hingga garing dan naik baunya. Campurkan bahan bahan yg dikisar tadi dan kacau hingga sebati. Tambah air dan sedikit air asam jawa.Masukkan ikan, garam dan serai yang telah dititik tadi.Masukkan juga kerisek yang telah diblender. Biarkan dia mereneh dalam api yg agak sederhana sehingga betul betul masak...akhir nya masokkan terung yang telah dibelah dan dipotong kalau suka.... kalau tak suka tak payah la ditambah. Kakintan biasanya akan camporkan sedikit gula kedalam nya bagi menggantikan serbok perasa. Rasa dulu sebelum diangkat sekiranya ada yg kurang bolih lah ditambah dengan garam lagi atau air asam jawa secukupnya.

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG/ TAUGEH IKAN MASIN...

Salam dan selamat pagi diminggu yang baru ini.... apa khabar semuanya?Ermmm..... dah 2/3 hari Kakintan tak letak N3 pasal makan makan ni... sibuk dengan jumputan kenduri kahwin sempena cuti Wesak Day ini.. jemputan bukan main banyak lagi. Tak tahu mana satu nak didulukan.. ok lah berbalik pada N3 Kakintan kali ini tumis taugeh dengan ikan masin kurau. Dah agak lama tak masak sayur taugeh... dalam rumah Kakintan hanya berdua je yang makan sayur taugeh ni... anak anak tak layan...kalau goreng mee/meehoon atau apa sahaja yg bolih dicampor taugeh memang diorang tak akan sentuh. Tapi hari tu dah teringin sangat nak makan sayur ni masak la juga sikit.
Sayur ni kalau nak makan jangan tunggu dah sejuk, memang lah tak sedap, sebaiknya makan semasa masih lagi panas. Nak tambah sedap lagi kita lawan kan pula dengan sambal belacan buah bacang. Betul tak?... he...he...Ok sampai disini dulu ya....salam dan bye bye....

28 Mei 2010

MENDECAL LAGI.....XTVT YANG TAK PERNAH LUNTUR...

Salam pagi Sabtu, pagi ini tak macam pagi semalam yang Kakintan lalui... he..he... entah kenapa semalam rasa macam bosan sangat. Tak tahu apa nak buat... lepas buat kerja kerja rutin harian rasa macam tak tahu nak kemana .. semuanya serba tak kena... penyudah nya masa duk menyelongkar laci laci yang ada kat rumah ni Kakintan terjumpa semula bunga bunga "ros" yg belum digunakan ....apa lagi...maka mencarilah benda benda yang mana bolih dilekatkan....
Hasil nya inilah dia yang Kakintan dapat....semua gelas gelas berkaki ni Kakintan tampal... dulu memang minat sangat dengan gelas gelas ni...suka beli dan simpan untuk letak bunga bunga kering... tempat yang selalu Kakintan dapat ialah dikedai2 yang menjual barang $5/= tu... maka hilang lah rasa boring Kakintan pagi semalam dengan aktiviti ini... he...he... Ok salam dan bye ....bye....

BERHATI HATI DGN BARANGAN INI.....

Salam semua pengunjung blog Kakintan.....nampak cerah je pagi Sabtu ni.. alhamdulillah kerana masih bernyawa dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan diberikan kesihatan yang baik olihNya. Semalam masa berFACEBOOK Kakintan mendapat satu kiriman dari salah seorang geng MAK CIK KANTIN he...he...thanks Teh Saadiah....
Terkejut dan terkedu bila Kakintan membaca nya......teringat kat sepatu PINK yang Kakintan beli masa keMelaka tempoh hari... cepat cepat Kakintan pergi cari kat tempat kasut didepan rumah.... hati mula rasa duppp...dapppp duppp dappp.... memang betul ada terletak dibahagian tapak kasut tersebut dan juga butang disisi nya.... Masyaallah.... kalau dah tahu benda benda macam ni Kakintan ambil keputusan nak hebahkan juga pada kawan kawan yang lain...
Sorry...gambar yang Kakintan ambil ni agak blurr.... tapi yang pasti gambar tu memang sekali pandang nampak macam buaya..... tapi bila dipandang betul2 ianya berupa kalimah ALLAH... rasanya entah berapa juta pasang kasut kasut seperti ini sudah dijual... Kakintan sendiri masa membelinya tak pernah pun terfikir benda benda macam ni.... apa yang Kakintan fikir masa tu senang digunakan terutama musim hujan, tahan air (paling sesuai kalau kepasar) dan juga sesuai kalau digunakan kalau kepantai... itu je... alih alih lain pulak yang kita dapat.
Dibahagian sisi nya memang nampak jelas gambar tersebut, apa yang pasti Kakintan terus membasuh sepatu itu dan simpan semula didalam kotak. Lepas ini apa juga yang kita beli rupanya kena perhatikan betul betul dan belek sepuas puas nya apa yang tertulis diatas nya. Selama ini hanya bahan makanan yang Kakintan selalu belek belek macam tu.
Sekiranya membeli sesuatu barang, kita juga kena pastikan kalimah kalimah seperti ini tidak lagi dimanipulasi olih pihak pihak yang tidak bertanggung jawab meletakkan ditempat yang tak sepatutnya. Tanpa kita sedari inilah satu satunya penghinaan mereka terhadap ugama Islam yang kita sama sama anuti... Nauzubillah min zalik...Salammm

26 Mei 2010

SAYUR PISANG MUDA + IKAN MASIN...

Salam.....N3 kali ini menu ulangan yang tak akan pernah dilupakan dan akan sentiasa diingati kalau menjamah nya..he..he....macam la sedap sangat kan.. bagi Kakintan ianya setanding dengan menu menu kampong yang lain seperti masak lemak cili api nangka+ ayam/daging, nenas + ketam,uishhhhh .... kalau disenaraikan banyak banyak nanti meleleh pulak air lior ha...ha....
Kali ini Kakintan buat masak lemak cili api pisang muda dicampor dengan ikan talang masin... selalu lauk lauk begini kalau Kakintan makan bila ada kenduri kenduri doa selamat atau pun jika ada majlis rewang bila majlis perkahwinan nak diadakan. Semestinya lauk lauk begini yang mendapat sambutan. Tambah sedap lagi bila makan beramai ramai macam tu....aduhai bertambah tambah la jawab nya...he..he...Ok lah sampai disini dulu ya...nanti cerita lagi pasal makan makan ni...salam dan bye bye....

SAMBAL GORENG TEMPE DAN UBI KENTANG.

Salam dan selamat petang, baru berkesempatan nak letak N3 hari ni, tapi apa yang Kakintan masak ni adalah menu pada minggu yang lepas. Menu menu biasa sahaja, buat lauk lauk kampong. Tapi biasanya menu menu begini lah yang selalu nya menaikkan selera. Tambah tambah lagi bila dimakan bersama sama dengan nasi panas panas.
Kali ini Kakintan buat sambal goreng tempe yang dicampor dengan ubi kentang yang juga digoreng terlebih dahulu. Dah agak lama rasanya tak buat menu begini. Bukan nya apa kalau masak makanan sebegini hanya Kakintan dan Hubby sahaja yang suka layan..anak anak memang tak pandai makan terutamanya tempe.... diorang lansung tak reti makan...Kalau Kakintan masak menu sebegini mesti ada menu lain yang diorang suka..Ok lah sekian dulu cerita tentang apa menu yg Kakintan makan...Salam dam bye..bye.

25 Mei 2010

BREAKFAST SEMALAM..LAKSAM

Salam kepada semua pengunjung, N3 tentang makan makan lagi...kali ini makan time breakfast pagi semalam. Makanan dari Pantai Timur ni baru kali kedua Kakintan makan seumur hidup Kakintan. Pertama kali pada tahun lepas... masa tu open house kat rumah jiran Kakintan yang sememang nya orang Pantai Timur (Kuala Krai-Kelantan)...memang sedap...ingatkan macam mana la rasanya...
Semalam masa breakfast Hubby belikan kat mana Kakintan pun tak tanya kat mana...uwahhhhh memang best..rasanya cukup segala..lemak, masam masin manis pedas semuanya menepati citarasa Kakintan... he..he.lepas ni bolih la minta tolong dia belikan lagi...memang ketagih jadinya...Kakintan memang suka breakfast yang pedas pedas dari yang manis manis ...Ok lah... ini kisah Laksam paling best yang Kakintan makan pagi semalam..salam dan bye..bye...pssssttt harap2 satu hari nanti dapat masak Laksam ni sama seperti rasanya sepperti yg Kakintan makan ni...nak cari sifu lah ...nak belajar...

MENCARI ILHAM......

Salam kawan kawan blogger semua..... selamat petang....leka betul Kakintan dibuat nya apabila dapat melayari isi buku ini melalui internet ni....macam macam ada terdapat didalam nya...terutama kepada yang berminat untuk menghias rumah kesayangan masing masing ..... pada sesiapa yang ingin melihat dan mendapatkan idea Kakintan ada sediakan link nya disini.... bolih lah cari idea sekiranya ada diantara anda yang sedang dalam perancangan untuk mengubah suai rumah kediaman...ok jum tengokkkkkk...tu link nya kat bawah tu....







kalau tak dapat ubah suai rumah pun bolih jugak setakat mencuci mata, betul tak?..O.k lah setakat ini dulu catatan Kakintan petang ni...salam dan bye.. bye...

PROJEK KERAS TANGAN DAH SIAP....

Salam......selamat pagi Rabu...dah breakfast?... N3 Kakintan pagi ni tentang aktiviti semalam... sambil sambil duduk depan tv tangan tu buat kerja kerja keras tangan ni... ianya untuk dihadiah kan kepada salah seorang anak kawan Kakintan yang akan melansongkan pertunangan pada hari Ahad ini...
Tak tahu apa nak hadiahkan , jadi Kakintan ambil keputusan hadiahkan dia sebekas hantaran untuk pihak lelaki. Hadiah ini berupa choklat yang Kakintan bentuk menjadi 2 ikat buah anggur. Bila ditanya apa tema yang digunakan katanya bertemakan warna hijau... sebab tu Kakintan ambil warna hijau ni untuk dibalut pada choklat tersebut.

Lambat juga proses nak membalutnya..sampai ngantuk ngantuk he...he...akhirnya siap juga 2 jambak anggur tu...dan ini lah dia hasilnya. Pagi ni kena hantar kat pejabat nya... sebab besok dia akan pulang kekampong nya diTeluk Intan untuk majlis pertunangan nya disana nanti.Ok lah...sekian dulu catatan untuk pagi ini...salam dan bye...bye....

24 Mei 2010

PENGAT KELADI/KELEDEK DAN BIJI SAGU...

Salam... N3 minum petang kali ini Kakintan buat pengat lagi...kali ini pengat keladi/ keledek dan juga sagu biji.. ..sedap juga sesekali bila petang petang kita buat pengat macam ni. Segala bahan bahan ni Kakintan beli masa kePasar Tani Mega kat Shah Alam tempoh hari kan...dah lama tuuuuuu....
Kalau nak tambah sedap lagi la kan... biasa nya Kakintan sejukkan nya dulu dalam peti ais sebelum makan...he..he... masing masing punya citarasa la ni kannnn...Ok lah Kakintan stop dulu ya... salam dan bye..bye....

HITEA DAN BIRTHDAY EN.AZHAR DI KELAB DARUL EHSAN...

Salam semuanya dan selamat pagi Selasa... harap harap pada semua yang berkunjung sihat sihat semuanya ya.... alhamdulillah bersua disini lagi...N3 Kakintan kali ni tentang majlis yang berlansung Ahad lepas diKelab Darul Ehsan, Ampang Jaya. Sebenarnya majlis hitea ni adalah untuk meraikan anak anak yang terlibat dalam ahli VICCB sempena 100 tahun band sekolah VI, tapi terlanjur dengan majlis tersebut kebetulan En Azhar dan salah seorang anggota VICCB mennyambut hari lahir mereka pada tarikh yang sama jadi ianya diadakan serentak...

Ramai juga parent yang hadir, tak ketinggalan geng MAKCIK KANTIN sekolah VI ni salah seorang daripada nya ialah Puan Fauziah (Gee)....Majlis tersebut bermula dari jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang....
Dipertengahan majlis tersebut, En Azhar dan Iman memotong kek hari jadi...En Azhar menyambut birthday nya yang ke 45 sementara Iman yang ke15 tahun...semoga mereka berdua dipanjang kan usia, sihat tubuh badan, dan hidup diberkati dunia dan akhirat disamping orang orang yang tersayang..amin...
Inilah sebahagian daripada guru guru dan juga anggota VICCB yang hadir di majlis tersebut...dari mula sampai hinggalah saat akhir majlis berakhir kami semua tak henti henti menjamu selera . Terima kasih banyak banyak kepada Puan Zarina (Guru) yang menaja sebahagian dari majlis tersebut dan juga pihak sekolah.
Inilah En Azhar dan keluarga beliau, beliau juga merupakan parent salah seorang anggota VICCB...anak beliau kini berada diTingkatan 5 sekolah tersebut dan bakal menghadapi SPM pada tahun ini...harapan dari kami semoga ahli ahli VICCB berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi terutama dibidang pelajaran.Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan kali ini...salam dan bye...bye....

23 Mei 2010

KUIH KOCI

Salam semua pengunjung pengunjung blogger... apa khabar agaknya? harap harap semua sihat sihat ya...N3 kali ni tentang makan makan lagi.. dah lama rasanya tak makan kuih koci ni.. kuih koci dari pulut biasa sahaja, bukan nya pulut hitam... resepi yang diambil semestinya dari rumah Kak Hanieliza... Chef kita yang tersohor diMalaysia ni...
Kalau buat kuih koci ni Kakintan tak suka yang diletak pati santan tu, tapi dibiarkan begitu sahaja cuma kalau nak sedap lagi Kakintan suka inti kelapa nya tu dicamporkan sedikit durian.... memang best...baunya nya sahaja dah cukup menyelerakan, dan sebelum makan nya sejukkan dahulu didalam peti ais..he..he....masing masing punya selerakan...nak buat macam mana.. ok lah sampai disini dulu salam dan bye..bye...buat semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...