30 Jun 2010

EMAK KEMBALI KERAHMATULLAH....

Salam dan selamat bertemu kembali... dah 2 hari Kakintan menyepikan diri seketika. Ada peristiwa menyedihkan yang Kakintan terpaksa terima dan lalui dalam tempoh tersebut, mana tidaknya ibu tersayang kembali kerahmatullah pada hari Selasa 29/06/2001 pada jam 11.05 minit malam. Ibu meninggal kerana sakit tua. Pagi nya tu...lebih kurang jam 11 lebih Kakintan terima mesej dari adik diPort Dickson mengatakan ibu dimasukkan keward kecemasan Hospital Teluk Intan, dan dia juga dalam perjalanan pulang kekampong untuk menziarahi ibu. Dikampong ibu diuruskan olih 2 orang lagi abang Kakintan dan juga 2 orang kakak serta 2 orang menantunya... Nak kata ibu sakit teruk tak juga... selesai uruskan arwah diward kecemasan, arwah dan nampak sehat sikit sebab dia sakit perut, doktor pun mengatakan arwah tak ada sakit apa apa... kencing manis, darah tinggi semuanya ok tak ada apa apa masaalah. Arwah kemudianya dibenarkan pulang kerumah.
Dirumah .... arwah makan macam biasa, tapi tak lah macam sebelum sebelum ni, makan sekadar mengisi perut sahaja begitu juga minum. Waktu solat pun dia solat macam biasa. Tapi malam tu abang/adik/kakak kata ada nampak perubahan pada wajah nya. Mereka sms Kakintan lagi mengatakan ibu tambah teruk, tapi waktu sms tu Kakintan terima Kakintan memang dah bersedia nak melangkahkan kaki memasuki kereta untuk pulang kekampong bersama2 semua isi keluarga. Sms terakhir Kakintan terima lagi..kali ni adik Kakintan yang bongsu kata...Mak dah tak ada...ya Allah tak tahu macam mana rasanya Kakintan waktu itu, ikutkan hati mau rasanya terjelepok atas batu batu dikawasan parking kereta depan rumah Kakintan.
Dunia juga jadi kosong sekosong nya....Kakintan balik bersama sama dengan keluarga adik Kakintan yang tinggal diSelayang Baru malam tu...alhamdulillah perjalanan kami selamat dan lancar...jam 3 pagi kami selamat sampai dirumah emak.
Kali terakhir ku lihat wajah nya.... alhamdulillah emak pergi dengan tenang sekali kata adik beradik Kakintan ... masa saat terakhir Kakintan lihat wajah arwah muka nya berseri seri dan manis sekali...
Antara yang menatap wajah arwah buat kali terakhir ialah anak anak arwah seramai 9 orang, 4 lelaki dan 5 perempuan , 5 orang menantunya,22 orang cucu serta 16 orang cicit. Emak meninggal diusia 78 tahun. Semoga roh emak ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman... ALFATIHAH...
*KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN YANG MENGIRIMKAN UCAPAN TAKZIAH DISINI DAN JUGA DIRUANGAN FB KAKINTAN SEKELUARGA MENGUCAPKAN RIBUAN SERTA JUTAAN TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA. INGATAN DARI ANDA SEMUA TAK KAN KAKINTAN SEKELUARGA LUPAKAN. BEGITU JUGA KEPADA HAM.... YANG TELAH MEMBERIKAN INFO TERSEBUT PADA KAWAN2 YG LAIN. TERIMA KASIH BANYAK SEKALI LAGI....*

Salam dan bye...bye semua...

28 Jun 2010

SERONOKNYA BILA TENGOK RUMAH KAWAN2 DAH CANTEK...

Salam.... alhamdulillah seronok rasanya hati Kakintan kali ni... manakan tidak dalam masa yang singkat dapat juga menyiapkan langsir seorang kawan yang tinggal di Lestari Apartment Bandar Tasik Permaisuri pada minggu lepas.
Kakintan sebenarnya baru sahaja kenal dengan tuan punya rumah ni melalui kakak beliau yang juga geng blogger dan FB. Dah lama dia nak membuat tempahan tapi masing masing sibuk dengan tanggung jawab dioffice dan juga dirumah. Apa apa pun baru lah pertengahan minggu sudah hasrat tuan rumah tercapai. Kakintan harap pada tuan rumah ianya dapat memuaskan hati ...walau pun jahitan Kakintan tu tak seberapa ya...
Terima kasih juga pada tuan rumah sebab menyediakan makanan yang sedap masa Kakintan membuat pemasangan curtain tersebut. Kakintan kerumah nya bersama sama dengan Ham...sebab mereka berjiran. Ok lah... layan je la gambar ni dulu ya... Kakintan nak keluar dah ni...salam dan bye ...bye...

OLE OLE DARI SARAWAK....

Salam semua... terima kasih kepada pengunjung blog Kakintan ya, kerana masih sudi meluangkan masa singgah disini membaca coretan yang tak seberapanya ini.. ermmmmm sekarang ni mood agak berkurangan sikit tapi Kakintan gagahi juga mencoretkan nya disini.
Orang memberi kita merasa ...bah kata pepatah, semalam masa tengah duduk menonton tv terdengar pintu diketuk orang. Bila dibuka jiran sebelah rumah yang datang. Rupanya dia baru je balik dari Sarawak, siap bawakan buah tangan untuk Kakintan iaitu kek lapis Sarawak dan juga ikan terubok masin. Kedua duanya memang makanan terkenal dari sana kan..
Terima kasih banyak banyak pada Fariza dan suami Tarmizi... terima kasih banyak banyak juga dengan ingatan tu pada Kakintan ya...he... he...sedap kek lapisnya tu...tapi tak berani nak makan banyak banyak la...Ok lah sekian catatan Kakintan buat pagi ni.... salam dan bye ...bye semua...

27 Jun 2010

BILA MUSIM WORLD CUP...

Salam dan selamat pagi semua pengunjung pengunjung blog Kakintan . Bertemu lagi dihari yang baru dan juga diminggu yang baru ini... semoga hari hari yang mendatang akan terus membahagia kan kita semua ya. Kali ni tak ada apa apa cerita tentang menu atau masakkan dari Kakintan lagi..he..he... bukan nya tak masak...masak sebenar nya tapi mood nak share kat sini tak berapa nak ada sejak akhir akhir ini. Tak apa lah kalau ada nanti Kakintan akan share juga kat sini ya..
Dah hampir dua minggu musim bola sepak Piala Dunia berjalan ...huhhh sejak itu juga ramai yang kurang tidur. Mana tak nya asyik berjaga malam semanjang termasuk lah hero hero Kakintan yang berempat dirumah ni. Yang bekerja lain masaalah nya, yang bersekolah pulak lain masaalah nya. Mana tak nya nak bangun pagi masing masing liat aje... kalau dikejutkan ada aje perkataan perkataan yg kurang sedap didengar macam..."nanti kejap lahhh" tak pun " bagi masa setengah jam lagi" sudah nya kelam kabut mengejar masa.
Kita yang duk kat rumah pulak yang tak tentu arah dibuat nya. Nasib lah Kakintan ni bukan nya peminat bola yang fanatik. Kalau diorang tengok pun, bila part bersorak tu Kakintan pun buat buat sibuk juga melihat apa yang berlaku dikaca tv tu he..he...(menyibuk je kan).
Itu satu hal...yang tak tahan nya tu bila part bersorak, Kakintan ni duk kat flat aje... kadang kadang tu seronok juga bila sana sini bersorak bila pasukkan yang diminati menjaringkan gol...contoh nya macam malam tadi bila pasukkan England menentang German.... kat rumah ni yg melihat nya ada 4 hero sahaja tapi bunyi nya macam ada 4o orang ....dua minggu lepas masa pasukkan mana entah yg menang sakan macam tu juga bunyi mercun ya Allah macam nak sambut Tahun Baru China bunyi nya...(mungkin bangsa diorang kut yang pasang) atau ada agenda lain disebalik nya bila pasukan peberet diorang menang mereka meraikan nya. He...he...entah lahhhh.... sementara nak menunggu habisnya World Cup ni pada 17 July nanti layan je lah kerenah diorang ni semuanya kan?...
Ok lah salam dan bye...bye... jumpa lagi

25 Jun 2010

TERIMA KASIH PADA ROHANA (ANA)

Salam dan selamat pagi Sabtu yang cerah dan nampak ceria ini... mana tak cerianya bila dapat barang yang cantek pemberian dari seorang kawan blogger yang pertama kali bersua dan bertemu hasil dari program EG yang dianjurkan olih Eija dari (Eija Cottage/ Ulat Pelita. blogspot.com)
Pada hari Khamis lepas Kakintan sebenarnya bertemu dengan ROHAS- Ana di pejabat nya yang tak jauh dari rumah Kakintan diSeksyen 5 Wangsa Maju. Office Ana betul betul berdepan dengan Cosy Place, Kakintan bertemu dengan Ana untuk menyerahkan EG Kakintan kepada nya. Ana ni sebenarnya peminat barangan antik. Tak sangka pulak masa serahkan EG tu ada gift dari dia. Ermm ...cantek la Ana Kakintan memang suka sangat. Terima kasih banyak banyak pada Ana ya dengan pemberian itu.... semoga tali persahabatan kita akan terus berkekalan sampai bila bila.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini...lain kali kita jumpa lagi... salam dan bye.. bye...selamat berhujung minggu juga buat anda semua..

23 Jun 2010

SEMPENA HARI BAPA AHAD LEPAS..20 JUN

Salam dan selamat bertemu kembali diblog Kakintan ini.... he..he...gelihati pun ada bila teringat macam mana bolih terlupa dengan entry kali ini... mungkin dua tiga hari yang lepas mood "malas" menguasai diri Kakintan agaknya. SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa bapa... tanpa mu kami semua tak kan lahir didunia... terima kasih atas segalanya. Hanya itu yang dapat Kakintan katakan....Kakintan sebenarnya ada 3 orang bapa tapi semuanya telah kembali kerahmatullah iaitu bapa kandung, bapa angkat dan bapa mertua. Bapa mertua Kakintan pernah temui dan melihat sama sekali kerana sewaktu Kakintan bernikah lagi bapa mertua dah lama meninggal... ALFATIHAH buat mereka semua ...semoga roh roh mereka bersama sama dengan orang orang yang beriman...aminnn
Untuk itu sempena hari BAPA , Ahad lepas Kakintan dan anak anak meraikan BAPA mereka. Bukan nya meraikan secara besar besaran tapi menghabiskan masa bersama disekitar Kuala Lumpur. Bermula pada sebelah tengah hari kami sekeluarga ke PAVILION KL... hari tu Kakintan tutup "office" Kakintan (dapor)...jadi kami makan je diluar.
DiPavilion kami shopping untuk siBAPA he...he... sesekali koyak juga lah kan poket Along...tak apa setahun sekali...kalau setahun 3 -4 kali errrrmmm... tak dapek la....lepas tu kami makan makan...makan cuma KFC je sebab pagi tu breakfast pun dah makan roti canai telor. Agak kenyang lagi perut. Lepas makan terus je keGSC.... huhhhh... pertama kali Kakintan dan En Hubby tengok wayang disini memang hebat lah .....
Petang tu kami menonton THE KARATE KID ... lakonan Jackie Chan dan juga Jaden Smith...memang best cerita tu...banyak juga unsur unsur lawak sesekali ada juga yang menyedihkan. Sesekali terbahak bahak juga kami ketawa.
Kakintan suka betul tengok karektor Jaden Smith ni ...perangai nya serta rupanya lebih kurang papa dia juga Will Smith...memang secocok digandingkan dengan Jackie Chan... o.k lahh habis je tengok wayang kami keluar dan terus pergi ke Bamboo Village menjamu selera diISTANA BAMBOO. Makanan pilihan ala Thai...adusssss sedap juga tapi harga nya bolih la tahan.. Apa apa pun terima kasih pada anak anak kami yang menghargai dan sanggup meluangkan masa merayakan HARI BAPA kali ini... sebenarnya kami tidak mengharapkan nya selalu... cukuplah ingatan dari anak anak dan kami rasa ianya amat dihargai. Kami sebagai ibu bapa menerima seadanya dari anak anak.


Istana Bamboo yang terletak di Jalan MRR2..tak jauh dari Restoren Intai Intai...he..he...tolong promosi pulaknya kan...tak salah rasanya kan. Malam tu penoh dengan tetamu rata-rata kesemuanya membawa ibu bapa masing masing. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan hari ini. Salam dan bye...bye...

22 Jun 2010

JUMPA GENG BLOGGER LAGI...

Salam dan selamat pagi semua. Nampak cerah pepagi ni disulami hujan sekejap tadi tak apa lah kan sejuk sikit kalau hujan pepagi macam ni. N3 Kak Intan kali ni tentang aktiviti pada hujung minggu lepas. Kakintan bersama dengan 2 orang anak dan juga Ham berkunjung kemajlis perkahwinan anak lelaki sulong Puan Mimieloma diBandar Baru Salak Tinggi Sepang. Sambil menyelam minum air ... kata peribahasa mana tak nya sebab masa kesana kami juga ditemukan dengan beberapa orang blogger lagi... antara IRIS IXORA yang juga seorang penulis novel, Mamakiter ( adik ipar kepada Mimieloma), Azian Daud dan juga Sharifah Norhodza. Dalam gambar ni yang berbaju putih ialah Iris Ixora baru je lepas habis menjamu selera sedangkan Kakintan dan Ham sudah nak berangkat pulang.
Inilah pasangan pengantin tersebut iaitu Aizat dan Nina, sama cantek sama padan.

Pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa mereka Mimieloma dan juga suami.

Mamakiter melayan kami makan.
Sedap makanan yang disediakan termasuk desert dan juga kuih muih.
Yang duduk bersebelahan Kakintan tu ialah Azian Daud dari Puchong . Azian datang bersama sama dengan suami nya.
Ok lah layan dulu gambar gambar ni ya...Kakintan kena out dulu sebelum tu salam dan bye bye....

21 Jun 2010

FM - BUAH TANGAN DARI DAYDECK 86...

Salam... apa khabar pengunjung blog semuanya... N3 kali ini tentang buah tangan yang Kakintan terima dari sorang lagi rakan blogger iaitu Daydeck, nak tengok blog dia masuk je kat sini...http://www.daydeck86.com - AKU DAN DUNIA KU - itu lah tajuk blog nya.
Daydeck ni sebenar nya sebaya dengan anak Kakintan yang nombor 2 tu (abang ngah) sama satu sekolah pun he...he...dah lama sapa menyapa kat blog baru tau dia tu kawan sekolah anak Kakintan... kami sebenarnya berjiran dan tak jauh dari tempat tinggal masing masing.. Daydeck ni rajin melancong sebenarnya juga... Hari tu dia ke Singapore...jadi itu buah tangan yang dibawanya...sebelum tu dia ke Terengganu ada juga dua ketul ole2 dari Terengganu yg dibelinya untuk Kakintan...terima kasih banyak2 ya Daydeck... suka sangat dapat FM ni dapat lah menambah koleksi yg ada...
Ok lah ....sekian dulu catatan buat kali ini... sampai jumpa lagi salam dan bye...bye....

TERIMA EG VANTAGE DARI CHEMPAKA....

Salam dan selamat petang semua pengunjung blog Kakintan...apa khabar semua?... entah kenapa sehari dua ni mood agak kurang sikit nak letak N3 pun tertangguh tangguh je....mungkin agak penat gaknya. Ok lah..N3 kali ini tentang EG yang Kakintan terima dari rakan partner Kakintan iaitu Chempaka yang tinggal diRawang.... EG ini Kakintan terima pada pagi hari Jumaat lepas. Tak sangka EG dari Chempaka sebegini cantek.....wah bukan main lebar senyum bila tengok EG ni bila sejurus dibuka kotaknya...tengoklah apa yg diisi didalam kotak tersebut...
Begitu cantek sekali set hidangan ini berjenama VANTAGE lagi.... tak pernah terfikir pun Kakintan dapat set ni dari rakan rakan EG. Niat dihati ikhlas bila join EG ini kita bukan saja dapat menambah lagi ramai kenalan dikalangan blogger tapi juga dapat mengeratkan lagi tali persahabatan diantara kita. Itu sahaja niat sebenar Kakintan, tapi kalau inilah yang Kakintan terima ianya merupakan satu bonus dalam menjalinkan tali persahabatan diantara kita semua disini.
Inilah jenama yang tertulis dibawah setiap bekas tersebut.
Bunga nya berwarna purple....salah satu warna kegemaran Kakintan juga ni...
Tutup mangkok yang teretak dibahagian tengahnya berbentuk kelopak bunga ros..nampak macam unik je...
Ok lahhhh....terima kasih banyak banyak kepada Chempaka sekali lagi ya.. rasa macam tak percaya je dapat EG sebegini mahal . Uishhhh segan pun ada he..he....sampai disini dulu catatan Kakintan ... salam dan bye...bye semua..

17 Jun 2010

PUDING CARAMEL

Salam semua, kali ni nak letak pula N3 masakkan yang Kakintan buat minggu lepas... Kakintan buat untuk menjamu salah seorang blogger yang pada mulanya nak berkunjung kerumah Kakintan pada petang tu.... tapi entah macam mana kunjungan nya terpaksa dibatalkan kerana dia ada tugas yang lebih penting sedang menunggu..ok tak apa lah ya... esok esok bolih datang lagi kan....
Sebenarnya bukan sahaja puding caramel ni yang Kakintan sediakan ada juga masakan lain untuk jamu selera makan tengah hari tu ... dah lupa ya entah apa yang Kakintan masak he...he... tapi puding ni yang cepat habisnya, tak sempat nak ambil gambar sepenuhnya...alih alih sekali pandang tengok dah tinggal sebelah je lagi. Ok lah sekian dulu cerita Kakintan kali ini...jumpa lagi. Salam dan bye...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...