31 Julai 2010

KE KK HOME DECO WANGSA MAJU SALE....

Salam dan selamat bercuti hujung minggu... kemana gaknya kalau cuti cuti macam ni?.. Kakintan minggu ni tak ada aktiviti kemana mana cuma ambil kesempatan keKK HOME DECO sempena jualan murahnya yang berlansung selama 2 hari ini. Kakintan sampai dalam jam 11 pagi, wahhhhh...ramai juga pengunjung2 nya..maklumlah harganya murah dari biasa. Masa naik ketingkat 1 mata terus terpandang dengan situdung hijau ni disatu sudut, dia tak nampak kedatangan Kakintan, biarkan lahhhh.... sibuk dia memilih barang barang yang dihajatinya. Kawan Kakintan ni Rahimah namanya...selalu chatting kat facebook je...tapi kali ni terserempak kat sini...
Ok tak apa biarkan dia shopping dulu, banyak juga Kakintan tengok barang2 yang dirembatnya... Kakintan pun terus cari bakul senang nak beli barang yg kecil2 terus masuk bakul...konon nya la...tapi bila dicar semuanya dah habis..makna nya pagi tu memang ramai la pengunjung2 nya, sampaikan bakul nak letak barang2 habis...Barang barang yg Kakintan minati juga banyak yang dah habis... tak kisah lah...rembat juga satu dua barang yang Kak Intan suka...apa dia?...tengok je la kat bawah ni...

Rembat punya rembat habis juga $100/ lebih, Kakintan bukan nya ahli pun kat situ, tapi masa jumpa Rahimah tadi dia offer Kakintan kad keahlian nya...alhamdulillah...Terima kasih banyak banyak ye Rahimah...lain kali bolih pinjam lagi he...he...
Balik je rumah terus deko , masa beli tadi kosong je.... terjumpa lebihan decal decal lama cepat2 tampal. Nombor rumah tu beli masa dalam perjalanan balik melalui Rampai Bussiness Centre, kat situ banyak juga kedai2 Hardware, apa lagi beli je lakan....siap semua kerja tampal menampal, buat pula kerja gantung menggantung dan ketuk mengetuk dinding, nasib baik hari ni jiran sebelah menyebelah tak ada dirumah, kalau tak risau juga mengganggu ketenteraman diorang tu...ok siap satu kerja dah
Yang lain lain tu cuma susun je kat tempat tempat yang sepatut nya....
Yang ni saje beli tapi belum tau nak isi apa...tunggu lah datang idea nanti kita tengok sama sama apa yg Kakintan buat...he...he...
Yang ini cuma gantung je.... senang kerjanya, Ok lah sampai disitu dulu catatan buat malam ini, jumpa lagi lain masa dan ketika, salam dan bye....bye...

30 Julai 2010

AKTIVITI SABTU LEPAS.

Salam... Sabtu lepas Kakintan ni macam tak ada mood je nak kemana mana. Selalunya kalau hari hari cuti macam tu ada je program kaki tu nak melangkah tapi hari tu macam malas je. Cuaca pun agak panas, jadinya lagi lah malas nak kemana mana....ermmm apa lagi kalau cuaca panas panas macam ni... aktiviti paling sesuai ialah menukar dan mencuci curtain la jawab nya...
Sambil sambil tu mekap la rumah apa yang patut...lagipun dah lama curtain yang dipasang tu tak ditukar tukar.... yang warna putih dah tukar warna jadi kusam dan lebam ... biasa lahhh kalau duduk rumah tinggi tinggi ni habuk memang banyak.
Dalam hati tu berkata.... baik tukar curtain ni sekarang sebelum menjelang puasa esok, nanti bila Ramadhan menjelma tak la sibuk sangat, bukan tukar yang baru pun pakai je la mana yang ada kan.... ayat bagi memujuk hati sendiri ni he..he...
Mana mana barang barang yg terdapat dalam showcase tu pun Kakintan angkut bawa keluar dan masukkan kesingki, cuci terus, tak payah nak lap lagi. Senang kerja kan, kalau dilap habuknya bertambah banyak rasanya...sedangkan kalau dibasuh dah tentu bersih.... bila dijemur dibawah cahaya matahari tu barang2 tersebut lagi bersih dan berkilat.

Curtain yang ada tu pun Kakintan guna curtain yang tahun lepas punya. Rasanya curtain ni mungkin guna sampai lepas raya nanti..ha...ha... senang kerja Kakintan kan...tapi tak tahulah...mana tau kalau rajin ke...duit berlebih ke mungkin buat lagi curtain baru ha..ha...
Rasanya kalau guna yang ini pun tak kisah...sebab masih baru lagi.... tak payah la tukar2 kan, save sikit duit Kakintan..bolih juga pakai untuk kelain duit tu...
Masa duk tercari cari tie back curtain Kakintan terjumpa la pulak sarong bantal ni... he...he... lain yang dicari , lain pulak yang Kakintan jumpa. Sarong bantal ni pemberian seorang kawan yg bercuti keBeijing beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah muat pulak dengan bantal yg ada dirumah Kakintan ni... wauuuuu...bila dah disarungkan cunnnn la pula...
Ok...sekian dulu catatan Kakintan buat malam ini. Salam dan bye..... bye....

PELITA ALADDIN....

Salam semuanya dan selamat malam. Hari ni rumah Kakintan agak sunyi sebab 2 orang daripada isi rumah keout station... jadi tak ada nak buat apa apa Kakintan ambil kesempatan ni untuk meletak entry ini.
Jumaat lepas Sofea Jane (Jue) datang kerumah Kakintan untuk menghantar pelita aladin ini. Sebenarnya pelita ni Kakintan order dari Eija (Ulatpelita.blogspot.com) beberapa bulan dahulu. Kebetulan masa Eija turun keAmcorp Mall Kakintan ada urusan lain , jadi kami tak sempat bertemu, jadi pelita tu dia serahkan pada Jue,begitu lah perjalanan hidup pelita Aladin ni sebelum masuk kat atas rak dirumah Kakintan ni...Terima kasih Eija dan terima kasih juga pada Jue, sebab datang kerumah semata mata menghantar pelita tersebut. Dah la hantar pun tak naik kerumah pun ....sembang kat parking kereta je he...he...gara gara rumah Kakintan yang duduk dilangit ke7 tu he..he....ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini... salam dan bye...bye....

29 Julai 2010

LAKSA JOHOR...

Salam dan selamat pagi Jumaat... apa khabar pengunjung semua?Terima kasih sebab sudi berkunjung keblog Kakintan ini. Apa pun ini lah entry hari ini
yang Kakintan nak share kan bersama sama disini iaitu Laksa Johor. Laksa ni salah satu peberet Kakintan dan juga keluarga. Kak Intan masak petang semalam, itu pun dah ketandusan idea ... tak tahu apa selera nak makan he...he.. dekat dekat nak Ramadhan ni tekak pun pandai memilih makanan yg suka dan yg tak sukanya. Ok lah nak resepinya ke?...sebenarnya Kakintan dapat resepi ni dari sini...http://azri.free.fr/resepi/laksa_johor.php uishhh.... sedap bolih tahan juga....terima kasih Azri berkongsi resepi ya....ini Kakintan buat copy & paste je dari blog Azri ya....

Bahan-bahan:

1 paket speggetti .. direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat..
6 ikan kembung.. rebus, amik isi,blend & jgn buang air rebusannya..
6 bwg merah..kisar
2 bwg putih..kisar
skit lengkuas..kisar
skit halia..kisar
2 serai..kisar
1 paket kari Adabi.. bancuh ngan air
skit asam jawa.. bancuh ngan air
skit udang kering.. tumbuk
12 cili kering.. kisar
1 sudu ketumbar.. kisar
Skit jintan.. kisar
1 biji kelapa..1/4 kerisik, 3/4 santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 ikat daun kesom
2 bunga kantan

Bahan sampingan:

Daun kesom
Daun selasih.. rasanya kat KL susah nak cari..
Kacang panjang diracik
Timun dipotong membulat..
Bawang besar dipotong membulat
Taugeh
Tauhu digoreng, dipotong kecil2
Limau kasturi
Sambal belacan.. ummpphhh.

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.
Biar sampai naik wangi..
Masukkan udang kering,rempah kari dan rebusan ikan tadi.
Masukkan ikan yg dikisar tadi.
Masukkan gula melaka, air asam jawa,kerisik, garam dan santan.
Last sekali masukkan bunga kantan ngan daun kesom.
Dah siap..

Tapi... sebelum tu nak bagi tahu jua...tak semua bahan bahan yg dalam tu Kakintan ikut ada juga satu dua bahan yang Kakintan tak buboh macam taugeh dan juga daun selasih...ermmmm anak2 tak suka...jadi Kakintan letak yg mana anak2 suka makan sahaja..Ok salammm dan bye...bye...jumpa lagi...

28 Julai 2010

KEK KUKUS BUAH BUAHAN....

Salam dan selamat pagi Khamis, pagi ni cuaca nampak agak mendung je. Kalau yang kaki tidur ni memang sedap tarik selimut balik kan... he..he... tapi Kakintan bukan kaki tidur sebalik nya "kaki makan" juga... Errmmm jum tengok apa yang dimasak kali ni. Kek buah buahan... sesekali makan memang sedap. Kena pulak dihidangkan dengan kopi panas memang umphhhh lahh
Resepinya Kakintan ambil dari Diana... kalau nak kan nanti Kakintan copy & paste je kat sini ya...:-
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana

...Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.

O.k Kakintan dah siap pun buat copy & paste macam mana nak membuat nya. Selamat mencuba dan salam bye...bye....pada Diana juga terima kasih berkongsi resepi kat sini....

27 Julai 2010

AYAM MASAK KARI MAMAK...

Salam....dah masak ke?...apa menu hari ni agaknya... dua tiga hari yg lepas Kakintan buat masakkan kari mamak tanpa santan. Dah selalu sangat bersantan jemu pula... kali ayam tu Kakintan goring sekejap lepas tu Kakintan buat pulak masak kari, tapi masakkan nya agak pekat sikit la sebab ta bersantan kan.
Bahan bahan nya:-

1 ekor ayam
5 biji bawang putih
3 biji bawang sederhana besar
sedikit halia - kesemuanya dikisar
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga- kesemuanya untuk ditumis
sedikit daun kari
2 helai daun pandan
air asam jawa
garam gula
cili kering yg dah diblender
rempah kari daging
Sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos
Minyak untuk menumis
Cara caranya:-

Ayam yg telah dipotong2 dan dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit.Goreng jangan sampai garing. Tumiskan didalam periuk bahan bahan penumis tadi,... biar naik baunya masukkan daun kari serta bahan bahan yang telah diblender tadi, masukkan cili kering siap blender juga. Tumiskan ssehingga bahan bahan tadi naik minyak masukkan rempah kari yg telah siap di gaulkan dengan sedikit jus asam jawa...biarkan sehingga naik minyak dan garing barulah masukkan ayam yg siap digoreng tadi. Masukkan juga daun pandan garam, sedikit gula. Kakintan juga masukkan sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos. Rasalah ikut citarasa masing masing. Masakkan sehingga naik minyak dan betul2 pekat barulah diangkat untuk dihidangkan.
Selamat mencuba... salam dan bye...bye...

26 Julai 2010

MAJLIS TAHLIL DAN ARWAH..

Salam dan selamat petang,.. tak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah sekiranya dipanjangkan umur kita sama sama akan berpuasa sebulan. Maka diwaktu waktu sekarang ini ramai pula yang mengadakan kenduri untuk menyambut bulan Ramadhan dan juga ada yang membuat kenduri tahlil arwah. Tak terlepas juga keluarga sebelah Hubby saban tahun berbuat demikian. Semalam hari Ahad 25hb July 2010 berlansungnya majlis tersebut dikediaman arwah mertua diKampong Chubadak Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Ramai saudara mara dan juga kaum keluarga yang hadir dimajlis tersebut. Alhamdulillah cuaca pun bagus masa tu. Jadi majlis pun berjalan lancar. Antara menu yang disediakan ialah gulai jering masak lemak cili padi dicampor ikan bilis, masakkan ni memang menjadi tumpuan setiap mereka yang menggemarkan nya dan inilah antara menu yang cepat habis. Alhamdulillah...lain lain menu ialah...
Sambal tumis sotong
Ayam goreng berempah
Daging masak hitam
Ulam ulaman dan sambal belacan
Desertnya buah limau sunkist
Ada juga desert lain yang dihidang kan seperti bubur kacang yang dicamporkan dengan buah durian, kuih bakar, kuih 2 basah yang lain beserta dengan minuman dari air sirap....Ok layan dulu gambar gambar sekitar majlis tahlil arwah semalam ya. Salam dan bye bye...


IKAN MASAK TAUCHU...

Salam...dah lama blog Kakintan tak letak entry baru kan... he..he... ada la kerja kerja yang buat Kakintan busy sikit..ok lah hari ni pasal makan makan lagi... Menu Kakintan kali ini ikan masak tauchu...selalunya menu menu yang macam ni memang hubby yang suka makan dan dia juga yang selalu request...Kakintan tukang masak nya sahaja.
Biasanya ikan yang Kakintan selalu masak ialah ikan kembung atau pun ikan bawal...dua jenis tu je yang diorang suka. Bahan bahan yang selalu Kakintan gunakan ialah...

1 paket tauchu
2 ekor ikan yang siap digoreng terlebih dahulu
3 biji chili hijau dibelah 2
2 batang serai
Bawang putih dimayang
Bawang merah dimayang
Halia dimayang
Bawang besar dipotong bulat
air asam jawa
Rempah halba campur

Cara nya
Tumiskan bahan2 rempah halba campor tadi, bila naik baunya masokkan pula bahan2 yg telah dimayang, tumiskan sehingga naik baunya. Masukkan air asam jawa dan juga tauchu yang telah ditumbuk sedikit kedalam kuahnya tadi. Masukkan ikan yg telah siap digoreng biarkan sehingga mendidih, masukkah bawang besar yg telah dipotong bulat dan juga chili hijau yg telah dibelah dua tadi. Masakkan sehinga mendidih , masukkah sedikit garam rasa ikut citarasa masing masing dan angkat.

22 Julai 2010

CEKODOK IKAN BILIS

Salam.... ada lagi entry pasal makan makan ni...he..he...bila la nak berhenti makan ni ...melainkan sakit tak ada selera makan je yang berhenti gaknya. Bulan puasa pun kita duk makan juga disebelah malam nya. Ok lah layan je la kan tekak ni selagi mau makan dan berselera. Huhhh... ni kisah petang semalam la ni hari pulak sekejap panas sekejap mendung. Anak anak yang Kakintan jaga pun ramai semalam.. cari idea apa nak makan petang petang hari nak jamu diorang
Akhirnya bancuh la tepong dicamporkan sedikit ikan bilis , telor, sedikit garam dan air sejuk dari peti ais untuk membuat cekodok ikan bilis ni. Mesti ada yang tertanya tanya kenapa ambil air sejuk dar peti ais...sebenarnya Kakintan pun dapat petua dari seorang kawan yang bekerja di sebuah hotel terkemuka diKL...katanya kalau nak dapatkan cekodok yang lembut dan sedap gunakan air sejuk daripada peti ais....maka itu Kakintan pun mencubanya lah...memang betul...lembut dan tidak liat bila sejuk. He..he...ok lah ya...salam dan bye bye. Jumpa lagi dilain entry.

MERENDANG AYAM LAGI....

Salam dan selamat malam... dah dinner ke ? atau juga ada yang baru lepas berbuka puasa. Alhamdulillah diberikan Allah rezeki lagi. Entry kali ini ialah menu yang Kakintan masak beberapa hari yang lepas... dah tak tahu nak masak apa Hubby kepasar beli ayam... itu lah pun bahan utama yang selalu ada didalam peti ais Kakintan tu
Fikir punya fikir dah tak tau nak masak apa..jadi Kakintan pun ambil keputusan buat masak rendang sahaja. Kebetulan pula hari tu hari Selasa , Hubby buat puasa sunat . Rasanya kalau masak rendang ayam dah ramai yang tahu bahan bahan nya dan cara memasak nya. Jadi tak payah la Kakintan letak resepi nya disini lagi kan...ok lah layan je la ulu rendang ayam Kakintan ni...salam dan bye...bye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...