28 Disember 2010

TERIMA KASIH PADA AYU....

Salam.
Entry kali ni memang betul betul dah lama tertundanya. Rasanya Kak Intan berjumpa dengan Ayu ni pada bulan lepas lagi. Masa tu cuti hujung hujung minggu Kak Intan tergerak hati nak jumpa dengan siAyu yang manis berlesung dipipi ni. Maaf entah mana gambar kami berdua Kak Intan selitkan tak jumpa pulak nya. Ayu ni sama lebih kurang macam Kak Intan juga CEO dalam rumah tangga. Hobby nya juga bolih tahan, selain pandai memasak untuk seisi keluarga dia buat bisnes faux cake ni. Cantek cantek hasil kerja tangan nya dan nampak kemas je. Memang Kak Intan suka tengok.
Masa balik dari jumpa dia petang tu Kak Intan tak sangka la pulak dapat buah tangan darinya....he...he.... tengok lah tu cantek tak? Ermmm...bukan cup cake betul tuhhh...tapi cup cake pelesu je ha...ha.....bekas tu juga pemberian dari Ayu....Huwahhhh ...... memang suka sangat sangat ni kebetulan Kak Intan juga tengah bergiat cergas mengumpulkan barang ni buat perhiasan. Sekali lagi berbanyak banyak terima kasih Kak Intan ucapkan. Semoga persahabatan kita berpanjangan didunia dan akhirat..amin...Ok lahhh..layan je la dulu pic ni dan sesapa yang teringin nak tempah kek untuk perhiasan bolih lah jumpa Ayu ni kat Shah Alam sana tu . Salammmm...

NASI IMPIT KUAH LODEH...

Salam,
Selamat pagi Rabu, jumpa lagi diblog Kak Intan ini...dah sarapan ke belum? Kalau sudah alhamdulillah, sarapan apa agaknya tu ya? Bagi Kak Intan entry sarapan kali ini ada lah sarapan yang telah berlalu beberapa hari yang sudah, tapi baru sempat nak cerita hari ni...tak apa la kan. Janji ada bahan nak di ceritakan he..he...
Salah satu sarapan yang selalu Kak Intan masak dan makan seisi keluarga ialah nasi impit dan juga kuah lodeh. Nak masak pun senang je kan, cuma kalau nak tambah sedap kena sediakan rendang ayam atau pun rendang daging memang la tambah sedap. Tapi kalau untuk sarapan pagi biasanya Kak Intan cuma buat kuah lodeh dan juga sambal tumis ikan bilis untuk dimakan bersama nya.Nasi impit tu pula guna dari nasi impit segera jenama Nona. Kak Intan suka jenama ni sebab ianya berbau wangi. Rebus je dalam 1 jam dah siap. Sejukkan dan potong potong curahkan je la kuah lodeh atau pun kuah kacang pun sedap juga. Ermm...kenyanh sampai la ke tengahari jawabnya silap silap tak payah ambil lunch dah tengahari tu.. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan.Jumpa lagi , salam buat semua.

26 Disember 2010

SARAPAN DGN REBUS2 JE...

Salam .
Jumpa lagi kita disini dengan entry menu makan makan. Selagi hidup selagi bernyawa tentunya kita perlu makan kan? He..he..ok lah ni menu Kak Intan breakfast pepagi tadi. Breakfast yang satu ketika dulu memang peberet dalam keluarga Kak Intan dikampong. Breakfast yang tetntu nya menjadi kegemaran Kak Intan dulu kini dan selama nya apalagi kalau bukan ubi rebus dengan cicahan sambal tumis ikan bilis.
Ada juga yang suka dimakan dengan ikan masin atau juga sambal belacan. atau juga dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam...Ermmm memang la sedap..lawankan dengan minuman kopi panas panas..ya ampunnnnn kena la hari hujan..apa lagi sesuai sangat sangat he..he..Ok..sampai disini dulu ya..Kak Intan mengundurkan diri dulu. Salam buat semuanya..

SMALL GATHERING DGN KAWAN2 EN HUBBY.


Salam semuanya.
Apa khabar hari ni? Harap harap semuanya sihat walafiat ya. Ermmm... pada hari Sabtu yang lepas 25 Disember 2010 Kak Intan dan geng2 tempat kerja lama En.Hubby (MHSB) berkumpul dirumah Kak Siti Fatimah di Gombak. Kak Intan dan keluarga dijemput untuk sama sama menikmati menu BBQ yang disediakan anak angkat Kak Siti... wauuuuu...marbeles he..he... terima kasih banyak banyak ya Kak Siti kerana menjemput Kak Intan sekeluarga. Kak Intan datang pun betul betul bawa perut kosong je. Menu menu malam tu ada ayam dan kambing panggang yang dimakan bersama dengan black pepper sos, salad coleslaw, salad kentang serta pasta. Ada buah buahan pencuci mulut tembikai dan rambutan.
Sambil sambil tu juga kami semua layan lah salah sorang tetamu Kak Siti ni yang datang bersama sama ibu angkat nya ini dari Melaka. Kak Intan pun tak tanya apa nama sebenarnya dengan MAMAT ni....semua panggil dia MAMAT je.. dia dari Germany..datang ke Malaysia atas pertukaran pelajar. Dah fasih berbahasa Melayu sikit sikit. Tengok dia makan sedih juga sebab dia jauh dari Mummy dan Daddy dia...katanya duk Malaysia ni setahun je... tapi seronok katanya...
Paling seronok bab makan ni semua dia makan, kata Mastura, selaku ibu angkat nya ...apa saja masakkan Melayu dia makan termasuk sambal belacan, masak asam pedas memang dia suka. Kebetulan hari tu dia celebrate Krismas jadi kami semua layan dia sebaik mungkin... Bayangkan lah kalau anak kita jauh dirantauan dihari raya tanpa mak/ayah disisi mesti rasa sedih juga kan.
He..he...tengok lah Hubby Kak Intan ni dengan kawan satu office satu ketika dulu ...dok layan lamb...huawaaahhh tak hengat dunia kalau makan...Kak Intan pula kalau lamb ni susah sikit nak layan...tak tau kenapa..tapi kalau ayam tu anytime...Ok lah ..sampai disini dulu catatan Kak Intan, salammmm.

23 Disember 2010

SLURRRRRRRRPPPP....HIRUP TOMYAM..

Salam...
Selamat bertemu lagi geng blogger... kali ni pasal hidangan tengah hari ini. Makan yang pedas pedas dan panas panas dimusim musim hujan ni memang sesuai. Apa lagi kalau bukan tomyam. Kali ini buat tomyam ayam. Macam kata dalam iklan tu...Cepat dimasak, cepat dimakan.
Tomyam macam ni memang kegemaran sekeluarga, tak dapat makan isi pun tak apa layan je la dengan menghirup kuahnya pun dah sedap dah kan... dengan rasa pedas, masam masin dan manisnya bersatu...fuhhhhhh tak payah lauk lain pun dah tak apa.
Selalunya Kak Intan lawankan dengan nasi putih, sambal belacan , ulam timun dan juga telor dadar.
Kalau tak ada nasi putih pun curahkan atas mee atau meehoon atau pun kuey teow pun memang sedap kan. Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni... kalau rasa rasa teringin bolih la masak nanti dihujung hujung minggu kan . Ok Salam dan jumpa lagi...

AWARD DARI LIN ROSLY

Salam,
Selamat petang semuanya. Tentu geng geng blogger dah makan tengahari ni kan. Ada juga yang belum makan rasanya...tak apa lepas ni bolih pergi makan ya. Tak ada apa yang nak diceritakan kali ni. Cumanya KakIntan ada terima award dari Lin Rosly yang anggun gitu.
Kalau dah dapat award mesti juga kena jawap soalan soalan cepu emas kan, tengok apa yang dia tanya Kak Intan ni...jummmm

1. SEJAK BILA ANDA MULA MEMASAK DAN APAKAH MASAKKAN PERTAMA ANDA?-
Seingat ingat Kak Intan memasak ni bermula dari sekolah rendah masa tu... lebih kurang Lin juga lah... mana ada dapor gas macam sekarang, kalau nak masak kena cari kayu, cari kayu, cari kayuuu...nak tau apa yg Kak Intan masak...Masak air, lepas tu up sikit masak nasi, lepas tu up sikit lagi goreng ikan he...he..... guna dapor kayu ni mulut memang kena muncung selalu sebab kalau kayu basah api susah nak hidup, jadi kena tiup selalu bila api padam.Masa sekolah menengah ibu/bapa dah mampu sikit, diorang beli dapor minyak tanah. Tapi dapor kayu still guna kan lagi.

2. SAPA YANG MENGGALAKKAN ANDA MASAK?
Sudah tentulah kedua arwah ibu dan bapa....anak perempuan kan WAJIB pandai masak.

3. MASAKKAN YANG ANDA SUKA MASAK DAN DIGEMARI ORANG ORANG KESAYANGAN ANDA.
Yang keluarga gemarkan ya.... ishh banyak tuuuu...antara nya lemak cili api (peberet Hubby), masak asam pedas kegemaran sendiri, anak anak pula suka yang Western terutama nya Spagetti... ada lagi tak tersenarai nanti he..he...

4. TAG 5 ORANG YANG SERING BERKUNJUNG KEBLOG ANDA-

Alahai ni yang susah ni nak pilih tapi tak apa lah ...pada yang namanya tak disebutkan jangan pulak terasa hati ya...sebenarnya KakIntan main sebut je nih , tak ada nak pilih pilih...
1.HAMSIAH JUNID
2. AZATIE SAYANG.
3. LOVE
4. WATIERMANLIFE
5. HANA (JEPUN)

Ok...terima kasih juga pada Lin Rosly ya...kerana memberikan Kak Intan Award ini untuk di panjang2 kan lagi pada yang lain lain. Yang menerima nya tu silakan bawa balik dan jawab soalan soalan tu ya. Sampai disini dulu Kak Intan berundur diri. Salam

22 Disember 2010

BINGKA UBI KAYU..

Salam ,
Selamat petang semua geng blogger semua. Sarapan pagi sudah, makan tengahari pun sudah, sekarang ni duk fikir nak makan petang pula kan?..He..he tak habis habis dengan makan, makan dan makan....selagi bernyawa selagi itu kita semua perlukan makanan . Kali ini menu untuk minum petang...menu menu kampong sahaja, iaitu bingka ubi kayu.
Bukan buat hari ni pun , ni menu yang dimakan pada hujung minggu yang sudah. Waktu tu sepupu Kak Intan dari Singapore berkunjung kerumah, dah tak tahu apa nak hidangkan , hidangkan je lah bingka ubi kayu ni. Kak Intan memang suka dengan bingka ni, kalau dicampor dengan gula merah lagi lah sedap kan...tapi yang ni guna gula putih sahaja, rasanya pun lebih kurang sahaja. Ok lah sesiapa yang tengah mencari menu untuk minum petang bolih lah membuat nya, tapi ubi kayu ni agak susah sikit nak dapat kalau area KL ni...kalau dikampong2 senang je...Kak Intan selalunya nak dapatkan ubi kayu ni diPasar Tani sahaja diTaman Melawati atau pun di Pasar2 Malam. Ok lah... Kak Intan berhenti disini dulu ya. Salam

HIDANGAN SEKELUARGA...

Salam ,
Dah tengah hari dah ni kan? Dah makan tengahari ke? Apa lah menu yang dihidangkan untuk sekeluarga hari ni ya?...He..he...banyak tanya pulak Kak Intan hari ni. Bukan nya apa, kadang kadang suri suri rumah macam Kak Intan ni pening juga fikirkan apa lah menu yang nak dimasak untuk keluarga setiap hari....Kalau kepasar pulak fikir ikan apa nak beli?...ayam ke daging ke sayur ke?...ishhhh macam macam...dah beli nanti lain pulak ceritanya, nak masak apa ikan ni?..kari ke, asam pedas ke? masak lemak cili api ke? Penyudah nya masak je la menu "siaran ulangan" atau pun "pi mai pi mai tang tu jugak"..betul tak? Macam juga menu Kak Intan beberapa hari yang lepas ni dah tak tau apa nak masak, maka terjadilah asam pedas ikan selar yang dicamporkan dengan daun kesum...errrmmmm jalan juga masuk perut kalau dah musim2 hujan ni kena pulak dengan nasi panas 2 kan...
Sayur nya pula Kak Intan masak sayur cap cai je tumis camporkan dengan udang.
Tambahkan lagi satu menu yaitu telor goring campor mayonis, bawang dan juga cili api yang dipotong2 nipis..Ok lah tu kan...
Kalau nak sedap lagi tumbukkan pula sambal belacan, kasi tambah pedas lagi. Memang meleleh peloh kalau makan tengahari,ok lah layan dulu pic Kak Intan ni ya, salam dan jumpa lagi..

21 Disember 2010

PUDING KASTAD JAGUNG...

Salam...
Dah dinner ke belum ni ?.. Dah jam 8.30 malam ni biasanya time2 macam ni masing masing tengah sibuk hidangkan family makan malam seisi keluarga. seronok kan kalau seisi keluarga makan ramai ramai sambil bercerita tentang aktiviti aktiviti masing diwaktu siang nya tadi. Menu Kak Intan kali ini menu tertunda 2-3 hari yang lepas.... Kak Intan buat puding kastad jagung.. mesti ramai yang dah pro dalam membuat menu ni..jadi tak payah lah Kak Intan nak letak resepinya lagi kan...
Sekarang ni dah jadi macam arwah mak juga...dulu2 arwah mak mak kita suka sangat makan yang manis manis sebagai pencuci mulut bila lepas makan nasi kan. Tapi...time tu kita tak kisah pun ..bila umur dah meningkat macam ni baru lah perasan ha..ha...Ok lah Kakintan nak sambung kerja kerja menjahit pula... Salam semuanya....

SARAPAN UNTUK SI BUJANG....

Salam semuanya.
Jumpa kita dimalam hari dihari Selasa ini. Entry macam biasa, apa lagi kalau bukan menu yang Kak Intan hidangkan pagi semalam buat anak anak bujang Kak Intan yang bertiga tu. Pagi semalam Kak Intan breakfast dengan kuih sagu yang digaul dengan kelapa (kuih bronok-kata orang Kelantan)..ermmm tapi anak anak mana nak layan kuih kuih yang macam tu... jadi Kak Intan pun masaklah nasi goreng dengan sup sup sayur untuk diorang ni.
Konon konon nya buat lah nasi goreng tomyam, sebab nasi pun banyak lebih malam tu. Daripada sayang dibuang lebih baik digoreng je kan. Adalah lauk/sayur yang ditambah pada nasi goreng ni iaitu telor mata dan juga ulam timun.
Kemudian nak bagi sedap lagi Kak Intan buatkan diorang sup sayur yang dicamporkan dengan udang, sotong dan juga sedikit isi ayam. Ermmm.. laju la lagi diorang menghirup kuah dengan nasi goreng tuh..he..he...

Ok lah...sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini ya... Salam dan jumpa lagi....

19 Disember 2010

TERINGIN SANGAT NAK MAKAN..

Salam,
Selamat petang semua....cuaca di KL ni nampak sekejap mendung sekejap panas. Baru je lepas bangun dari golek golek tadi berbaring sambil layan buku buku yg patut dibaca. Rasa macam lapar je tak tau nak makan apa.. sebab makan pagi dah berat kan...jadi masa lunch tadi tak masak apa pun tunggulah petang sikit lagi baru nak masak untuk makan malam seisi keluarga.
Ni menu minum petang Kak Intan dua hari yang lepas...kuih lopes..ikutkan Kak Intan tak bolih makan yang manis2 sangat ni sekarang sebab BP Kak Intan bolih tahan juga naiknya.... tapi tak apalah tak dapat makan banyak banyak dapat makan sikit je dah lah..saje je nak lepaskan rasa teringin tu je yang lebih nya he..he... Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan petang ini... salam buat semua...

LAKSAM...

Salam. Selamat tengahari dan selamat bertemu diminggu yang baru. Dah masak ke? He..he...mesti ada yang pening kepala memikirkan apa menu yg akan dimasak untuk hari ni kan. Biasa nya bagi surirumah macam tulah.Entry hari ni tentang menu menu beberapa hari yang lepas. Menu yang bukan Kak Intan masak sendiri tapi beli sahaja dipasar malam yang berhampiran dengan rumah Kak Intan.
Ini lah dianya Laksam kegemaran Kak Intan sejak akhir akhir ni. Kalau dulu tak pandai sangat makan tapi sejak sejak berjiran dengan orang Kuala Krai ni dah pandai makan makanan diorang he..he...Tak apa ...buat masa sekarang mmg tak pernah buat.Insyaallah satu hari nanti nak cuba juga resepi ni...Ok lah dulu...salam buat semua...jumpa lagi .

16 Disember 2010

PUTERI SALAD / SERI MUKA

Salam.
Selamat bersua kembali dientry masak masak lagi..He..he...ni menu minum petang yang Kak Intan buat semalam. Entah apa agak nya selera tetiba rasa nak makan kuih seri muka ni. Terus je Kak Intan rendam pulut dalam setengah jam dan kemudian mengukusnya untuk dibuat basic kuih ni. Kebetulan stok pulut masih lagi tingga sedikit...alahai buat je lah mana yang ada. Resepinya pula Kak Intan dapat dari Nana sham kat My Resepi..nak tengok ke apa bahan bahan dan cara yang dia gunakan nak buat Seri muka ni...Nanti ya Kak Intan copy & paste dari apa yang sampaikan disitu...

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam.
  13. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  14. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan.. O.k lah lepas ni sesiapa nak mencubanya juga bolih lah ikut sebagaimana yang Nana jelaskan seperti diatas ni... terima kasih buat Nana ya, sebab berkongsi resepi.Salammmm..

MEE BANDUNG MUAR...

Salam.
Selamat pagi semua dipagi hari Jumaat yang cerah nampak nya ... alhamdulillah bersua kita lagi disini. Entry tentang menu yang Kak Intan masak semalam. Olih kerana tak berselera nak makan nasi jadi Kak Intan pun buat mee Bandung Muar, kebetulan paste mee Bandung ni ada sepeket lagi jadi Kak Intan pun beli je bahan bahan yang nak dicamporkan kedalam kuahnya nanti seperti udang, sotong,ayam dan juga sedikit sayur sayuran.
Paste mee bandung ni Kak Intan beli masa mengunjungi MAHA 2010 diMARDI tempohari. Product keluaran Bumiputra, jenama JT Sinaran... alahai lupa pula nak simpan gambar paket paste mee Bandung ni. Memang sedap pada selera Kak Intan, apa yg perlu kita buat cuma camporkan 200 ml air dalam paste ni dan jerangkan sampai mendidih kemuadian camporkan sebiji telor, dan juga udang, sotong , ayam ikut selera masing2. Kemudian tuangkan keatas mee kuning yang dah siap dicelur sekejap, taburkan keatas nya bawang goreng, cili potong dan juga daun sup yg dimayang. Ok siap untuk dimakan.. selamat mencuba...salam dan jumpa lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...