10 April 2011

MEE SOUP

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua geng blogger, apa khabar hari ni? Harap harap sihat walafiat semuanya ya. Terima kasih kerana selalu singgah diblog Kak Intan ini. Ok jum tengok menu yang Kak Intan masak minggu sudah. Baru pagi ni keluar entry nya..he..he...entah apa la busy sepanjang minggu ni. Nak letak entry baru pun tergendala hari kehari..
Kak Intan masak menu ni bila anak anak yang Kak Intan jaga ni masing masing tak nak makan nasi. Katanya kalau ada mee sup dia nak la makan. Ya tak ya buat je lah ... bahan bahan yang Kak Intan guna kan main buboh je apa yang ada dalam fridge tu. Janji ada rasa sup, satu lagi budak budak ni kalau masak mee sup sayur2 semua tu tak payah pun tak apa...tapi daun sup mesti ada, ayam atau udang mesti ada...satu lagi telor juga mesti ada. Kuah juga diorang nak banyak...sebab suka menghirup kuah nya. Lagi senang kerja nya kan he..he....Ok lah layan dulu pic ni...Kak Intan nak sambil sambil menggoreng cekodok pisang kat dapor tu untuk buat sarapan pagi ni....Wassalam jumpa lagi dientry seterusnya...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...