26 April 2011

JALAN JALAN CUCI MATA DIVIVA HOME

Assalamualaikum,
Selamat pagi geng blogger semua. Mungkin ada yang tengah sarapan sekarang ni, sambil sambil tu jum layan gambar gambar yang Kak Intan ambil masa jalan jalan cuci mata diVIVA Home, Cheras. Seronok cuci mata dikedai yang menjual barang barang deco ala Inggeris ni. Semua nya ada, tapi harga nya bolih tahan. Apa pun jum kita tengok dulu...
Ini lah kedai yang buat Kak Intan leka melihat isi didalam nya..bukan buat iklan ya...saje nak share je dengan kengkawan kat sini he...he....PINK ROSE FURNISHING.
Macam macam ada didalam nya termasuk lah barang barang yang paling Kak Intan minati contohnya skrin ni...memang cantek sangat...
Kabinet kabinet hiasan pelbagai bentuk dan saiz...cantek cantek...
Apa apa pun setakat jamu mata sahaja. Dikedai kedai yang berdekatan juga Kak Intan nampak la set set pinggan mangkok yang cantek cantek juga. Nak kata harga nya mahal ke murah Kak Intan pun tak pandai nak menilai sebab pinggan mangkok macam ni Kak Intan pun kurang arif tentang harga nya.
Biasa nya Kak Intan tengok corak corak dan bentuk yang begini didatangkan dari luar negeri sahaja.
Ok lah...sampai disini dulu catatan untuk pagi ini. Sampai jumpa lagi dientry seterus nya, wassalam




JUS TEMBIKAI...

Assalaualaikum,
Jumpa lagi ye diwaktu waktu terluang macam ni....kalau siang agak terbatas sikit sekarang ni untuk mengadap PC, jadi malam lah yang sebaiknya kalau nak mengadap 100% tanpa gangguan, itu pun kalau semua kerja2 rumah dah selesai.
Kali ni nak share air jus yang Kak Intan buat semalam, maklumlah pepagi kadang2 cuaca panas terik sekarang ni, sebelah petang pula hujan lebat sampai kemalam, nak buat macam mana kuasa Allah semuanya tu kan, kita tak bolih nak salah kan sesiapa. Alhamdulillah semuanya Rahmat yang Tuhan turun kan buat umatnya didunia ni..ewahhhhh... melencung la pula Kak Intan ni. Ni pasal jus tembikai ni, selalu nya kalau nak minum main order je kat kedai tu, tapi hari tu rajin sikit, Kak intan buat la sendiri, bukan susah sangat pun kan main blender je dalam mesin tu letak air dengan gula mesin je la sampai hancur, dah siap tuang dalam gelas letak air batu sikit. Kalau nak sedap lagi letak kan pula asam boi sikit, tak pun buah laici sekali dengan sirap nya sikit...fuhhhhh...memang nyaman kalau dapat minum ditengah hari panas terik. Ok lah sapa2 nak cuba bolih la buat ye...Wassalammm.

PUDING LAICI WARNA WARNI.

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dimalam hari ini, dah makan malam ke belum ni. Sambil sambil berehat seisi keluarga jum layan gambar gambar puding laici yang Kak Intan buat Sabtu lepas, kebetulan hari tu ada kawan kawan dari FB datang berkunjung kerumah, jadi Kak Intan buat lah puding laici ni sebagai makanan pencuci mulut dipetang hari, kebetulan pula cuaca petang tu panas terik. Seronok juga menyediakan puding ni, tengah tengah memasak datang idea nak buat lain sikit dari yang lain, bahan bahan yg digunakan sama je cuma bunga yang ditengah nya tu Kak Intan letak pewarna yang digemari dan dibekukan didalam acuan yang digemari. Bila dah beku keluarkan dan kemudian nya dimasukkan pula kedalam bekas puding yang sesuai yang mengandungi bahan dan warna asal yang masih belum membeku lagi maka terhasil lah sebagaimana yang anda semua lihat dalam gambar ni..itu sahaja caranya. Resepi nya Kak Intan ambil dari blog seorang kawan blogger juga...iaitu tukang masak terkenal Kak Hanieliza.
Jum tengok apa bahan yang Kak Hanieliza gunakan,

Bahan bahannya:
10 gram agar agar- Kak Intan gunakan agar agar serbuk
1 tin susu cair
1.5 liter air ( Kak Intan kurangkan airnya)
1.5 cawan gula (Kak Intan kurangkan juga gulanya)
2 tin laici (asingkan airnya)

Caranya:-
Masakkan air bersama sama dengan serbuk agar agar tadi hingga mendidih , masukkan gula masak hingga larut, Kak Intan camporkan sedikit esen vanila dan juga air kacang soya kedalam larutan ini serta campurkan susu cair. Bila mendidih angkat, bahagikan pada dua bahagian kalau suka untuk dibuat seperti yg KakIntan lakukan, sebahagian dibiarkan warna asal, dan yang sebahagian lagi Kak Intan letak warna kegemaran Kak Intan dan disejukkan terlebih dahulu didalam acuan kecil2 berbentuk bunga. Sebahagian lagi yang bewarna asal tadi letakkan pula didalam bekas puding yg bersesuaian, bila yg berwarna warni tadi sudah betul2 beku celupkan pula didalam bekas puding tadi yang masih cair lagi. Sejukkan, bila siap hidangkan dengan dengan laici diatas nya dan tuangkan air sirap laici diatasnya, siap untuk dimakan, selamat mencuba, Wassalam jumpa lagi.

SIAKAP SOS KISMIS

Assalamualaikum,
Selamat bertemu dipetang hari Selasa ini. Apa khabar agaknya kawan kawan blogger semua. Agak lama Kak Intan tak memuatkan entry entry baru disini. Agak sibuk sikit dengan kerja kerja rumah sekarang ni. Maklum lah sekarang tugas Kak Intan bertambah sikit dari tahun lepas...alhamdulillah apa pun semuanya rezeki Allah yang memberikannya.
Kan Intan nak share resepi minggu lepas, iaitu ikan siakap yang Kak Intan masak menggunakan sos kismis yang Kak Intan masak sendiri tempohari. Sebelum ni Kak Intan cuba masak dicamporkan dengan ayam...sedap juga, kali ini menggunakan ikan pula. Alhamdulillah sedap juga rasanya... he..he....sapa lagi nak puji kalau bukan sendiri yang puji. Kak Intan gunakan ikan siakap, rasanya apa apa ikan pun bolih, dan rasanya lebih kurang je. Ok nak resepi ke? rasanya mesti ramai yang dah tahu macam mana nak masak ikan goreng bercili masam manis ni...sama je kan cuma yg ni Kak Intan gunakan sos kismis gantikan sos cili, sama la juga macam kita gunakan sos mangga juga rasa nya. Ok lah, sampai disini dulu, Kak Intan undurkan diri, sampai jumpa lagi dientry seterusnya. Wassalam.

20 April 2011

SEMAK KE SERABUT KE JANJI HATI SUKA ...

Assalamualaikum.
Kali kisah apa ekkk?.he..he..ni nak story tentang sorang kawan yang datang rumah Kak Intan 2 minggu yang lepas. Nak tak nak kalau orang datang kita terima je lah tetamu sebagai satu rezeki, mana taknya tengah tengah kita sibuk memasak dia dah tercongol depan pintu, jadi kita pun persilakan masuk, macam tetamu yang lain juga.
Bila masuk je rumah, tak sempat duduk dia dah jengok sana jengok sini kedepan kebelakang rumah kita. Macam perangai DBKL buat sportcheck pulaknya. Siap cakap ...wahhhh...ko punya rumah tambah semak, "tambah serabut sekarang ya"....hadoyaiiiiii, "kawan rupanya dia datang saje saje nak kasi ceramah pasal rumah tangga orang agaknya"...sabar je la...dalam hati ni Tuhan je yang tahu.
Tapi tak salah kan kat kawan ni juga....memang rumah Kak Intan dah memang agak serabut dah sekarang ni....semak pun ia semenjak mengenali dunia hiasan ala ala Inggeris ni. Dah minat nak buat macam mana kan. Tiap kali lalu je depan kedai barang barang perhiasan Inggeris ni mesti nak singgah, kalau tak beli pun takat jamu mata pun tak apa. Pada Kak Intan semak serabut ni pun masih selesa nak keluar masuk lagi kira ok lah tuhhh... suami dan anak anak pun tak bising lagi, kiranya masih bolih lagi la kan..he..he... ok lahhh...tak bolih cerita panjang panjang...layan je pic ni dulu...kalau tengok masih serabut/semak ke atau bolih tambah2 lagi?..Wassalam

PUDING SAGU


Assalamualaikum,
Selamat pagi Khamis buat semua kawan kawan blogger yang singgah disini. Sarapan apa pagi ni? Kali ni menu yang Kak Intan paparkan bukan untuk sarapan tapi dessert yang Kak Intan masak beberapa hari yang lepas, iaitu puding sagu... salah satu dessert kegemaran Kak Intan. Nak menyediakan nya pun senang. Kalau musim musim panas memang sesuai buat menu ni untuk menyejukkan ank tekak kita kan.
Kalau ada yang nak tahu resepinya ni ada Kak Intan sertakan sekali...

Bahan bahan nya:-
Biji sagu- dibasuh dan ditoskan
Gula merah/gula melaka-dimasak buat air gula
Santan pekat/susu cair pun bolih.

Cara nya:-
Biji sagu tadi dimasukkan kedalam air mendidih, bila betul2 masak keluarkan dan jirus dibawah air paip didalam tapis. Masukkan biji2 sagu tadi kedalam acuan yang digemari. sejukkan dalam fridge. Bila nak menghidangkan nya tuangkan susu cair atau pati santan dan juga camporkan dengan air gula yg telah dimasak tadi. Selamat mencuba. Wassalam

19 April 2011

MEE LAGI....DAH TAK TAU NAK MAKAN APA..

Assalamualaikum,
Selamat petang dan jumpa lagi kita disini, entry tentang menu yang Kak Intan masak lagi. Entah bila dah lupa dah...terlampau banyak yang ketinggalan ni he..he...asyik tertunda je memanjang...tak apa la janji Kak Intan share juga disini.
Kali ni Kak Intan masak mee siput je untuk makan malam beberapa hari yang lepas..sebab masing masing kata tak selera nak makan nasi. Jadilah kan, lagi pun dah malam mana bolih makan berat berat sangat. Makan mee ni pun dah kira ok sangat dah ni. Tapi apa apa pun anak anak memang suka kalau masak mee macam ni.Lebihkan kuah nya sikit, letakkan kan pulak udang 2-3 ekor, ayam sikit , sotong sikit, sayur jangan buboh, memang tak nak sayur bebudak ni, kalau mak ayah tak kisah ...letak sayur sekilo pun tak apa he...he...mesti jalan punya. Paling penting diorang ni kalau masak mee mesti nak letak telor.. lagi banyak lagi la diorang ni suka. Ok lah layan dulu mee siput Kak Intan masak ni, jumpa lagi dientry seterusnya, wassalammm...

ASAM REBUS SULUR KELADI.

Asslamualaikum.
Dah minum petang ke ni? Atau tengah fikir fikir nak masak apa untuk makan petang ni. Ini menu yang Kak Intan masak untuk makan tengahari semalam, asam rebus keladi + dengan daun kesum..Masakkan kampong je ni... ada yang suka ada yang tak suka dan tak biasa makan. Kalau anak anak zaman sekarang memang diorang tak pandai makan... termasuklah anak Kak Intan sendiri. Memang diorang akan pandang sebelah mata je kalau kita masak.
Semalam selain dari asam rebus ni Kak Intan lawan kan dengan ikan goreng gelama masin dan juga sambal tempoyak cicah dengan timun. Wah... bagi Kak Intan ini lah makanan yang paling special he...he... biasalah anak kampong kan...Ok lah layan dulu gambar ni...nampak macam pedas je kan..tapi tak pedas mana pun. Wassalam.

18 April 2011

SERAWA DURIAN CICAH ROTI.

Assalamualaikum,
Maklumlah kan sekarang ni musim durian diKuala Lumpur ni. Pergi kat mana mana je ditepi jalan banyak dijual buah buah durian yang entah dari mana datang nya di Malaysia ni.Apa yang pasti dikampong Kak Intan juga sekarang ni memang musim buah durian sedang gugur.
Serawa durian yang Kak Intan masak ni buah nya bukanlah datang dari kampong tapi yang En.Hubby beli dari tepi jalan je..tapi isi nya bolih tahan dan rasanya bukan main lagi. Nak makan gitu je tak berapa nak kick ..ye tak ye Kak Intan buat serawa. Makan dengan pulut pun sedap juga menu ni...tapi Kak Intan tak bolih ikutkan hati makan nya ni...nanti penyakit lain pulak yg timbul..jadi makan je lah dengan roti Gardenia ni...alhamdulillah puas juga lah. Lepas ni bolih la sesapa yg terlior tu buat serawa durian untuk minum petang ni... ok selamat bertemu lagi... Wassalam

BUBUR KACANG CAMPOR DURIAN

Assalamualaikum.
Jumpa lagi dientry yang seterusnya, kali ini menu bubur kacang yang dicampur dengan durian. Pepagi semalam Kak Intan bersarapan dengan buror ni. He..he...sepatut nya untuk minum petang, ni dah terbalik dah ni.
Bubor ni sebenar nya pemberian dari seorang rakan FB. Masa jalan jalan keShah Alam Ahd lepas tu Kak Intan singgah sekejap dirumahnya, masa balik dia bekalkan dengan bubur kacang. Alhamdulillah rezeki lagi.... pagi semalam Kak Intan panaskan, dalam fridge Kak Intan pula ada stok durian..apa lagi ambil la seulas dua terus camporkan he..he... masa makan tu cicah pula dengan roti Gardenia..errmmmm sedap looooorrrr. ok, layan dulu picbubur kacang durian ni ya. Nanti kita sambong cerita lain pula. Wassalam.

OLE OLE DARI SINGAPURA.

Assalamualaikum,
Selamat pagi Selasa, apa khabar semuanya. Harap2 anda semua sihat ya. Dah beberapa hari Kak Intan tak letak entry baru. Mood malas dan juga mood kurang sihat sejak beberapa hari ini. Kali ni nak kongsi bersama dengan kawan semua apa yang Kak Intan terima beberapa hari yang sudah dari seorang kenalan yang datang dari Singapura kerana ada beberapa urusan di Kuala Lumpur ini. Sambil sambildia keKuala Lumpur sempat juga kami bertemu sekejap di Gombak.
Lepas kami jumpa diGombak atas urusan kerja kami kehotel penginapan nya diJalan TAR, masa balik dia berikan Kak Intan balang yang cantek ni. Alhamdulillah rezeki....terima kasih banyak banyak Izzah ya.
Balang ni lain dari yang lain sebab tu Kak Intan berminat sangat dengan bentuk nya tu...ok lah...sampai disini dulu...nanti kita jumpa dientry yg akan datang lagi. Wassalam.

13 April 2011

HOBBY TERKINI-TERMURAH- TERCANTEK..TERSUKA..

Assalamualaikum,
Kali ini entry Kak Intan lain sikit ya..kisah hobby Kak Intan yang baru duk mengumpul yang belang belang, yang polka dot dan juga yang gingham (kotak2). Masih baru sangat lagi hobby ni sebenarnya. Mula mula sukakan benda benda macam ni bila Kak Intan ke kedai KK Home Deco nampak corak corak ni pada pinggan dan juga mangkuk sup...alahai cantek cantek semuanya. Harga nya pula sangat sangat lah berpatutan.Murah tu yang penting, lepas tu cantek cantek pulak nya... Jum tengok setakat ini koleksi2 yang sempat Kak Intan rembat setiap kali ke KK Home Deco sekitar Kuala Lumpur ini.

Yang merah paling2 Kak Intan suka..setakat ini baru ini sahaja yang Kak Intan dapat kumpulkan.
Yang hijau ni...paling susah nak jumpa kat mana mana KK Home Deco..
Warna pink ni antara yang paling banyak dah Kak Intan miliki...Rasanya Kak Intan akan terus mengumpulkan nya sekadar buat hiasan...sesekali Kak Intan gunakan juga. Ok lah masih ada lagi koleksi yang belum dipaparkan disini...tunggu sambungan nya nanti ya...ok..wassalam

MINUM PETANG DGN KUIH LAPIS KOKO.

Assalamualaikum,
Apa menu untuk hidangan petang ni? Dah buat kebelum..kalau belum jum kita buat kuih lapis je petang ni. Kak Intan buat 2 hari yang lepas menu ni sebenarnya. Baru hari ni dapat keluarkan kat blog. Ok kalau nak resepinya kat sini ya..

Bahan bahan nya:-

11/2 cawan tepong beras
1/2 cawan tepong gandum
1 biji telor
4 cawan air
2 paket santan serbok
sedikit minyak masak
sedikit serbok koko
1 cawan gula.

Caranya.
Masukkan kesemua bahan bahan ini kedalam blender,kecuali serbok koko, blender beberapa minit sehingga sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu letak serbok koko dan satu lagi letak pewarna kegemaran. Panaskan loyang, sapukan sedikit majerin atau minyak sekeliling loyang, tuangkan secara berselang seli warna nya kukus selapis2 sehingga masak, baru masukkan lapisan seterusnya. Selamat mencuba. Wassalam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...