19 Jun 2011

ROTI POKET INTI BURGER

Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali pagi ini? Sihat? Dah sarapan ke?...apa agak nya sarapan pagi?..wahhhhhh....banyak tanya la pula...he..he...

Pagi rasa rajin sikit, tolong sediakan sarapan pagi roti poket lagi, anak anak yang suka sangat menu ini, mula mula tengok menu ni dari FB Mamazieza yang duduk nun jauh kat Penang sana...tapi kali ini Kak Intan gunakan burger sebagai intinya...itu aje yang ada dalam stok kat icebox Kak Intan, jadi buat aje la,,

Ok jum kita sarapan sama sama...air nya dengan teh O panas je...jumpa lagi dilain entry, wassalam

14 Jun 2011

TERIMA KASIH BANYAK BANYAK...

Assalamualaikum,
Selamat pagi geng blogger, apa khabar semua? Pagi ni sambil sambil mengemas rumah dapat mesej dari sorang kawan diFB..dia bagitahu Kak Intan suruh beli majallah ni...alahai ... sambil sambil turun kepasar tadi En.Hubby pun tolong belikan...ermmm... dah dimuatkan pun gambar nya... terima kasih banyak banyak pada crew dari Karangkraft yang datang beberapa bulan yg lepas, apa pun rumah Kak Intan tak la sehebat mana pun... banyak lagi rumah2 orang lain yang cantek cantek untuk dimuatkan disitu.. hanya sekadar berkongsi idea masing masing dalam menghias kediaman .




Ok...sampai disini dulu, kita jumpa dilain entry, wassalam.

13 Jun 2011

PROJEK KERAS TANGAN LAGI....

Assalamualaikum...
Bersua lagi dipetang hari Isnin ini.. apa khabar semua geng blogger? Moga moga sihat selalu ya.... Jum tengok projek Kak Intan baru baru ni.... tak tahu nak buat apa cuba lah recycle balik bahan bahan yang bakal nak dibuang balik ni...tetiba dapat idea balik...sayang nak buang kita pakai semula dengan tambah la apa yang patut pada penyepit langsir ni..
Kali ini penyepit nya ni dibuat daripada besi...kat atasnya tu asalnya ada gambar rama rama...memang tak bolih nak letak la kat curtain tu kalau dah ada gambar gambar yang berbentuk patong binatang ni....tak elok dan dikatakan malaikat tak masok kedalam rumah2 yang mempunyai patung patung binatang.


Jadi Kak Intan tanggalkan patung rama rama tu dan Kak Intan tampalkan dengan bunga bunga tiruan dan juga sedikit juntaian manik manik yang menaikan lagi sedikit seri nya...lepas ni bolih la kepit sana kepit sini he...he...
Pada sesiapa yang ada sepit curtain macam ni jangan lah dibuang kalau dah jemu memakainya...kita tambahkan sahaja apa yang patut supaya bolih diguna pakai lagi ...ok...sampai disini dulu, kita jumpa dientry yang seterusnya, wassalam..

07 Jun 2011

DINNER DGN GENG EX SMKSA DI MENARA KL.

Assalamualaikum,
Susah nya nya nak letak entry kali ni... nak menunggukan gambar nya berjam jam baru dapat tapi tak apa tengok je la dulu gambar yg ada ni... masa ni kami semua diMenara KL,Kak Intan bersama sama dengan beberapa orang kawan2 masa bersekolah dulu. Sebenar nya pada malam tu kami semua nak bersua dengan En Ahmad Yusof Tarmuji...dah lebih 30 tahun kami tak berjumpa...bila dah jumpa masing2 dah masuk separuh abad. Layan dulu gambar yang ada ni, nanti ada masa mengizinkan Kak Intan letak gambar yang lain pula...ok wassalam...

SAJE TAMBAH TAMBAH..NAK NAMPAK LAGI CANTEK...

Assalamualaikum,
Entry kali ini betul betul dah tengah malam dah ni...he..he...tapi ta apa kan janji ada bahan yang nak dikongsikan bersama. Kali ni kongsi idea sikit ni, sebenar nya Kak Intan tadi baru je balik dari kedai kain langsir. Mulanya saje nak mencari kain untuk buat curtain, entah macam mana terpandangkan tie back langsir yang berbentuk macam ni.... kalau pasangkan gondol je macam tu nampak macam membosan kan...tetiba datang la idea nak mencantekkan nya sesuai la dengan rumah yang ala ala style Inggeris ni...apa lagi... jum tengok apa yang Kak Intan tambah.
Kebetulan stok bunga tiruan banyak , baru beli minggu lepas, bahan bahan lain pun banyak...ok start idea je dalam kepala nak buat macam mana, akhirnya inilah yang Kak Intan hasilkan, mana tahu ada yang nak buat perubahan masa raya yang akan datang nanti, bolih la tiru idea ni kalau suka


Bila dah siap cuba pasang kan pada curtain tu... jum tengok dah siap dah ni...ok selamat mencuba...wassalam.

04 Jun 2011

PUDING TEMBIKAI ROTI...

Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali, petang tadi balik dari Subang Jaya, cuaca agak panas terik. Nak makan pun kurang berselera..sambil sambil tu Kak Intan buat roti poket, seperti resepi yang ada yang Kak Intan pernah buat sebelum ni. Lebihan dari roti yang dibuat roti poket tu Kak Intan buatkan pulak puding roti ni cuma ianya Kak Intan warnakan dan buboh warna yang sesuai seperti buah tembikai, kemudian biji2 tembikai ni Kak Intan gunakan kismis yg Kak Intan taburkan diatas nya.
Inilah hasilnya puding roti yang Kak Intan jadikan seperti buah tembikai, cuma acuan nya sahaja tak seperti buah tembikai, Ok ... sapa sapa nak cuba bolih mencubanya seperti membuat puding roti cuma tambahkan warna warni nya seperti buah tembikai..insyaallah mesti menjadi punya kan..ada yang nak resepi? Ok lah Kak Intan letak disini ya...jum tengok..

Bahan bahan,

10 gram agar2 serbuk
1tin susu cair
1 biji telor
1 cawan gula pasir
5 keping roti
pewarna yg disukai
sedikit esen vanilla.

Caranya:

Masak agar2 serbuk dengan gula dengan 2 cawan air.
Blenderkan susu cair dengan roti dan juga sebiji telor +kan esen vanilla, bila agar2 dan gula tadi sudah hancor masokkan bahan2 yg diblender tadi, masak sehingga mendidih. Masokkan sedikit puding yg telah masak tadi dalam 2 senduk dan masukkan pewarna hijau, kacau sebati dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Bila agak beku masukkan pula lagi 2 senduk puding bewarna asal dan bila beku lapisan kedua ini masukkan puding selebihnya dan campurkan dengan pewarna merah kemudian taburkan pula dengan biji2 kismis diatasnya, sejukkan dalam peti ais, Ok, selamat mencuba, wassalammmm...

IKUT PETUA..ALHAMDULILLAH DAH KURANG DAH...

Assalamualaikum,
Selamat malam semuanya...baru berkesempatan nak letak entry kat sini..baru baru ni Kak Intan tak berapa sihat, demam selesema dan juga batuk batuk.
Olih kerana Kak Intan ni tak sesuai nak makan ubat batuk, Kak Intan pun ikutlah petua yang orang tua tua berikan pada Kak Intan dengan memakan ais krim vanilla.
Bukan saja sedap dengan memakan aiskrim ni tapi dah tentu lah sedap. Kalau makan ubat batuk Kak Intan ni memang tak sesuai sebab setiap kali lepas minum ubat batuk ni...Kak Intan rasa mengantuk yang amat. Tapi aiskrim ni dah tentu tak mengantuk... he..he...ketagih nak makan banyak2 adalah..ok lah kalau ada sesiapa yg batuk2 dan tak suka makan ubat batuk tu bolih la mencuba nya he... he... Ok layan dulu pic aiskrim ni ...kita jumpa dilain entry..wassalam.

01 Jun 2011

PASU MULUT LACE...BOLIH KE GITU?

Assalamualaikum,
Jumpa lagi dientry seterus nya. Kali ni nak kongsikan apa yang Kak Intan tengok sebelum ni disatu blog MINAH SALLEH, kemudian nampak pula Kak Yon buat tayangan nya kat sini http://kakrose.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-ke-ikea.html...lagi lah melonjak lonjak nak mendapatkan nya...
Malam tadi bila sibujang balik dari kerja ..lepas makan ajak dia keIKEA sekejap semata mata nak dapat kan pasu ni dan nak tengok sendiri macam mana rupanya yang sebenar, kecil ke besar ke? ..Sebab apa Kak Intan minat sangat dengan pasu ni...sebab nya ialah kat tepi bahagian atas nya tu nampak macam lace. Lain dari pasu yang ada dalam rumah Kak Intan ni.
Satu lagi sebab nya ialah warna nya putih...nak letak apa warna pun sesuai...dan ianya diperbuat dari zing..ok la kan kalau letak tinggi tinggi pun jatuh tak la pecah he...he...
Pasu ni pun bolih letak apa saja kalau tak nak letak bunga didalam nya, memang sesuai sangat apa saja kalau kita nak kan kelainan..Ok lah dah dapat pun ..oooh ye...harga pun berpatutan lah rasa nya dalam $11.90 satu...
Sesiapa yang berhajat nak beli bolih lah cuci mata kat IKEA sana, cuci poket sekali kalau dah berkenan..ok sampai disini dulu, jumpa lagi lain entry, wassalam.


MEEHOON GORENG.


Assalamualaikum,
Selamat pagi semua, dah sarapan ke pagi ni? Sarapan apa ekkk?...ni Kak Intan sarapan pagi dengan meehon goreng je, minum pagi dengan teh o panas. Pagi ni rajin sikit letak entry sambil sambil menunggu mesin basuh buat kerja, cepat cepat letak entry tu kat sini...
Ok...layan dulu pic sarapan pagi Kak Intan ni...jumpa lagi lain waktu bersama entry yang baru, wassalam

SAMBAL SOTONG.


Assalamualakum,
Selamat petang, dan selamat bertemu kembali, apa khabar semua?...Mungkin sibuk kan layan anak anak yang sedang bercuti sekolah ni atau pun bercuti kemana mana membawa anak anak keluar daerah buat seketika.
Apa pun Kak Intan nak share menu yg Kak Intan masak tengahari tadi...tak lah pelik sangat cuma sambal tumis sotong , dah lama tak buat sambal tumis ni sebab tak bolih makan selalu. Semua ahli keluarga agak alergik dengan seafood. Tapi kalau dah teringin sangat masak dan makan juga lah...nak buat macam mana, kalau dah sakit bolih cari ubat nya he...he....ok lah layan dulu pic ni..wassalam.Jumpa lagi dilain entry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...