25 Ogos 2011

KAD RAYA UNTUK SEMUA.

Assalamualaikum kawan kawan blogger semua.
Apa khabar agak nya, selamat menjalankan ibadah puasa dibulan Ramadhan dan juga selamat berbuka puasa. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua umat Islam akan merayakan Aidilfitri. Dikesempatan ini Kak Intan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri , mohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap terkasar bahasa, terasa dihati melalui cerita cerita diblog Kak Intan ini.Mohon ampun dan maaf juga sebab tak dapat menjawab komen komen yang diberikan buat sementara waktu ini. Kak Intan agak sibuk dalam sebulan Ramadhan ini dengan tempahan2 dari kawan kawan. Apa pun alhamdulillah semuanya rezeki dari Nya.
Ok lah sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri, kita jumpa lagi dientry yang akan datang...wassalam dan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.


13 Ogos 2011

HIAS TIE BACK CURTAIN DAN JUGA PENGEPIT CURTAIN

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Apa khabar dan apa aktiviti hari ni. Mungkin ada yang dah mula nak kemas kemas rumah untuk sambut Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi...Kalau ada yg nak kemas2 rumah atau nak tukar2 curtain lama nampak baru jum cuba macam yg Kak Intan lakukan ini. Tapi Kak Intan bukan suruh tukar curtain nya cuma tie back dan juga pengepit nya sahaja kasi nampak macam baru...cuma keluarkan sikit modal kita tambah2 apa yang patut kasi nampak baru...

Contoh yang mula2 sekali ialah tali ni (tassle) dulu ramai yang guna tassle ni sekarang mungkin dah ramai yg tak minat, jadi nak kasi nampak baru kita tambah kan renda dan juga bunga bunga disekeliling nya..ok la kan...

Tie back yg diperbuat dari kain curtain juga bolih juga kita buat macam tassle tadi...letakkan sedikit bunga, reben , manik mengikut krativiti masing2 yang anda sukai....ah nampak cantek kan

Yang dibawah ni kak Intan guna penyepit langsir besi tu....tampalkan bunga diatas nya sedikit manik dan juga reben..dah siap...ok dah nampak cantek pun...lps ni bolih guna untuk raya nanti kan..ok selesai dahhhh



Sampai disini dulu, selamat mencuba..wassalam..jumpa lagi dilain entry...




11 Ogos 2011

TETAMU WANITA HARI INI TV3

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat menjani ibadah puasa disepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga puasa kita lebih baik hari ini dari yang lepas ya. Semalam 11 Ogos 2011 Kak Intan telah diundang menjadi tetamu dalam rancangan WANITA HARI INI diTV3. Terima kasih banyak2 pada penerbit dan crew2 WHI yang menjayakan rancangan tersebut, gugup, gigil semuanya ada dalam diri Kak Intan semalam, almaklumlah tak biasa dengan kamera besar besar distudio tersebut...dah tu ianya dibuat secara LIVE pulak nya, he...he.... apa pun alhamdulillah dah pun selesai semuanya. Jum tengok antara gambar2 yang sempat Kak Intan ambil semalam....
Waktu ini sewaktu bersiaran secara lansung di WHI jan 12.45 tengahari...adoiii...gugup nya tak terkata....Allah saja yang Maha Memngetahui hati Kak Intan didalam ni tau...tapi Kak Intan cuba juga nak nampak kan rasa selesa. Tak tau lah penonton WHI perasan ke tidak. Tapi berterima asih juga pada pengacara WHI berdua tu iaitu Fiza dan Azura... kerana keramahan mereka menjadikan Kak Intan rasa sedikit selesa he..he..




Sambil berborak sambil buat demo..

Dah selesai semuanya sempat juga bergambar dengan dua adik2 pengacara yang manis manis ni, Azura dan Fiza..

Sebelum on air, bersiap siap dulu makeupkan basikal ni, bersama suami, alhamdulillah suami adalah penyokong dan pemberi semangat buat Kak Intan yang setia selama ini.. apa pun yang Kak Intan buat dia restui.


Sikecik Zahara Danisya yang Kak Intan bawa seronok dilayan olih pengacara Azura

Zara dibilek menunggu..excited bila tengok TV kat situ he..he... biasalah budak budak kan

Disaat akhir nak keudara kena buat apa yang patut...
Salah satu barang yang Kak Intan bawa kestudio ialah basikal kecil anak anak yang dicat semula untuk dijadikan tempat meletak pokok2 bunga untuk menghias hadapan rumah sempena nak menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan, jumpa lagi dilain entry, wassalam


08 Ogos 2011

TABLE RUNNER DARI KAIN2 ELYZA...

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua dan selamat menjalani ibadah puasa, apa aktiviti pepagi ni?..Kak Intan nak share kat sini table2 runner yang Kak Intan dapat dari seorang kawan yang punya kedai menjahit ni...Cantek tak? semuanya diperbuat dari kain kain Elyza....sesiapa yang meminati deco Inggeris ala ala country memang sesuai ni kalau nak menghias sempena menyambut Syawal yang akan datang, jummm tengok...
Yang ini sebenarnya warna purple..

Warna hijau/putih.

Warna merah samar digandingkan dengan hitam

Padanan yang sesuai biru dan kuning

Macam warna bendera Selangor, Merah dan kuning.

Ada ke yang berkenan dengan table runner ni...he..he...ok lah sampai disini dulu Kak Intan undur diri. Jumpa lagi ....wassalam.


LAYAN MATA DENGAN SARUNG SARUNG KERUSI..


Assalamualaikum,
Layan dulu ya mata tu dengan sarung2 kerusi ni..mana tahu dapat idea nak buat untuk hari raya nanti...Kak Intan out dulu nanti kita sambung cerita ya.... wassalam
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...