22 November 2011

BUBUR KACANG + DURIAN

Assalamualaikum,
Selamat petang, apa menu petang ni? Kak Intan sambil sambil layan FB ni menghirup bubur kacang yang dicampur dengan durian. Bubur ni buat petang semalam, masih banyak lagi Kak Intan simpan dalam fridge, apa lagi lagi sejuk lagi sedapla jawab nya menghirupnya, tambah tambah petang ni cuaca panas terik, sekejap aje dah habis semangkuk...
Nak dijadikan cerita, buah durian nya Kak Intan dapat daripada pemberian Siti Noor, siapa yg tak kenal dengan Siti Noor, yang hebat memasak biskut biskut raya dan juga bermacam jenis biskut yang sedap sedap. Kata Siti Noor dah lama dia minat memasak, dari Darjah Dua lagi dia dah berminat didapor..ishhhh lama tu kan... patut lah semua hidangan nya sedap sedap belaka terutama kek kek yang dijual nya memang berbaloi dengan harga. Masa kerumah Siti Noor tempohari Kak Intan sempat juga menjamah serimuka yang diletakkan campuran durian diatas nya...mak aiiiiihhhh... sedap nya bukan main. Tak apa nanti bolih berguru dengan dia buat kuih tu macam mana cara nya, lain orang lain cara nya...tapi kak Intan buat bubur lah dulu dengan durian pemberian nya tu ... terima kasih banyak banyak ya Siti, tak cukup durian rambutan pun dia bagi, maklumlah tengah bermusim sekarang ni, apa apa pun rezeki nama nya ni he...he...
Ok, dah melencong lencong cerita pasal bubur durian ni, sampai disini dulu la ya.... esok esok sambung lagi, wassalam jumpa disini lagi

21 November 2011

FRAME GAMBAR DARI ASMAWATY.

Assalamualaikum,
Ting tong ting tong dengar orang ketuk pintu tengahari tadi... ingat kan sapa yang datang , rupanya abang SKYNET yang hantar barang ni daripada Asmawaty Ibrahim dari Teluk Intan, terima kasih abang SKYNET ya... tolong hantarkan he..he... nak tau apa barang nya ? tu lah dia frame gambar yang putih putih siap dengan bunga rose lagi keliling nya tu...
Terima kasih sekali lagi pada Asma ya... Kak Intan memang tengah menggila mengumpul barang perhiasan yang putih putih ni... minat sangat sejak akhir akhir ni tak tau lah kenapa. Suami pun ada perli perli Kak Intan , katanya kain kapan tak nak collect ke senang nanti kalau meninggal tak payah susah susah nak cari lagi.. he..he... yg tu tak apa maybe orang lain ada yang tolong uruskan nanti, insyaallah.. saja je tau Pak Neng ni.. he...he...
Apapun koleksi Kak Intan yang putih putih bertambah tambah lagi nampak nya... sampai disini dulu ya... nanti cerita lagi wassalam


ICE BLENDED MILOREO BUAT ANAK ANAK.

Assalamualaikum,
Apa khabar semua, ramai yang duk depan tv agak nya layan sport kat situ petang petang hari macam ni. Kebetulan pulak sekolah dah mula bercuti, mesti anak anak riuh rendah dalam rumah ...ini bagi yg ramai anak anak yang tak ramai pun kekadang riuh juga he...he... Hari ni cuaca agak panas, syukur alhamdulillah, seronok Kak Intan mendobi hari ni, dah 3 - 4 kali mesin basuh tu berputar... selagi ada yang kotor cepat cepat masukkan dalam mesin tu suruh dia buat kerja...agak nya kalau mesin tu pandai bercakap dah lama dia minta ampun nak rehat he..he...
Bila dah panas panas macam ni mula lah nak minum yang sejuk sejuk aje kan, terutama anak anak lah...sekejap sekejap buka peti ais, kalau minum mesti nak letak air batu, tak pun cari air yang sejuk dari peti ais juga. Hari ni Kak Intan rajin sikit, layan je lah kerenah anak anak ni nak minum yang sejuk sejuk... jadi buatkan lah ice blended MILOREO atau pun MILO + OREO.
Harap harap diorang suka... dah berapa kali blend sekejap je habis , mungkin minuman ini kena dengan citarasa diorang agak nya... tak apa layan aje la kan, bukan susah sangat pun main letak aje semua bahan nya dalam mesin blender tu lepas tu putar kan jelah sampai jadi sebati... nak tahu apa yang Kak Intan bubuh...

Bahan bahan nya:..

2 batang aiskrim Malaysia perisa MILO
4 susu serbok biskut oreo
1/2 cawan air susu segar DHL
coco crunch
kepingan choklat warna warni dan juga strawberry waffel

Blende susu segar, serbok oreo dan juga aiskrim MILO tadi...Kak Intan tambahkan lagi beberapa ketulan kecil air batu sehingga sebati. Masukkan dalam cawan dan taburkan coco crunch dan juga choklat wrna warni serta slit kan kepingan strawberry waffle..hidangkan... dah siap untuk dimakan.
Selamat mencuba... wassalam, jumpa lagi dientry seterusnya.

15 November 2011

DIBATU PAHAT BERSAMA MAK JAH

Assalamualaikum,
Jumpa kita lagi dientry seterusnya... Kali ini Kak Intan nak kongsi cerita semasa singgah dirumah Mak Jah diParit Raja Batu Pahat Johor... dalam perjalanan pulang dari Skudai Kak Intan dan keluarga juga sempat singgah dirumah Mak Jah. Mak Jah ni pengumpul pinggan mangkok lama dan juga peminat deco ala Inggeris. Kak Intan kesini bersama sama dengan Yang Othman dan suami nya. Kak Yang ni sebenar nya datang dari majlis perkahwinan staff nya di Segamat dari Segamat Kak Yang terus keKluang kerumah seorang lagi kawan peminat barang barang English deco... Pagi tu Kak Yang pepagi lagi dah call Kak Intan ajak jumpa diSegamat...tapi masaalah nya Kak Intan tak dapat nak ikut sama sebab suami Kak Intan tolong memasak dirumah kakak nya hari tu yg buat majlis perkahwinan anak nya... jadi kami berjanji untuk sama sama bertemu dirmah Mak Jah
Dah agak lewat petang Kak Intan sekeluarga bertolak balik dari Skudai.... dalam cuaca hujan renyai renyai nya...siap sesat sana sesat sini lagi..akhirnya dah jam 9 malam kami baru sampai dirumah Mak Jah... memang best datang situ...seronok sebab suasana kampong nya. Masok kerumah Mak Jah ni penuh dengan koleksi pinggan mangkuk lama terutama bunga kangkong..leka Kak Intan dibuat nya..bukan main banyak lagi.... jum tengok jumm..

Selain tu juga Mak Jah ni buat koleksi barang barang enamel...macam macam ada antara nya sudu sudu ni... macam macam warna
Disudut ini juga Kak Intan kak Yang sama sama membeleknya koleksi2 enamel Mak Jah...kalau dulu dulu masa zaman kanak kanak ini lah saje koleksi yang arwah emak dan ayah gunakan ...ingat lagi tak?
Selain dari itu Mak Jah ni pun rajin membuat crochet...salah satu dari nya ialah alas tilam ni ha.... ishhhh besauuuu tu Mak Jah...memang Mak Jah ni rajin la orang nya semua dia bolih buat....
Penat melihat koleksi koleksi Mak Jah kami dihidangkan pula dengan mee kari...terima kasih banyak banyak Mak Jah dengan Pak Long susah payah melayan kami malam tu ...apa pun mee kari Mak Jah the best lah...
Sebelum balik mesti nak posing posing lagi he..he...
Yang ini pula suami Mak Jah (yg berkupiah) bersama dengan suami Kak Intan dan juga suami Kak Yang. Rancak diorang ni berbual sama...
Ok lah dah panjang bercerita. Kita jumpa dilain masa...wassalam

APAM POLKADOT...

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua... kisah menu minum petang lagi nampak nya...tapi kali ini menu nya apam polkadots pula. Ramai yang suka dengan menu yang satu ni...mudah dibuat rupanya pun cantek... kebetulan Kak Intan juga peminat polkadot he..he...
Apa? nak resepi?...Rasa nya dah ramai yang pandai buat tapi tak apa lah Kak Intan cuba letak resepi ni pun ikut dari salah seorang yang rajin berniaga kuih kuih melayu ni...jadi resepi nya pun dia kongsikan disini... jum tengok resepi nya...

Bahan bahan nya:

3 biji telor dari gred A (dari dalam peti sejuk
275 gram tepong gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
filling ikut citarasa masing blueberry , strawberry terpulang pada masing masing yang anda suka.

Cara cara nya..

Masukkan kesemua bahan bahan kedalam mangkuk mixer, pukul dengan kelajuan maxima sehinggak kembang. Asingkan kepada beberapa bahagian ikut warna kesukaan anda dengan menitiskan pewarna kedalam nya. Masukkan setiap bahagian kedalam piping bag yang berasingan. Picitkan kedalam paper cup. Jangan sampai penuh... sedikit sahaja kemudian masukkan filing pula mengikut citarasa masing2 keudian picitkan semula adunan yang mula mula tadi keatas nya. Akhir sekali picit kan dot dot diatas nya..Kukuskan selama 10 - 15 minit ...Angkat dan sejukkan.

Sekian untuk kali ini..jumpa lagi wassalam

MARBLE KEK ..

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua kawan kawan blogger, apa khabar pagi ni ?...dah sarapan ke? Entry pagi ni bukan pasal sarapan tapi pasal marble kek yang Kak Intan dan kawan kawan makan semalam sebagai juadah minum petang bersama teh O...
Kek ni pun bukan kak Intan buat sendiri tapi pemberian seorang kawan yang Kak Intan dan kawan kawan ESDG ziarah diPUSRAWI tengahari semalam. Kek ni dibuat olih seorang rakan Kak Intan juga yang sememang nya tauke kek dan biskut yang terkenal dijabatan2 kerajaan sekitar Putrajaya. Memang sedap rasa nya ..apa lagi rupanya juga nampak cantek.. kami dari geng ESDG selalu juga order kek dengan Siti Noor ni.
Resepi nya?...he..he... ini kena tanya tuan punya resepi ni kalau nak kan nya...nanti lah kak Intan cuba tanya2 kan ..mana tahu kan dia bolih share resepi kat sini. Ok lah sampai jumpa lagi dilain waktu...wassalam

13 November 2011

BERTEMU SAYANG KU LIZA DAN JUGA AWEEN.

Assalamualaikum, sambil menyelam minum air, bak kata pepatah Melyu nya...macam tu juga Kak Intan he..he... sambil sambil memeriahkan majlis pernikahan anak saudara suami Kak Intan juga dapat bertemu dengan beberapa orang kawan kawan yang sama minat dalam ESDG di Johor Baru tempohari antara nya Liza dan juga Aween... jum cuci mata dulu ya sewaktu berkunjung kerumah Sayangku Liza diTaman Pulai Indah ...


Masa ni Kak Intan dan Aween berkunjung kerumah Sayangku Liza, mula nya berjanji nak jumpa Aween di Jaya Jusco Taman University malam tu. Kak Intan memang keJJ Taman U sebab nak mencari beberapa barang keperluan untuk memasak hidangan pengantin dihari esok nya. Kami bertemu didepan kedai Lovely Lace disitu...wahhhh ambil kesempatan lagi jalan jalan di LL sambil cuci mata disitu...faham faham aje la kalau dah masuk ke LL macam macam yang nampak...mana yang sesuai rembat juga lah sebab nak buat buah tangan untuk Aween dan juga Liza.. Kami sampai kerumah Liza dah jam 10 malam. Nasib la tak jauh sangat dari JJ Taman U...dan kebetulan pula rumah Liza dan anak buah Kak Intan ni ditaman yang sama... tapi sesat barat juga lah mencari nya. Kesian sampai Liza suruh kami tunngu disatu tempat, dia menjemput kami...walhal tak la jauh mana he..he...maklumlah keliru sikit bila dah malam malam ni nak cari alamat rumah ...mata pun tak berapa nampak... Sampai dirumah Liza..aduyaiiiiii teruja betul tengok hiasan dalam rumah nya yang bertema kan English.
Antara koleksi yang Kak Intan suka ialah koleksi nya yang putih puth ni...cantek cantek kan?.. Liza dan suami serta anak nya nampak sama sama berminat dengan deco rumah nya ni... sambil sambil menjamu selera Liza juga bercerita tentang diri nya dan suami yang kehilangan 3 orang anak sekali gus akibat kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu... aduiiiii berderai derai air mata Kak Intan , Aween dan Liza sendiri mendengar kisah sedih nya ni... Ya lah kan siapa lah yang tak sayang anak... tapi Allah Maha Berkuasa... anak nya yang pertama, kedua dan ketiga (1 perempuan dan 2 lelaki) dijemput Allah terlebih dahulu... alFatihah buat anak anak Liza dan En.Rozaimi.... moga roh anak anak mereka tenang dan bahagia disana..Seronok sangat bila dapat bertemu dengan Liza ni..orang nya peramah.. begitu juga suami dan anak nya... orang nya pun cantek dan manis dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir.


Kalau jumpa geng apa lagi...mesti nak posing buat kenangan... terima kasih pada suami Liza susah payah ambil kan kami bertiga gambar... Aween juga peramah orang nya. Aween datang dengan 3 puterinya dan juga suami. Suami Aween pun bolih tahan peramah nya. Walau pun kami baru sahaja berjumpa bertiga ni tapi rasanya macam dah kenal bertahun tahun. Macam macam cerita bila dah berjumpa... biasa topik perbualan mestilah tentang rumah rumah yang dihiasi style English...
Ini diruang makan rumah Liza. Mata Kak Intan tak duduk diam dibuat nya...semua nak difokus tapi tak tau yang mana satu semuanya cantek cantek... pandai Liza dan suami menyusun atur perhiasan dirumah nya...Kak Intan memang tabikkkk... kan Aween he..he...
Menyinggah masuk kedapor Liza pula...adoiiii yaiiii teruja lagi Kak Intan dibuat nya...tak apa lah sampai disini dulu Kak Intan ceritakan tentang pertemuan Kak Intan dengan geng2 dari Johor Baru ini... ada lagi sebuah rumah yang kak Intan sempat singgah tapi kali ini diBatu Pahat pula... Ok kita tunggu entry seterusnya nanti ya.... wassalam

MAJLIS PERKAHWINAN COMEL DIPULAI INDAH

Assalamualaikum,
Tarikh 11.11.2011 telah pun berlalu pada hari Jumaat yang lepas. Ramai yang memilih tarikh itu sebagai tarikh mengadakan majlis pernikahan dan juga perkahwinan... salah seorang daripada nya adalah anak buah En.Hubby Kak Intan yang tinggal diJohorBaru. Untuk meraikan nya Kak Intan dan keluarga telah kesana dikawasan Taman Pulai Indah Skudai Johor bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan beliau. Tema dihari persandingan nya menggunakan tema hitam , puth dan juga merah. Alhamdulillah dah selamat pun semuanya.
Semua perlalatan dipelamin menggunakan tema hitam putih dan merah...ceria nampak nya...
Tapi kenapa skirting kat meja makan ni terselit pulak warna biru...dah la lari sikit dari tema asal...nak komen pun benda dah siap dipasang diam kan aje lah..lagi pun yg ini tak penting ada benda lain lagi yang lebih penting betul tak?

Barang barang hantaran juga dari ros warna merah...aduiiiii suka tengok merah2 macam ni...menaikan semangat sebenarnya ni kan?

Inilah dia kek perkahwinan yang cantek sangat ni...Kak Intan suka sangat dengan kombinasi warna nya ni....
Kalau nak tahu ini pasangan pengantin tu iaitu Comel Marfina dan juga pasangan nya Ishak...mereka dinikah kan pada petang Jumaat 11.11.2011 tu dalam hujan renyai renyai dirumah pengantin perempuan...yang juga merupakan anak kakak kepada Encik Hubby.
Pengantin perempuan memohon restu dari kedua ibu bapa nya..kebetulan dia anak permpuan tunggal dalam keluarga ini..
Serius betul pengantin lelaki masa sessi akad nikah...gementar agak nya...walau pun dengan sekali lafaz sahaja dah pun menjadi seorang suami.
Selepas selesai sahaja upacara pernikahan acara menyarongkan cincin pula diadakan..alhamdulillah selesai dan selamat la sudah majlis ini...Majlis persandingan nya pula diadakan keesokkan harinya iaitu pada hari Sabtu 12.11.2011.... Kami mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan ini...semoga ianya kekal hingga sampai akhir hayat.
Sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni...nanti kita jumpa dientry seterusnya...wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...