28 Februari 2012

TEO PANAS / KUIH LOPES



Assalamualaikum,
Selamat pagi Rabu... dah breakfast ke? Pagi sangat lagi kan kalau nak breakfast pun. Kak Intan selalunya kalau nak breakfast pun dalam jam 9...waktu paling selesa. Silap silap tak ambil breakfast pun terus ambil makan tengahari sekali, orang sekarang panggil brunch kan? Entry kali ini bukan nya untuk breakfast , tapi yang ini untuk menu petang semalam, makan kuih lopes je seketul, nama nya aje seketul tapi saiz nya agak besar. Puas juga nak menghabiskan nya.
Oh ye terlupa.... bukan nya buat pun beli je kuih lopes ni, Kalau nak buat rasa macam tak berbaloi, yang makan nya Kak Intan dan suami sahaja, beli dua ketul dah cukup dah makan je la sorang seketul he...he...kalau nak buat nanti belanja lagi dan yang penting sekali masa nya tu he...he... ok lah setakat ini dulu celoteh Kak Intan pepagi ni. Wassalam jumpalagi dilain entry..

25 Februari 2012

HAND BAG HANGER....



Assalamualaikum...
Selamat sejahtera pada rakan rakan blogger semua. Mula mula nampak barang ni ingat kan apa la benda nya nak guna macam mana... he..he... tapi bila dah tau dah jadi ketagih macam nak buat koleksi pulak nya he...he...

Belum la banyak lagi koleksi nya baru je ada dua ketul he..he.... tapi bila nampak kat kedai 2 sekarang ni koleksi nya cantek2 dan berbagai bentuk itu yang mula terpaut sangat tu....

Koleksi terkini yang Kak Intan beli dari kedai seorang kawan, bukan berkenan apa pun sebab ada kuntuman bunga ros kat tengah tengah nya tu...


Ini koleksi yang mula Kak Intan beli masa diKg Glam Singapore...ada satu kedai orang Jepun yang menjual nya disitu...
Senang nak gunakan kalau kemana majlis nak sangkut handbag ke handphone ke masa kita nak makan atau minum . Ok lah sampai disini dulu ya...wassalam .... jumpa lagi




ADA LAGI YG MENARIK PERHATIAN DIRUMAH SITI NOOR...



Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali dimalam minggu sambil sambil rehat rehat bersama keluarga, jum kita tengok apa lagi yang menarik perhatian Kak Intan semasa dirumah Siti Noor. Paling Kak Intan suka dalam gambar diatas sekali ni.. gambar reban ayam... reban ayam ni Siti Noor tempah dari seorang rakan nya ... cantek kan... teringin nak buat tapi mana la nak letak? he...he....



Folk art pada tempat menyiram pokok poko ni memang lawa... suka betul Kak Intan tengok Folk art ni...sapa entah yang lukis...credit untuk yang melukis nya tu he...he..
Rumah burung ni pun cantek...
Paling suka tengok replika perigi buta nya ni...siap dihias dengan baldi dan juga pokok2 hidup yang menjalar.
Ada banyak lagi ni..jum cuci mata jummmmm









adoiiiii....macam macam kan.... layan je la kat sini, Kak Intan mengundurkan diri dulu ya.... wassalam

23 Februari 2012

DOILY MURAH....

Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan selamat pagi Jumaat.. apa khabar, jumpa lagi pepagi hari ni ya....sambil sambil buat kerja kerja rumah Kak Intan selitkan masa meletak entry baru pagi ni, bukan ada cerita apa pun, cerita tentang doily yg Kak Intan gunakan ni aje. Hari tu masa kat FB ada yang hantar Kak Intan pertanyaan melalui inbox...mana nak dapat doily macam yang Kak Intan gunakan ni dan berapa harga nya?
Buat kengkawan yang nak tahu tu, baru baru ni Kak Intan singgah lagi keKAMDAR beli sedikit barang keperluan dan nampak doily ni masih banyak lagi ada warna putih ada warna cream... bila tengok harga..waaaaaa manyak bagus, sekarang lagi murah dah tinggal 50 sen sahaja.
Kalau tak percaya ambil teropong tengok dekat dekat pada tanda harga nya tu... murah kan... ok sangat dah tu...
Lepas ni bolih la ajak sesiapa shopping keKamdar kalau ada yang berminat nak beli doily yang macam ni....
Ok.... sampai disini dulu catatan pagi ini dari Kak Intan...sampai jumpa lagi wassalam...

22 Februari 2012

TINGKAP LAMA JANGAN DIBUANG.


Assalamualaikum,
Selamat malam semua... masa Kak Intan singgah dirumah seorang kawan diPaya Jaras, Sg Buloh Selangor.... hati Kak Intan terpikat dengan lukisan2 folkart yang dilukis diatas tingkap tingkap lama yang terbuang. Kata tuan punya rumah ini Puan Siti Noor... tingkap2 tersebut dikutip nya dari sebuah rumah lama yang dah lama ditinggalkan. Kemudian papan papan tingkap ini Siti Noor hantar pada geng geng yang pandai dalam seni folkart ini... tengok lah hasilnya sangatlah membanggakan. Siapa sangka dari tingkap burok dijadikan hiasan disekitar dinding rumah Puan Siti Noor ini. Siti Noor juga sebahagian dari peminat peminat dekorasi ala Inggeris. Baru baru ini juga rumah nya terpilih menghiasi sebahagian dari majallah Seri Dewi dan Keluarga untuk bulan March ini.... kalau tak percaya bolih beli dikedai2 yang menjualnya....

Bukan setakat papan papan tingkap yang dilukis dengan folkart ini tetapi barang barang lain juga Siti Noor hantar dan upah kepada kawan kawan lain yang sememang nya mahir dalam lukisan ini....

Ok lah cuci mata dulu ye dengan papan tingkap yang dah siap dilukis ini, mana tahu esok lusa kalau anda pula terjumpa barang2 lain yang bolih dijadikan hiasan bolih lah ianya dijadikan seperti ini juga .... bukan setakat cantek dipandang malah cantek dijadikan hiasan didinding.

Ini antara lukisan yang paling Kak Intan minati... hadoiiiii...memang la cantek cantek semuanya.

Kata Siti Noor lagi setiap keping dari tingkap tingkap ini berbeza orang yang melukis nya, harga nya juga berbeza...antara serendah $150 - $400 ... apa pun memang kreatif sangat kan. Ok lah sampai disini dulu sembang Kak Intan malam ini, jumpa lagi dilain entry, wassalam.



21 Februari 2012

BINGKA UBI KAYU UNTUK MINUM PETANG...



Assalamualaikum ,
Selamat petang, dah minum petang ke? apa menu hari ni untuk minum petang. Hari ni Kak Intan merajin kan diri dengan membuat bingka ubi kayu.. Ub kayu nya pemberian dari seorang kawan yang tinggal diPaya Jaras sana. Rumah dia tinggal memang kawasan kampong jadi apa saja makanan kampong senang nak dapat. Dibelakang rumah nya memang banyak pokok ubi kayu, jadi kalau nak makan ubi2 rebus ke memang senang nak dapat.
Hari tu terlior duk tengok menu kat rumah seorang kawan yang masak bingka ubi... sedap bukan main bingka yang dibuat nya tu...sempat juga lah merasa bingka yang dia masak tu tapi apa kata orang... tak puas makan, maklumlah kan kalau kuih kuih tradisional ni memang tak pernah rasa jemu. Sempat juga minta macam mana resepi yang dia gunakan untuk mendapatkan bingka ubi ni yang sedap... Katanya nya setelah diparut, ubi ni dimasuk kan dalam kain yang jarang ...diperah air nya bagi membuang rasa pahit kemudian dicampurkan sedikit kelapa yang dicampurkan dengan garam , sedikt kicap masin (dalam 2 sudu besar gitu untuk mendapatkan warna yang cantek dan juga 3 sudu besar butter yg dicairkan. Gula merah juga dicampurkan sekali. Kak Intan juga tambah sedikit gula pasir kedalam nya.
Dah masak pun yang satu ni memang Kak Intan letak dalam acuan yang kecil membakar nya... bila dirasa dengan resei yang kak Intan belajar tu wahhhh.... memang sedap rasa nya... sebelum ni memang tak pernah pun campurkan dengan kicap atau pun butter tu...Ok lah sampai disini dulu, jumpa lagi dilain entry, wassalam


20 Februari 2012

ADA TETAMU DATANG LAGI...SEMENTARA TU....


Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi.... sementara tetamu Kak Intan sampai malam ni Kak Intan snap gambar dulu untuk table setting Kak Intan malam ni. Kali ni guna yang putin polos sahaja...warna yang paling Kak Intan gemari... bukan apa kalau letak atas meja nampak bersih sahaja berbanding dengan yang berbunga. Apa pun yang berbunga pun tetap cantek kan...nak pulak kalau pinggan mangkuk nya tu yang branded2 dan harga pula mahal mahal... memang lah nampak eksklusif lagi.

Yang Kak Intan gunakan ni pun sama juga lah macam yang tempohari punya juga...tak adalah yang mahal mahal pun...orang kata guna yang cap ayam aje...janji cantek dan nampak kemas bila kita hidangkan.

Teringat masa zaman kanak kanak dulu arwah emak hanya gunakan pinggan ayam warna warni... cantek2 pulak masa tu corak corak nya itu pun dah rasa cantek sangat. Tapi sekarang pinggan mangkok ayan juga dah dinak taraf, harga nya juga dah mahal...kedudukkan nya juga dari dapor sekarang dah jadi hiasan didalam almari2 cantek didapor dan tak digunakan lagi...
Apa pun lapik pinggan tu Kak Intan kekalkan dengan warna merah lagi...Kak Intan tak ada koleksi pelbagai warna... hanya itu yang ada.

Set kristal lama tu adalah seciput tu aje...itu pun beli zaman zaman 80 han dulu...murah lagi time tu ...sekarang nak dapat 1 set kristal macam tu dah beratus juga harga nya.... jadi lah apa yang ada kan.

Ok layan mata dulu..tetamu dah nak sampai dah ni.... nanti sambung cerita lagi...wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...