31 Mei 2012

JALAN JALAN RUMAH GENG DECOR ALA INGGERIS...

Assalamualaikum,
Selamat petang semuanya... dah minum petang ke? Sambil sambil minum petang jum layan gambar gambar ni. Gambar dari rumah seorang kawan yang tinggal diBentung Pahang. Cantek tau rumah dia, kawan Kak Intan ni sebenar nya peminat decor ala Inggeris juga. Semalam Kak Intan ajak anak bujang Kak Intan yang nombor dua tu kerumah dia, kebetulan cuti cuti sekolah ni pun anak anak yang Kak Intan jaga tak ramai yang datang. Sorang je yang ada, lagi pula anak Kak Intan pun off day dia semalam, jadi tak ada aktiviti kemana mana .. Kak Intan pun ajak lah dia kesini...jummm tengok dekorasi rumah kawan Kak Intan ni...

Dalam rumah dia yang bercat hijau ni semua bunga bunga yang dihiaskan nya kecil kecil belaka, tapi memang cantek...kena la pulak warna nya purple...haiii yaaaaa...wa manyak suka la Acik Ala...

 Sebahagian dari perabut yang Acik gunakan menggunakan perabot wroght iron (besi) yang dicat warna putih...sangat lah sesuai...

Yang ini pula sebahagian dari ruang dapor rumah dia...wahhhh Acik ..banyak nya koleksi enamel Acik Ala ekkkk.... nak satu bolih?..he..he...gurau2 ya Acik Al...mana nak letak lah kalau kat rumah Kak Intan buat koleksi ni...semuanya dah penuh.



Kreatif la Acik Ala ini..sangkar burung ni dia gantung dalam rumah lagi....cantek lahhhh...

Kat bahagian pintu masuk rumah Acik Ala..penuh dengan pokok2 bunga..Acik ni rajin juga berkebun...macam2 yg ditanam nya...yg best kat sudut tu ada perigi buta pula lagi...

Koleksi Acik lagi...cantek cantek oooo...suka tengok



Siap ada sign board lagi kat taman bunga Acik ni...

Keseluruhan gambar dari depan rumah Acik Ala...menuju kepintu rumah nya....ok layan dulu la ya...
Kak Intan mengundur kan diri dulu ya...wassalam...

30 Mei 2012

JUM MAKAN....


Assalamualaikum,
Ini menu makan malam beberapa hari yang lepas, dek kerana rasa macam tak selera nak makan nasi order je la fried chicken  burger ni, makan sekeltul ni sama macam makan sepinggan nasi juga kenyang nya he...he... kalau tak percaya cubalah... uikkk bukan buat sendiri ...beli aje dekat dengan rumah Kak Intan ni gerai nya he..he.. Apa ye nama nya Lan Burger kalau tak silap, ok sampai disini dulu, wassalam

LAYAN BIRTHDAY CUCU2 SAUDARA DIAEON SETIAWANGSA...

 Assalamualaikum,
Apa khabar hari ni. Kak Intan nak berkongsi cerita dengan geng semua, Sabtu lepas dalam sibuk sibuk menghadirkan diri dngan majlis kenduri kahwin sana sini sempat juga singgah diAEON Taman Setiawangsa, bertempat diRestoren A&W. Lebih kurang jam 5.30 petang anak saudara suami Kak Intan meraikan anak anak mereka dengan majlis harijadi, sederhana tapi agak meriah. Seronok tengok gelagat anak anak ini menyambut harijadi mereka.

Dalam pada tu ada juga disediakan buah tangan buat anak anak yang datang untuk dibawa pulang...
 Antara nya gula gula dan choklat juga menjadi perhatian utama anak anak yang hadir disitu disamping makanan yang dah ditempah dari pihak A&W....
 Inilah kek harijadi yang disediakan buat Kirana dan juga Aqif untuk dipotong, selain dari itu yang paling seronok bagi kanak kanak bila dapat bersua dengan maskot beruang A&W ini...

Sebelum acara dijalankan acara membaca doa selamat dijalan kan terlebih dahulu..

Birthday boy (Aqif) dan juga birthday girl (Kirana) menjamu selera....sedapnyaaaaa...

He...he... tak sangka birthday boy ni (Aqiff) ni takut pulak dengan maskot tu...beriya riya dia mengelakan badan nya bila maskot tu menghampiri dia...
Ok...sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri, jumpa lagi dilain entry, wassalam

20 Mei 2012

SALAH SATUNYA MAKAM YG KAMI LAWATI DI CHINA...

 Assalamualaikum,
Satu satu nya makan yang kami ziarahi sewaktu diGuangzhou, iaitu makan Saad bin Abi Waqas..ada juga terdapat makam makam lain disitu...

Ini lah makam Saad bin Abi Waqas tersebut terletak dalam sebuah rumah, masa Kak Intan sampai disitu ada beberapa orang Muslim lain yang sedang berdoa...kalau tak silap Kak Intan mereka nampak seperti dari Pakistan.

Kak Shida Shukor didepan makam tersebut..
 Jalan menuju kemakam Saad Abi Waqas...dikiri kanan nya terdapat makam makam yang lain.
Ok sampai disini dulu cerita Kak Intan pagi ini ya... wassalam.

19 Mei 2012

SHENZEN- APA YG ADA DALAM WINDOW OF THE WORLD..

Assalamualaikum...
Jum tengok apa yang ada didalam  Window Of The World...antara sebahagian gambar2 yang sempat Kak Intan ambil sewaktu disana...
 Olih kerana kawasan nya luas kami dibawa naik mini train ini untuk mengellingi kawasan tersebut, tak mampu rasanya berjalan dalam cuaca yang agak panas ketika itu.




















Dato Ahmad Jaafar dan Datin Norisa juga antara sebahagian yang sama sama dalam perjalanan tersebut...ok nanti kita sambung lagi cerita ini ya...masih banyak lagi gambar2 yang belum diupload
Layan dulu ya...wassalam...

18 Mei 2012

SEMBANG SANTAI DILAMAN KAMPONG HOTEL SINGGAHSANA PJ.


Assalamualaikum, 
Pada 8hb Mei yang lepas Kak Intan telah dijemput olih Puan Rashidah Ibrahim, iaitu Penolong Pengarang Majallah Anjung Seri untuk sama sama kerestoren Laman Kampong Hotel Singgahsana PJ dalam program Sembang Santai. 

Antara yang Kak Intan undang sama ialah Nani Saadun dari Iman Home Decor dan juga Latini Adam dari Hannymadu Home Decor. Ada juga beberapa teman lain yang Kak Intan undang sama tapi malang nya mereka masing2 ada urusan lain. Mereka ni adalah teman teman yang sama minat dari group THE LOVERS OF VINTAGE AND ENGLISH DECORATION GROUP  ( LOVENDER)....Paling seronok bila dapat bertemu dengan Puan Elyza Yong , tauke kain Elyza yang tersohor dengan kain kain nya yang bercorak Inggeris dan juga selaku pengasas Elyza's Home.

Selesai sahaja perbincangan kami semua dijemput olih pihak Hotel Singgahsana untuk menjamu selera. Pelbagai masakkan ala ala kampong dihidangkan... sekali gus pihak hotel juga mempromosi hidangan nya ini khas untuk bulan Ramadhan yang akan kita lalui tidak lama lagi.
 Tak tahu mana satu nak makan hari tu, ada 2-3 jenis nasi yang disediakan, lauk pauk nya pula bermacam macam jenis, kuih muih, kudap kudapan pun ada, pilih aje mana satu nak makan ikut selera masing masing.




Rasanya kalau ada sesiapa yang bercadang nak berbuka puasa disini dalam bulan puasa nanti tak ada masaalah, mengikut kata Encik Abd Manaff Abd Rahim (Asst Sales & Catering Manager)  daripada berbuka puasa , solat Maghrib, solat Terawih bilik khas telah pun disediakan. Imam nya juga disediakan olih nggota dari kumpulan Nasyid Rabbani disepanjang bulan Ramadhan nanti.


Kata En Abd Manaff lagi hotel ini ada lah hotel pertama yang pekerja nya 99.9 peratus berugama Islam dan ianya mendapat taraf Halal yang pertama diSelangor.... alhamdulillah
Ok lah layan dulu ya gambar2 yg Kak Intan sertakan ni... Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu...wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...