31 Julai 2012

MENU UNTUK BERBUKA LAGI...

Assalamualaikum,
Selamat pagi, dah masuk 12 hari umat Islam berpuasa hari ini. Kali ini Kak Intan kongsikan menu berbuka puasa semalam... nothing special biasa biasa sahaja, antaranya Kak Intan masak pajeri nenas, mulanya nenas ni Kak Intan nak masak lemak cili api dengan ikan masin, tapi dek kerana nenas nya memang dah masak, kak Intan tukar kepada pajeri nenas. Kalau ada pajeri nenas, menu tambahan mestilah ikan masin goreng, fuhhhh.... berselera makan...



Pemanis mulut juga Kak Intan sediakan, kali ini buat puding sagu, puding ni juga lain yang dirancang lain yang menjadi, mulanya nak buat puding sagu pearl, tapi disebab kan kurang rajin nak melapis nya, Kak Intan buat satu warna sahaja walau pun menggunakan bahan yang sama cuma Kak Intan tambahkan pandan paste sahaja. Resepi nya Kak Intan ambil dari blog Mat Gebu- http://www.tiffinbiru.com/ (DAPUR TANPA SEMPADAN) terima kasih ya Mat Gebu kerana berkongsi menu ini. Ok layan dulu gambar2 menu Kak Intan ini, wassalam, selamat berpuasa buat semua blogger berugama Islam yang sudi singgah diJARIINTAN KU ini...




30 Julai 2012

MENU BERBUKA SEMALAM...

 Assalamualaikum
Selamat pagi Selasa, apa khabar?... hari ni pepagi ni Kak Intan nak share menu yang Kak Intan masak semalam untuk berbuka puasa. Kalau 3-4 tahun yg lepas kami berbuka dengan kuih muih terlebih dahulu tapi sekarang tidak lagi. Lebih selesa dengan memakan sebiji kurma, minum air lepas tu terus ambil nasi dan lauk pauk nya. Antara yang Kak Intan masak ialah sambal tumis udang.


Kari ikan pari bercampor kacang bendi dan juga tomato.

Ulam timun colek dengan sambal tempoyak.


 Pemanis mulut nya pula ialah puding roti... itu sahaja... he..he...hari ni tak tau lagi apa menu yang akan dimasak.. hari hari belek menu... apa yang sesuai...ada yang kita suka tapi anak anak dan suami pulak tak suka dan juga ada yang suami dan anak2 suka tapi kita pulak tak suka... Ermmm .... macam mana tu? Ok layan dulu ya gambar gambar menu kak Intan semalam ni... wassalam jumpa lagi dientry yang seterusnya.





29 Julai 2012

AKHIR NYA KAU KU TEMUI JUGA..YEAHHHH

 Assalamualaikum,
Minggu lepas 2 hari Kak Intan dan suami pusing KL mencari chandelier shade ni... uikkk minggu ni Kak Intan sambung lagi mencari akhir dapat juga jumpa...fuhhhh betapa lega nya misi mencari dah berjaya he...he...

Dapat la 2 design yang disukai... lepas bolih la tukar tukar pakai mana yang kita nak janji adoooo

Bukan nya apa kalau tak dipakaikan shade nya ni silau sangat rasa nya he...he... ok  jumpa lagi nanti ya... Kak Intan undur diri terlebih dulu wassalam..


Selamat berpuasa... dan selamat berbuka..

28 Julai 2012

MENU FAVORITE WAKTU BERSAHUR...

 Assalamualaikum
Selamt subuh dan selamat berpuasa buat semua..Jum layan menu menu Kak Intan bersahur kali ini... tak la sedap mana cuma menu2 biasa sahaja he..he... tapi kalau ikan bilis goreng dengan bawang besar yang diletak kicap dan juga potongan cili api ni biasanya buat kita bersahur makan bertambah tambah la pulak nya... silap silap macam makan tengahari kan...

Yang kedua ni menu daging masak dendeng, anak anak suka masakkan ini sebab daging ni garing dan juga ada rasa pedas.

Akhir sekali ni menu wajib tiap tiap hari pun tak aa sebab memang selalu nya habis. Ini lah antara 3 menu yang biasa dimasak ketika bersahur dibulan Ramadhan ini. Ok lah sampai sini dulu Kak Intan mengundurkan diri, jumpa lagi dientry seterusnya wasaalam dan selamat berpuasa.


27 Julai 2012

BERKEMAS LAGI... TUKAR SIKIT2 AJE...

 Assalamualaikum,
Semalam sambil sambil buat kerja rumah Kak Intan beransur ansur sikit sikit memakeupkan bilik anak bujang Kak Intan ni, tak tukar apa pun yang lama masih elok dan bolih pakai Kak Intan gunakan lagi.

Apa yang Kak Intan tukar? Cuma cadar diorang ni sahaja yang ditukarkan , yang lama tu dah lusoh sangat, tapi masih menggunakan warna yang sama - purple putih. Ini memang warna kegemaran Kak Intan.
 Yang lain tu semuanya lama lama..ooo ye romand blind ni pun baru buat juga, tapi rasa macam gelap pulak bilik ni bila pakai curtain warna ni kan. Silap silap esok Kak Intan pindah kan kebilik sebelah tu romand blind ni.
 Tak pun tukar aje lace warna putih nak kasi cerah sikit bilik ni, risau betul kalau bilik gelap gelap ni. Nampak nya nak kena punggah almari lagi tukar curtain putih pulak nanti...tak apa lah tunggu dekat dekat nak raya nanti lahhhh.

Sarong kusyen ni pun baru buat juga, mesti ramai yang tahu kan, kain nya tu dari napkin POTMERION, tapi memang cantek bila dah dijadikan sarong kusyen macam ni.

Bilik orang bujang tak perlu banyak hiasan rasanya...letak sikit sikit aje dah cukup.

Kebetulan stok bunga purple ni ada, dulu letak kat luar...sekarang pindah kan kat sini pula. Siap basuh, dan jemur kering kering terus masukkan dalam vase tu, tak bayah beli dah vase pun dah sedia ada.


Ok lah layan dulu gambar2 Kak Intan ni...Kak Intan pun ada urusan lain nak diselesaikan, jumpa lagi dilain entry wassalam...selamat berpuasa kepada anda semua yang berugama Islam.

25 Julai 2012

24 Julai 2012

AKHIRNYA ....

 Assalamualaikum,
Apa khabar, selamat malam semua dan salam Ramadhan buat semua blogger yang berugama Islam, Terima kasih banyak banyak pada rakan rakan blogger yang selalu singgah diblog Kak Intan ini. Tak ada apa apa yang nak dikongsikan kali ini cuma nak cerita tentang lampu kat rumah Kak Intan ni sahaja. Dulu nya nampak kosong sahaja. Puas Kak Intan mencari kedai kedai yang menjual shade nya ni tapi baru minggu lepas Kak Intan jumpa. Itu pun terpaksa la menunggu 3-4 hari untuk mendapat kan nya.

Kak Intan order untuk satu set dulu, itu pun tokey kedai tu kata sebab dah kenal Kak Intan, kalau orang lain tak kuasa nak layan... ishhhh..ishhh apa la tokey ni kan.. he...he...

Ini lah rupanya bila dah dipakakan shade nya tu, tak la nampak silau sangat lampu tu bila dipasangkan.. Ok lah layan dulu gambar2 ni ya. Wassalam, selamat berpuasa.





21 Julai 2012

GELAGAT ANAK ANAK BILA IBU IBU MEREKA BERTARAWIH...








CANTEK2 CURTAIN LACE DARI JAKEL NI....

 Assalamualaikum, 
Selamat pagi Ahad dan dah masuk hari ke2 kita semua umat Islam berpuasa. Mesti ada yang tengah sibuk nak jahit curtain sekarang ni... jum tengok kain kain lace untuk curtain ni dari JAKEL..cantek cantek kan corak nya... bidang pun besar 110".

Kak Intan suka dengan corak corak nya ni...

Bawah nya berlekuk lekuk - berkaki
 Yang ini coraknya nampak tebal sikit bunga nya berbanding yang diatas tadi, bunga nya satu satu, apa pun kedua nya memang cantek kalau buat curtain terutama yang minat dengan lace lace untuk digantung pada hari raya nanti. Ok sampai sini dulu catatan Kak Intan pagi ni wassalam.... dan selamat berpuasa.



19 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2012

 Assalmualaikum,
Selamat tengahari, dah makan ke semuanya?.. Hari ini hari terakhir bulan Rejab, dan esok pula bermula nya bulan RAMADHAN. Pada semua kawan kawan yang berugama Islam, dimana jua berada muslimin dan muslimat, saudara mara adik beradik dan kaum keluarga yang mengenali Kak Intan,sempena kedatangan RAMDHAN ini ... Kak Intan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK, dan selamat menjalankan ibadah TARAWIKH disepanjang Ramadhan ini nanti...semoga Ramadan kali ini lebih baih dan diberkati Allah hendaknya. Mohon ampun dan maaf juga jika ada kata kata Kak Intan dientry2 selama ini ada yg tersinggong terasa dihati atau pun terkasar bahasa... termakan terminum juga mohon dihalalkan.  Sekian wassalam



18 Julai 2012

SUKA BAJU BARU DIA NI.... NAMPAK KLASIK DGN MANIK2 MUTIARA NYA






MEMBORONG YG PUTIH2 LAGI DISSF.

  Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali , dah makan malam ke?...Cerita kali ni Kak Intan memborong lagi diSSF, tapi bukan untuk diri sendiri, sebalik nya untuk salah seorang kawan Kak Intan yang tinggal jauh nun diSabah. Kawan Kak Intan ni tengah seronok mengumpul barang barang ala Inggeris, dia juga minat yang ala ala shabby white macam ni...

Antara kiriman nya ialah container untuk menyimpan roti ni, cantek kan, tapi kena hati hati sebab barang barang macam ni senang sangat nak pecah nya...

Yang ini pula bekas untuk menyimpan kek, kak Intan suka bentuk nya ni..juga warna nya yang ala ala shabby white.. harap harap kawan Kak Intan ni suka dengan kiriman nya yang Kak Intan dah belikan ni ya... sabar ye kawan nanti Kak Intan akan poskan barang barang ni...harap harap ianya akan sampai dalam keadaan baik dan selamat nanti...

Ok lah sampai disini dulu cerita Kak Intan kali ini... jumpa lagi dientry yang akan datang wassalam ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...