22 September 2012

FINALIS HERO REMAJA 2012

 Assalamualaikum
Tengahari semalam Kak Intan dan family keDewan MCA Jln Ampang bersama sama dengan Kak Hidayah Yusoff bagi memenuhi undangan Yang Othman dan keluarga untuk menyaksikan Finalis Hero Remaja 2012. Salah seorang anak Yang Othman terpilih dalam finalis tersebut...alhamdulillah.

Masuk saja keperkarangan Dewan MCA tersebut dah nampak kereta ni...dan dah dapat agak dah siapa pengacara nya... cuba teka siapa? he..he... saja je suka suka..

Bila masuk kedewan tersebut ditingkat 2 dan 3 dah nampak dah gambar2 poster  yang menjadi finalis nya...dan ini lah orang yang Kak Intan dan Kak Hidayah support..Azfar nama nya...

Sebelum acara bermula..persiapan terakhir kami lakukan bersama...seronok tengok family Yang Othman bekerjasama hari tu membuat persiapan...masing masing tahu dengan tugas masing masing apa yg perlu dibuat.
 Tengok gambar ni dah macam ada pertandingan buat poster pulak nya he..he...

Antara penyokong penyokong Azfar juga adalah pelajar pelajar tempat Azfar belajar dulu iaitu SSBJ.

Antara persembahan pertama petang semalam iaitu acara pengenalan diri peserta HERO REMAJA..
Pengacara petang itu....Awal Ashaari




Azfar dengan gaya sendiiri...menggayakan pakaian dari SUPER HERO


Inilah antara hadiah2 ditempat yang pertama..ada hadiah hadiah lain lagi yg mengiringinya.

Antara juri petang itu Aznil Hj Nawawi dan juga Era Fazira.

Finalis dengan fashion designer masing masing..

Penyokong 2 kuat Azfar petang tu kedua ibu bapa nya... saudara mara, dan juga kawan kawan.
 Tahniah Azfar sebagai finalis paling favourite... sebelah Azfar pula finalis paling macho...muka nya iras2 Fahrin Ahmad.
 Tahniah juga buat Kak Fauziah Othman... sebab jadi pemenang paling banyak vote..wahhh bergaya kak Fauziah dengan Samsung Galaxy Tab yang dimenangi petang tu.


 Apapun tahniah buat semua finalis Remaja...kalah menang adat bertanding..pada yg menang tahniah diucapkan dan pada yang kalah bolih mencuba lagi...mungkin ada rezeki dilain hari pula...insyaallah...sampai disini dulu cerita Kak Intan ..wassalam.



DINNER DGN KELUARGA DI DELICIOUS KL

 Assalamualaikum,
Selamat pagi Ahad, dan selamat bercuti hujung minggu,  sudah ke bersarapan. Cuaca sejuk sejuk macam ni kalau dapat sarapan capati atau roti canai ke sedap nya kan... ingat nak ajak suami kesati restoren diMedan Tuanku sana yang menyediakan roti naan paling sedap (mengikut kata suamilah) sebab dia yg suka makan roti naan he..he...tapi memang sedap pun dengan potongan cheese nya yg banyak tak macam sesetengah kedai yg lain, ayam tandori nya pun sedap
Oklah ni kisah dinner malam minggu yg lepas diDelicious, Jalan Pinang KL.

Nampak dari luar aje dah minat dah dengan suasana dalam cafe tu...dengan lampu2 birdcage nya

Bila dah masuk duk pilih2 menu tak tahu apa nak makan, tapi ada satu menu tu memang jadi pilihan Kak Intan lah nak tahu apa dia...

Inilah yang Kak Intan pilih, Nyonya Curry Laksa..

Ermmmm...yg ini the best compliment from Delicious, pavlova memang sedap, tapi yang tak tahan nya manis ya ampun...
 Layan je la pavlova tu sempena birthday Kak Intan hari tu yang ke berapa? Isshhh dah tua dahhh... apa pun terima kasih banyak banyak buat anak anak dan juga suami yang tersayang kerana meraikan nya hampir setiap tahun... bersyukur juga kepada Allah SWT kerana diberkan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia hingga kesaat ini...aminnnn

Ini pula menu nasi kerabu...dengan rendang ayam ada la menu sampingan nya yang lain...

Spagetti olio ini juga jadi pilihan anak anak...Kak Intan tak rasa pun sebab kurang berminat tapi nampak sedap je tu...

Yang ini burger grill... Ezzat yang order...macam macam lagi side menu nya tu...

Akhir sekali menu yg Along order...dah lupa apa nama nya.tapi ada salad, kentang goreng dan juga ayam goreng..

Jangan tak tahu yg ini peminat capucino.... mesti nak order secawan..
 Ok layan dulu gambar2 Kak Intan ni ya...jumpa lagi dientry yg akan datang, wassalam...



15 September 2012

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DIDEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN ABD AZIZ SHAH. SHAH ALAM.


Assalamualaikum,
Bertemu lagi dihari cuti hujung hujung minggu ini...apa khabar semua? Harap harap semua geng2 blogger sihat sihat semuanya?. Hari ni rasa nya ramai lagi buat majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri. Ada beberapa jemputan yang Kak Intan terima dari saudara mara dan juga kawan kawan sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor. Selain buat rumah terbuka ada juga yang buat majlis perkahwinan dan juga kenduri untuk berangkat keTanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu Haji.
 Sabtu semalam sempat juga Kak Intan dan keluarga menghadiri majlis resepsi anak saudara sepupu suami Kak Intan diBangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam. Ianya diadakan diDewan Jubli Perak. Tema hari tu peach dan cream, cantek sangat Kak Intan memang suka dengan warna warna ni, begitu juga dengan pelamin ala taman nya dengan tema purple..
 
Sambil sambil meraikan majlis perkahwinan dapat juga meraikan hari raya Aidilfitri,  dan dapat juga meluangkan masa bertemu kawan kawan dan sanak saudara dihari itu.

Ok pasangan pengan pula mengenakan songket berwarna cream, cantek sangat petang tu nampak simple tapi bergaya...Kak Intan doakan semoga pasangan ini Syamsul Kamar dan juga Puteri Nur Dayana, kekal bahagia hingga akhir hayat dan moga rumah tangga yang dibina juga diberkati Allah dunia dan akhirat. Wassalam



12 September 2012

OPEN HOUSE DIRUMAH YANG OTHMAN..MELAKA

 Assalamualaikum,
Sabtu lepas Kak Intan dan beberapa orang kawan dari KL pergi beraya dirumah Kak Yang Othman diMelaka. Jam 11 pagi kami bertolak kesana...alhamdulillah jalan tak la jammed macam yang disangkakan. Kami sampai tepat pada masanya iatu dalam kul 2 petang.

Kali ini Kak Yang dan suami nya  mengenakan tema jubah ala Arab, khemah pun cantek hari tu dengan konsep hitam putih..salah satu warna kegemaran Kak Intan juga. Ramai yang datang pada hari tersebut mengenakan jubah hitam bagi yang perempuan dan juga putih bagi yang lelaki...wahhhh memang nampak lain dari yang lain hari tu...

Sampai aje kerumah Kak Yang kami terus menjamu selera petang tu, macam macam yang Kak Yang hidangkan nasi beriyani, nasi putih, rendang, tapai, satay semua nya ada.... biasalah tu kalau keMelaka tak ada hidangan tapai pulut memang tak sah kan...

Antara tetamu kak Yang hari tu Patrick dan keluarga juga hadir...tapi kenapa sikit saja Patrick makan?..rugi laaa Patrick datang jauh2 makan sikit aje...diet ka? he..he... sorry gurau gurau sahaja ya Patrick.

Nea Sarmin juga datang dengan memabawa baby baru nya...baby boy...lupa la pulak apa nama baby siNea ni he..he... sorry Nea nanti kena photostat surat beranak nya nak tengok sendiri nama baby tu supaya senang ingat ha...ha...

Yang sorang ni he...he... sapa lagi...Lyla Shuhada... kelassss cantek Lyla dengan jubah hitam petang tu...suka tengok...

Lyla dengan Kakak nya Kak Fauziah...cun diorang berdua ni..makan Kak jangan tak makan ...sedap2 semuanya terutama bakso yang akak masak hari tu memang the best la Kak Fauziah...dah banyak tempat bakso yang saya makan, tapi Kak Fauziah punya memang the best la ... ada masa nanti Kak Intan nak menuntut ilmu buat bakso  dengan akak ya.



Orang lain sibuk2 makan diorang ni duk bercerita pasal tu.... pinggan mangkok lama yang ada dalam almari kak Yang dibelakang diorang ni...tengok la berderet2 teko Aladin dibelakang tu...sekejapan aje dah penuh lemari Kak Yang ni...Kak Yang dah fanatik rupanya dengan koleksi teko Aladin ni... teruskan Kak Yang ye... pungut selagi mau he...he...

Yang duduk dalam lain cerita, yang duduk luar pulak lain cerita, ni Pak Neng dan suami Kak Yang berborak kisah masa diorang buat Umrah hari tu...Kak Yang sekeluarga sebenar nya baru saja balik menunaikan umrah dan ziarah.. mereka juga beraya ditanah suci Mekah tempohari...alhamdulillah dah selamat pun semuanya.



Kak Hidayah Yusoff dan Lyla...mak aiiiiihhhh...Kak Hidayah ni memang peminat warna merah.. kalau tak ada merah tak sah  he..he..

 Makan Nea ...jangan tak makan, tapi ingat ingat sikit...awak tu baru lagi ya he...he...

Tengok la ni tetamu yang datang kebanyakkan nya mengenakan jubah hitam bagi perempuan

Tak percaya?...Cerrrr tengok tuan rumah nya juga berjubah hitam petang tu...

Ha.. ni dia geng baru MXM... betul tak Kak Yang?.. he..he... lepas raya ni bolih la sambung kerja kita kan Kak Yang ? tak gitu...ok lah...sampai disini dulu...lain kali cerita lagi...wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...