14 Mei 2013

LAYAN BUBUR CHA CHA, DIPETANG YG PANAS TERIK.


Assalamualaikum,
Kita share menu Kak Intan petang semalam. Dalam dua tiga hari ni bukan main panas terik cuaca nya.... berbotol botol air diminum kalau dah panas macam ni, terutama nya yang sejuk sejuk apa lagi. Sebelah malam pun macam tu juga, air air, air makan pula agak berkurangan. Semalam rasa teringin nak makan bubur cha cha, kebetulan stok keladi, keledek, labu ada dalam dapor Kak Intan ni. Apalagi beroperasi la sekejap dalam malas malas Kak Intan ni. Dah masak terus masukkan dalam mangkuk dan sejukkan dalam fridge
Memang sedap menghirup yg sejuk sejuk tak terasa habis semangkuk dek oiiiii, dalam hati alamak lupa letak sagu biji, kalau ada lagi sedap pekat aje kan, tapi tak apa ini pun dah selesai semangkuk kikkk kikkk...alhamdulillah syukur...dengan rezeki yang Tuhan bagi, dan cuaca yg panas terik juga adalah dugaan yang Allah turunkan buat kita semua hambanya...sesungguhNya yang baik baik itu dari Allah SWT yang burok itu dari kita semua hambaNya. Setiap yang berlaku itu ada hikmah nya...wassalam

HANGGING PLATE- SHABBY PINK


Assalamualaikum,
Masa beli pinggan ni dikedai Souviner Shoppe Taman Melawati tak teringat pun nak buat apa apa. Bila masuk kesatu blog geng yang pandai buat folk art ni baru la dapat idea apa yang Kak Intan ingin kan. Tak semestinya hanya untuk serve makanan..... tapi bolih juga dijadikan hiasan dinding untuk digantung.
Masa singgah diAmcorp Mall terjumpa pula dengan Sue Safia yang sememang nya terkenal dengan  folk art nya yang cantek cantek terus Kak Intan tanya kan dia , bolih tak buatkan folkart untuk pinggan Kak Intan dia kata, memang bolih sangat sangat, esok nya Ahad, terus Kak Intan bagitahu pada suami (kita kena keAmcorp Mall lagi hari tu he...he..) walhal Sabtu tu dah pergi.
Apa pun dah siap dah , memang cantek hasil kerja tangan Suesafia ni, dan sangat berpuas hati... terima kasih banyak banyak ya Sue, wassalam semua, jumpa lagi.

PREPAIR HADIAH UNTUK HARI GURU...


Assalamualaikum, 
Selamat bertemu kembali, hari ni sibuk duk menyiapkan hadiah hadiah untuk anak anak yang Kak Intan jaga ni buat guru guru mereka sempena menyambut Hari Guru pada 16 hb Mei nanti. Seronok juga layan benda benda macam ni. Kak Intan cakap pada diorang tahun ni Mia, Danish dan Shahir tak payah beli hadiah, nanti Achik Intan buat kan ajer... sebab Kak Intan pun ada stok barang barang yang tak berpakai dan masih bolih digunakan lagi, maksudnya dalam keadaan baik.

So petang tadi Kak Intan buatkan lah jambangan bunga sebayak 3 bekas ni, ye lah diorang bertiga semuanya dah sekolah. Danish kata dia booked yang atas sekali, Shahir yang diatas ni dan Mia pula nak yang warna pink untuk cikgu dia, biasalah budak budak perempuan mesti nak pilih colour pink.

Ok dah siap semuanya dah, ada 3 semuanya tunggu hari nya ajer nak serahkan pada  guru guru diorang, harap2 cikgu seronok dengan cenderahati yang tak seberapa nya ini..Upppsss...untuk sekolah kebangsaan dah siap kata diorang habis tu sekolah agama macam mana pula, diorang pun cikgu juga ( Ustaz dan Ustazah tu kata diorang) sabar sabar ya nak...nanti kita fikirkan sama sama apa yang kita nak kasi kat diorang pula, insyaallah ada tu rezeki untuk diorang tu..

Ok setakat ini dulu catatan Kak Intan buat kali ini, jumpa lagi di entry seterusnya. Wassalam

10 Mei 2013

MEE KARI ALA NYONYA


Assalamualaikum,
Selamat pagi, salam 1 Rejab juga buat seluruh blogger2 berugama Islam, sambil sambil tu jum tengok resepi Kak Intan buat 2 hari yg lepas, dek kerana dah lama teringin nak makan mee kari ala2 Nyonya yang macam diFullhouse tu Kak Intan pun buat la sendiri, sedap tak sedap belakang kira kikkk...kikkk... janji mee kari.
Kalau nak join cara Kak Intan masak mehhhh sini...

Bahan2 nya...
isi ayam dipotong kecil2
1 paket mee kuning
1 kilo kerang direbus tanpa air.
tauhu dipotong 4 dan digoreng
2 batang kacang panjang dipotong2.
sedikit sawi dicelor.
telor rebus dipotong 2.
cili hijau di potong2
bawang goreng.
1 paket fish ball.
1 paket fish cake.
2 cawan santan pekat.
cili merah dipotong
limau kasturi dibelah 2
bawang merah bawang putih halia dan 3 biji buah pala- ditumbuk halus dan ditumiskan kesemuanya...
2 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari daging
minyak masak untuk menumis

2 sudu besar cili kering blender- nak tambah pedas.
serai dititik 2 batang
2 ' lengkuas juga dititik kan.


Cara buat kuah karinya...

Tumiskan bawang merah ,bawang putih, halia sehingga naik baunya, masukkan cili kering blender dan juga rempah kari daging, tumiskan sehingga garing tambah sedikit air supaya jangan pekat sangat masukkan isi ayam yang telah dipotong halus..masukkan kerang yg telah direbus dan dikopek kulitnya bila cili dan rempah tadi dah betul2 masak masukkan pula santan pekat. letakkan garam secukup rasa sedikit gula sekiranya nak tambah sedap lagi menggantikan serbuk perasa, masukkan fish ball dan fish cake yg telah dipotong2 masak sehingga mendidih dan angkat. bolih la dimakan bersama mee kuning yg dicelor sekejap hiaskan dengan telor rebus , cili merah dan hijau yg dipotong, bawang goreng serta tauhu.Perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis sewaktu memakan nya selamat mencuba.


Ok bolih la cuba kalau sedap bagitahu kawan kalau tak sedap bagitahu dengan Kak Intan ya, wassalam..

08 Mei 2013

KERABU PUCUK PAKU + KERANG


 Assalamualaikum
Selamat bertemu lagi, kita berkongsi resepi lagi kali ini, resepi ni memang selalu Kak Intan makan sejak kecil lagi, maklumlah duduk dikampong masa tu semua bahan bahan senang nak dapat tak payah nak kepasar pun, kalau nak beli pun bahan bahan tambahan seperti taugeh dan juga kerang . Itu pun kalau nak tambah tak pun arwah mak dulu selalu nya tak guna kerang, cuma ikan bilis atau pun udang kering sahaja dah cukup dah kan.

Tapi kali ini Kak Intan gunakan kerang, sebab memang favourite Kak Intan kerang ni, walaupun bila lepas makan nanti tergaru garu sana sini, buat tak tahu ajer, kalau teruk sangat alergic nya makan je obat dari klinik habis cerita. Nak share tak resepi nya, kalau nak ni cara yang Kak Intan buat, kalau tak nak pun tak kisah...

Bahan bahan :-

Pucuk paku yg dibersihkan dan dicelor bersama dengan sedikit garam.
Sedikit taugeh juga dicelor.
Kerang yg direbus tanpa air (masuk kan dalam periuk tutup rapat2 kemudian besarkan api gas, fuhhhh, tak payah nak susah2 kopek (dah siap menyeringai bila dibuka tutup periuk tu nanti) kekekekk...
 5 ulas bawang merah, sedikit kunyit hidup, cili api , kelapa parut , serai, dan juga sedikit belacan, tumbuk bahan2 ni kecuali kelapa parut kemudian goreng (sangai dalam kuali masukkan garam ikut rasa. dah naik baunya angkat dan gaulkan dengan sayur2 tadi serta kerang yg dah siap direbus gaulkan sebati dan bolih la dimakan dgn nasi putih panas2, ada pula ikan masin gelama..fuhhhhh... sabar je la...ada juga yg letak santan dan juga kerisik yang buat macam tu sedap juga, ikut selera masing2 dan yg mana anda semua suka. ok wassalam, jumpa lagiiii..

SOTONG MASAK PADPRIK

 Assalamualaikum,
Selamat malam buat kawan kawan blogger semua. Dah makan malam kerrrr..? Kak Intan malam ni tak makan la nampak nya...petang petang tadi masa anak anak balik dari sekolah hujan pula agak lebat, kesian dengan diorang balik basah2 kuyup tentu nya perut terasa lapar, jadi Kak Intan gorengkan cekodok sayur cicah dengan sos chili Thai, minum kan pula milo panas... kenyang la jawab nya sampai sekarang. Uikkkk...lari tajuk dah ni kan... nak cerita bab2 memasak ni Kak Intan ni kekadang ada pasang surutnya juga, ada masa rajin, rajin la kalau datang mim alif lam sin tu main terjah ajer la gerai bawah pokok depan rumah ni, habis cerita...  Menu yang Kak Intan paparkan kali ini menu time mim alif lam sin Kak Intan datang la ni, masak sekali tapi dalam nya tu macam macam ada ekekekek.... bolih gitu?...

Kali ni buat sotong masak padprik, kan ada macam macam dalam nya tu, sayur berapa jenis sayur ada dalam nya tu, masak nya pulak tu sekali lebor ajer dah siap... kan ..kan...kan.. kalau nak tambah lagi menu lawankan menunya ni buat je la telor dadar ..kasi cili api potong dan juga bawang besar kemudian nasi putih panas...ermmmmm.Ok sampai disini dulu ya Wassalam.

YANG TERKINI BARU DISIAPKAN.....




07 Mei 2013

AYAM GORENG BERCILI SWEET SOUR.

 Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi, hari ni pepagi lagi dah rasa macam rajin aje nak buat entry baru kat sini, kali ni nak share apa yang Kak Intan masak. Ada satu hari tu Kak Intan tertengok la salah sorang tukang masak ni berbangsa China disatu restoran. Nampak sedap dan senang ajer dia memasak nya, dalam hati macam bolih buat aje menu tu.
 Balik kerumah time tu dah petang dan penat, teringat kat chef tukang masak tu cepat2 Kak Intan keluarkan stok ayam dalam fridge  cuci dan garamkan terus Kak Intan goreng, tapi kalau selalu sangat digoreng jemu juga, jadi Kak Intan cuba2 lah menu yang digoreng dek Chef tu tadi. tapi Kak Intan ni main agak agak aje...hasil nya macam ni lah... sekejap ya Kak Intan cuba letak kan resepi yg Kak Intan guna kan..




Bahan2 nya: 
Ayam dipotong kecil dan digoreng jgn sampai gareng
3 urat kacang panjang dipotong
sedikit brocoli - direbus dgn sedikit garam dan sedikit minyak.
cili hijau dipotong
3 biji cili kering dipotong2 
bawang merah dimayang
bawang putih dimayang
sedikit halia dimayang halus kesemuanya
sedikit sos chili. kicap pekat, cili kering blender, gula ,garam dan 2 helai daun limau purut serta 2 batang serai dititik.

Caranya tumiskan bahan2 yg dimayang tadi bila naik baunya masukkan cili blender 2 sudu , goreng sampai naik baunya kemudian masukkan serai yg siap dititik, sos cili, kicap pekat dan juga daun limau purut biarkan sehingga naik baunya dan masukkan sedikit air, masukkan sedikit garam dan juga gula serta sos tiram, masukkan ayam , gaulkan hingga sebati , last masukkan cili kering, cili hijau yg dipotong serong kacang panjang, serta brocoli. Rasa garam dan gula nya dan angkat Sedap juga jika ditaburkan dengan gajus yg siap digoreng. Selamat mencuba =D Wassalam...

TEMPAHAN YANG SETERUSNYA.... PINK COLOUR











06 Mei 2013

SIAPKAN TEMPAHAN LAGI...LAMPSHADE ALA2 LOVELY LACE


Assalamualaikum,
Macam biasa, alhamdullilah tempahan untuk lampshade masih lagi diterima, kali ini yang inginkan lampshade ala ala yang dijual dikedai LOVELY LACE. Sebenar nya Kak Intan pun memang suka dengan bentuk lampshade kali ini. Tapi nak membuat nya agak susah sikit. Aduhai tarik sana tarik sini nak kasi dianya betul betul nampak cantek.
Kak Intan masih lagi menggunakan kain lace warna cream. Baru saja siap , harap harap tuan punya badan ni suka dengan apa yang Kak Intan dah buatkan. Ok lah nanti kita jumpa lagi ya dientry yang lain pula Wassalam....

MENYIAPKAN BARANG2 HANTARAN.

 Assalamualaikum...
Kelam kabut macam macam hal nak buat dalam minggu terakhir April lepas, antara nya nak siapkan barang barang hantaran ni. Apa macam ok tak? Kak Intan main belasah aje...janji ada bunga rose lepas tu warna nya pula warna kegemaran untuk yang nak dihantar kan tu. Nak kata pink tak juga pink nak kata maroon pun tak... ermmmm dusty pink kalau tak salah warna yang digunakan kali ni.

Kak Intan pun tak ada idea nak decor macam mana buat ikut rasa hati... ikhlas ni tau he...he... antara nya yang Kak Intan decor kasut dari GUESS,...fuhhhh bukan main tinggi kasut ni kalau Kak Intan yang pakai mau terpelecok rasa nya.

Choklat pun ada dari GODIVA..

Sesuai sangat kotak choklat tu yang warna gold digandingkan dengan bunga dusty pink tu kan.

Yang ini pula bekas cincin beserta duit sebagai syarat bertunang tu. Kak Intan pun main buat aje sebagaimana citarasa kehendak tuan punya badan yang bertunang tu.

Apa pun tuan badan sukadengan decor nya ni, alhamdulillah.

Seterusnya pula decor untuk buah buahan segar, Kak Intan gunakan buah anggur yang warna nya seakan akan sama dengan bunga hiasan nya tu.
Akhir sekali dekor untuk sepasang baju warna cream sebenar nya ni tapi tak nampak macam warna sebenar didalam gambar ni. Apapun syukur semua nya siap  didekor kan dalam masa 2 hari.Sebab hari seterus nya Sabtu sebelah pagi barang barang ni dibawa olih rombongan Cik Kiah ke JB pula , Alhamdulillah selesai semuanya sudah hanya menunggau hari pernikahan nya pula. Wassalam.

SERONOK BUAT FAUX CUP CAKE NI....


Assalamualaikum,
Aduhai dah lama nya tak update blog JARIINTAN KU ini... rasa makin sibuk sepanjang masa akhir akhir ini. Apa pun hari ni rasa macam ada sedikit masa untuk meletak entry entry yang dah lama tertunda. Salah satu nya ini ada lah projek Kak Intan dua minggu yang lepas, konon2 nya nak buat souviner untuk seorang rakan yang datang dari jauh, tak tahu apa nak bagi, jadi Kak Intan pun merajinkan diri untuk membuat faux cupcake ni Kak Intan main belasah aje tak ikut peraturan pun ekekeke...

Kak Intan cuma gunakan simen yang dah siap dibancuh yang biasa nya orang buat tampal2 simen dalam rumah tu.. menjadi juga kan... apa pun biar nampak cantek di pandang mata.
Atas nya Kak Intan guna bunga bunga yang biasa nya orang hiaskan untuk buat hantaran pengantin tu. Ok siap dah cup cake Kak Intan.... jangan berani cuba cuba nak gigit ya...naya je nanti patah gigi tu..Ok lah wassalam nanti kita jumpa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...