22 Ogos 2013

BERAYA DIRUMAH ZIEHELMY DI TAMPIN.



SERONOK BERAYA DITAMPIN.



Assalamualaikum,
Cerita hari raya tahun ni tak habis lagi. Ini kali pertama Kak Intan menyambut hari raya dirumah sendiri setelah hampir 30 tahun berkahwin.  Selalu nya setiap kali hari raya kami menyambut nya bersama sama keluarga dikampung atau pun disebelah keluarga mertua di Kuala Lumpur juga.... tapi kali ini setelah kedua2 orang tua kami tiada Kak Intan ambil keputusan nak cuba cuba beraya dirumah sendiri. Selesai solat sunat hari raya pagi tu dimasjid Wangsa Maju yang berdekatan dengan rumah kami sekeluarga mula nya berhari raya dirumah jiran sebelah. Yang paling dekat dengan rumah Kak Intan, kemudian kami semua siap siap packing barang dan pakaian menuju keselatan, mulanya kami singgah di Tampin iaitu Kg Repah, tempat tinggal anak saudara suami untuk bertemu dan beraya dengan kakak sulong sebelah suami.

Memang meriah kalau beraya dikampong ni kan, tak macam dibandar, seronok nya pun lain dari dibandar. Ini antara keluarga sebelah suami Kak Intan yang turut sama menyambut raya diTampin pada hari tu.


Sambil sambil tu posing sana posing sini ambil gambar dengan suasana kampong. Memang seronok, dari rumah anak saudara suami Kak Intan sekeluarga beraya pula dirumah sorang kenalan blogger geng masak masak dulu, nak tahu sapa nanti kita sambung lagi cerita nya ya... wassalam.

MASAK LEMAK CILIPADI TELOR ITEK + BUAH BELIMBING BULOH.


Assalamualaikum,
Cerita pasal masak memasak lagi, hari tu ada lah stok belimbing buloh punya la banyak dalam fridge Kak Intan tu, tak tau apa nak buat, ya ta iye nya, dekat rumah Kak Intan tu setiap malam Selasa ada Pasar Malam, Kak Intan pun cari lah telor itek, ni suami Kak Intan punya permintaan la ni katanya belimbing buloh tu buat masak lemak dengan telor itek memang the best lahhh. Alhamdulillah banyak juga telor itek malam tu senang nak dapat, tapi harga nya mak aiiiiiiihhhh malatop betullah..... sebiji sampai 80sen, nak buat macam mana beli ajer lah, dah permintaan kan, tak sampai hati pulak nya. Jadi kak Intan pun masakkan lah, resepinya? kejap ya...

Bahan bahan nya:-

10 biji telor itek
15 biji belimbing buloh ikut suka nak belah 2 pun bolih nak letak sebiji2 pun ok juga
15 biji cili api
sedikit kunyit hidup
beberapa biji bawang merah
Santan dari sebiji kelapa

 Caranya:

Telor itek dibersihkan dan ditoskan, kemudian dipecahkan kedalam mangkuk terlebih dahulu, takut2 nanti ada stok telor yg kurang elok, sediakan santan , blenderkan cili api, kunyit hidup, bawang merah. Masukkan kedalam periuk beserta santan yg diperah tadi, juga beberapa batang serai yg dititik terlebih dahulu. Masak sampai mendidih sambil santan tadi dikacau perlahan2 takut2 nanti pecah minyak pula dah mendidih masukkan telor itek sebiji sebiji sampai habis biarkan dalam 5 minit kemudian kacau perlahan2 supaya nampak bulat dan cantek. Bila telor itek nya dah betul2 masak, baru masukkan belimbing , biarkan dalam 5 minit kemudian barulah diangkat. Selamat mencuba, wassalam.

21 Ogos 2013

PUCUK PAKU GORENG BELACAN.


Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali dah lama tak update entry pasal masak memasak kan, dah hampir setengah bulan Syawal berlalu, dah jemu dengan menu menu ayam dan daging jadi hari ni Kak Intan kepasar tadi nampak la pucuk paku tinggal lagi 2 ikat. Cakap kat tauke kedai kat pasar tu, tak apa lah biar saya yang tolong habiskan pucuk paku ni, lagi pun dah lama tak masak sayur pucuk paku .
Balik rumah dah tak tau apa nak masak dengan pucuk paku ni tadi, nak buat kerabu kena ada kerang, kena ada kerisik baru sedapkan ia tak ya, masak je lah tumis belacan macam masak  kangkung goreng belacan tu.Ok settle dah satu menu sayur Kak Intan kali ni. Sedap tak sedap hanya tunggu komen orang yang makan nya tu nanti he...he... Ok lah sampai disini dulu ya. Wassalam.

09 Ogos 2013

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG JARIINTANKU.


Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat semua pengunjung JARIINTANKU BLOGSPOT .COM, terima kasih kerana tak jemu jemu singgah disini. Diam tak diam Ramadhan dah 2 hari melabuhkan tirai nya, bermakna dah 2 hari juga kita umat muslimin dan muslimat diseluruh dunia meraikan Aidilfitri. Apa pun mohon ribuan ampun dan maaf terlebih dahulu sekiranya ada salah silap terkasar bahasa melalui kata2 Kak Intan dilaman ini tanpa disedari.Aidilfitri kali ini Kak Intan dan keluarga menyambut secara sederhana segala persiapan nya.Apa yang Kak Intan sediakan ala kadar, kali ini juga buat pertama kali Kak Intan meraikan Aidilfitri dirumah sendiri diKuala Lumpur. Sejak awal pagi setelah selesai menyiapkan makanan untuk hidangan keluarga, Kak Intan bersiap pula keMasjid berdekatan dengan rumah untuk sama sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama sama suami dan juga anak anak. Balik dari masjid kami sekeluarga seperti biasa he...he... ada sessi fotografi sebagai kenangan setiap tahun, kalau nak tengok sebahagian dari sessi tu kat sini ada Kak Intan papar kan ...jummmm layannnnn... gambar gambar ni.

Gelagat Ezzat siap siap nak beraya kerumah jiran kami, sebelah rumah ajer...

Yang ini abang Ngah, dah stanby depan muka pintu nak kerumah jiran sebelah tu....
Dan akhir sekali Along...ada lagi yg tak betul, nak diperbetulkan ha...ha... ok layan dulu pic2 ni ya, sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri, wassalam dan selamat berhari raya.

01 Ogos 2013

SIAPKAN REBEN PUTIH DARI KAIN LINEN.

Assalamualaikum, 
Kali ni buat reben lagi siap kan reben ni untuk dipasangkan pada curtain Austrian blind untuk customer. Seronok pulak menyiapkan nya, kali ni Kak Intan guna kain linen untuk buat reben ni, wahhhh... rasa nya lebih sesuai dgn kain linen tu sebab senang dibentuk. Lepas ni kena beli kain linen lebih sikit untuk buat reben , tapi tu lahhhh.... kalau nama nya pun dah linen harga nya pun lebih la sikit kan he...he... ok jum sambung kerja kat dapor tuuuu he..he.. wassalam jumpa lagi dientry akan datang.

TERGODA DGN CARA DIORANG NI MENGHIAS ....


Assalamualaikum, 
Salam pagi Jumaat, macam biasa, sambil menunggu mesin basuh buat kerja didapor tu Kak Intan cuci mata di Google melihat gambar gambar yg cantek cantek dari blog Minah Salleh ni, bukan nya apa seronok melayan mata dengan dekorasi bilik tidor diorang. Kak Intan memang minat sangat dengan cara diorang ni menyusun atur perabut2 diorang dalam bilik tidor mengikut warna tema masing masing, kalau tak percaya jum belek satu persatu gambar diorang ni kan... tambah2 gambar kat atas tu dengan tema pink.

Tapi kebanyakkan bilik diorang ni menggunakan warna putih / cream, memang sesuai lah rasa nya tambah pula tempat tu tempat untuk kita semua beristirehat, mesti nak nampak bersih kan.

Kuning ni pun cantek juga, sebab nampak luas lagi bilik ni... corak bunga yg dia gunakan pun cantek halus ajer tak nampak sangat bercelaru nya, tapi tengok gambar dibawah ni memang buat Kak Intan gatal kepala he...he... suka sangat, menenangkan warna nya. So apa lagi jummmm... he...he.. kita decor bilik kita pulak lepas ni..jummmm
Ok, sampai disini dulu ya... nak siapkan kerja2 didapor pulak he...he... dah dapat semangat dekor rumah dah ni bila tengok gambar2 ni tadi. Jumpa lagi wassalam semua, selamat berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...