16 Mei 2014

DIMAJLIS PERKAHWINAN ANAK YANG OTHMAN AIR KROH MELAKA.

 Assalamualaikum, 
Kita bertemu kembali dipetang Jumaat yang mulia ini. Nak story sikit tentang majlis perkahwinan Azfar dan pasangan nya Siti Aishah, anak kepada rakan FB Yang Othman diAirKroh Melaka , minggu lepas. Bukan main meriah majlis nya, tahniah buat Kak Yang dan suami kerana dapat menantu yg comel. dan kepada pasaangan pengantin Kak Intan ucapkan selamat pengantin baru moga moga kekal hingga akhir hayat dan rumah tangga diberkati Allah dunia dan akhirat.

Pengantin cantek pelamin nya pun sama cantek, sempat juga menepong tawar pasangan pengantin bersama sama suami. Terima kasih Kak Yang dan Abang Cha mengundang kami kemajlis bersejarah tersebut, makanan pun alhamdulillah sedap sedap semua nya terutama tapai pulutnya...muahhhhh....teringat sampai sekarang punyalah manis nya.

 
Dimajlis itu juga sempat bertemu dengan rakan rakan FB dari Singapura, iaitu Suriyani Sulaiman sekeluarga dan juga Kak Kamaliah Idrus juga keluarga. Alhamdulillah setiap kali ada majlis macam ni pabila diundang kami semestinya menghadirkan diri kiranya ada peluang.

Tak lupa juga Kak Hidyah Yusof juga suami isteri turut hadir. Alhamdulillah sebenar nya kami dah lama tak bersua, maklumlah masing masing sibuk dengan tugas masing masing jadi bila sesekali bertemu, apa lagi semestinya ambil peluang posing sana posing sini.
Ok sampai disini dulu cerita kali ini, nanti kita sambung cerita dientry lain pula, insyaallah, wassalam jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...