18 Mei 2014

TUKAR WARNA BIRU..UNTUK BILIK BUJANG.

  Assalamualaikum,
Dah lama tak buat aktiviti yang satu ni, macam macam yg dah dirancangkan untuk ditukar, bukan nya nak beli baru pun cuma nak buat makeover jer tau. Kali ini nak cuba tukar kewarna biru pula cadang nya didalam bilik anak bujang Kak Intan tu. Mula mula sekali kenalah makeover lampu lampu dalam nya tu dulu. Teringin nak guna corak gingham biru putih ni, sesuai tak?

Mula nya nya ini kaki lilin , tengak terfikir kalau dijadikan ala ala lampshade pun chantek juga kan cuma kena pandai pasangkan wayar dan juga ubahsuai tempat letak lilin tu jadikan ianya tempat mentol nya ajer... cantek juga kan.


Lepas tu lampu dinding ni pun Kak Intan dah siap tukarkan, dulu cover nya tu kaca warna ala ala kekuning2kan , nampak macam ganjil pulak nya, cuba cuba pasangkan cover yang ini, alhamdulillah pulak nya...ngammmmm lahhh...


So habis semua lampu dinding ni Kak Intan tukar kan, yang ini cuma satu jer cover nya... ehehhh selesai dah tugas Kak Intan hari ni untuk lampu dinding... beralih pula kesatu lagi lampshade . Kebetulan cover nya pun ada extra satu lagi, cepat2 Kak Intan koyakkan sarung yg lama tu warna choklat dan tukar kan juga kewarna biru putih ni... alhamdulillah selamat semuanya warna dah ditukar kebiru putih, lepas ni nak kena tukar cadar nya pula...

Okey lah sampai disini dulu yer, nanti kita sambungkan pula apa cadar sesuai untuk bilik bujang ni lepas ni... sampai jumpa dientry akan datang wassalam.

1 ulasan:

  1. Salam kak intan,

    Ida pun suka warna putih kat rumah cuma tukar langsir,cadar dan kusyen ja color.cantik nye cover lampshade biru tu...kak intan ni rajin betul

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...