15 Januari 2015

LAMA MENYEPI DENGAN TEMPAHAN.


 Assalamualaikum,
Kalau ada yang bertanya kenapa blog sepi selama beberapa bulan ini? Ini lah jawapan nya, sibuk dengan jahitan dan tempahan, alhamdulillah rezeki Kak Intan sepanjang tahun nampak nya... bersyukur sangat sangat dengan kurniaan Allah SWT ini. Gambar diatas tempahan dari Chinta Amani antara nya. Kali ini curtain Austrian Blind mendapat tempahan paling banyak dari  rakan rakan alam maya.

 
Begitu juga dengan sarong stool seperti diatas, juga mendapat banyak tempahan. Terima kasih tempahan dari kawan kawan alam maya ini. dan gambar yang dibawah ini pula adalah dari rumah Julia Othman. Julia banyak membuat tempahan dengan Kak Intan dalam 2-3 tahun ini dan merupakan regular customer Kak Intan.


Warna hijau adalah lah warna yang banyak mendapat perhatian sepanjang 2014, begitu juga dengan warna biru dan murah. Kebanyakkan tempahan adalah dari rakan rakan group yang sama minat dengan English Country.


Terima kasih Ju sebab selalu buat tempahan dengan Kak Intan yer..

Warna merah juga dapat perhatian yang sama macam warna hijau juga... apa pun pada rakan rakan semua yang membuat tempahan dengan Kak Intan terima kasih banyak banyak Kak Intan ucapkan. Jum sama sama kita menghias kediaman kita dengan citarasa masing masing.

PENGHUJUNG 2014 PERTEMUAN BERSAMA SAMA BEKAS PELAJAR SMSA 1974 - 1978


 Assalamualaikum ,
Dah 16 January 2015 hari ini, lama betul blog ni duk berehat, selamat bertemu kembali didunia blog, apa khabar agak nya kengkawan kita semua... moga moga semuanya sihat walafiat dan ceria ceria selalu. Sesungguhnya 2014 yang lalu banyak meninggalkan kenangan suka duka dalam diri Kak Intan sendiri. Apa pun Kak Intan nak kongsikan yang suka suka terlebih dahulu disini, yang paling mengembirakan hati Kak Intan bila dapat bertemu semula dengan kawan kawan lama zaman sekolah dahulu. Dulunya kami sama sama belajar diSekolah Menengah Sultan Abdullah Chenderong Balai Teluk Intan Perak. Disini kami bermula dari tahun 1974 sehingga lah 1978. Selepas sahaja menduduki peperiksaan SPM kami tidak lagi pernah berhubung antara satu sama lain, ye lah zaman tu mana ada handphone, Fb dan sebagainya seperti zaman sekarang ini.

Pada 25 Disember 2014, setelah lebih 36 tahun membawa diri masing masing bersama sama kerjaya dan juga keluarga yang disayangi, dalam satu majlis sederhana yang diaturkan olih beberapa rakan rakan kami berkumpul dan bertemu kembali disebuah dewan khas Anson Hotel Teluk Intan, Perak. Lebih kurang 50 bekas pelajar SMSA 1974 - 1978 hadir pada hari tersebut. Tak terkira rasa nya betapa gembira nya hati kami waktu itu, bayangkan lah ada beberapa orang rakan yang Kak Intan sendiri dah lupa raut wajah mereka , diwaktu zaman sekolah berbanding hari itu. Minta maaf banyak banyak pada kawankawan tersebut, bukan sengaja melupakan tapi mungkin faktor usia.. he....he... apa pn syukur alhamdulillah kita dah dipertemukan semula.

Penuh didewan diAnson Hotel petang tu, ada yang membawa keluarga masing masing, paling seronok dan mengembirakan bila masing masing mengenalkan keluarga masing masing , yang dah ada 12 orang cucu, maklumlah berkahwin diusia yang muda memang lah cepat bercucu nya kan, tambah pula kalau anak yang sulong tu perempuan, selalu nya cepat bertemu jodoh kannnn...

 Bila dah berjumpa tu faham faham ajer lah macam macam yang dibualkan, masa yg panjang pun terasa pendek dan suntuk. Lepas satu topik satu topik yang kami bualkan, dari pekerjaan, keluarga, dan berbagai bagai macam lagi.


Ada antara kami yang datang pada hari tersebut nun jauh dari sebelah Utara Semenanjung begitu juga dari sebelah Selatan...maklumlah hari tersebut masing masing bercuti sempena sambutan perayaan Krismas dan juga ramai yang menghabiskan cuti hujung tahun.


Dihari tersebut sambil sambil berbual mesra kami juga dihidangkan dengan jamuan hi tea, terima kasih pada rakan kami yang bertungkus lumus mengendalikan majlis ini dengan jaya nya. Dua orang rakan yang terlibat dengan penyediaan ini ialah En Saaidin Mat Jam dan juga En Ariffin Zakaria, kedua dua nya bertugas sebagai seorang Guru dikawasan Teluk Intan ini.


Gambar diatas Sharifuddin Abd Razak, Hindun Samsuri, Dan juga Fatimah Hj Mokhtadi.


Selesai acara minum petang lebih kurang jam 6  kami masing masing beransur untuk pulang kerumah sebelum tu apa lagi alau bukan acara snap sana snap sini he...he.. dalam gambar diatas, dari kiri Shaari Ibas, Saaidin Mat Jam, Rahmat, Muad Musa, Mohamed Zainudin, Solihin Ibrahim Abdul Ismail Hanapiah dan yg berbaju biru tu Mat Robiai Samsuri.


Ha..ha... ini sessi perbualan yang tak habis habis sebelum balik kerumah masing masing.


Antara beberapa orang bekas pelajar perempuan,Jauhariah, Kak Intan, Hindun Samsuri, Norawa Abd Rahman, Taharah Mohamed, Sharifah Rodiah Ali dan juga yg lelaki tu adalah kawan yang mengusahakan pertemuan kami kali ini, iaitu Tuan Haji Ayob Shafii.


Ini lah seorang lagi rakan kami yang berusaha mencari kawan kawan untuk dipertemukan semula iaitu Tuan Haji Ibrahim Abdul (kemeja putih) bersama rakan yang sering membuat kan kami ketawa En Nasir Sahlan.

Sebagaimana biasa sebelum pulang kami semua merakam kan kenangan terindah ini bersama. Semoga kita dapat bertemu kembali, dilain hari, dilain waktu dilain tempat dan semoga kawan kawan kita diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dan juga moga hidup kalian diberkati Allah dunia dan akhirat. Aminnnnnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...