04 Januari 2013

BERTAMBAH LAGI KOLEKSI YG LAMA2..

Assalamualaikum....
Jumpa lagi ya...nak share sebahagian dari koleksi lama lama yang Kak Intan dapat dipenghujung 2012 tempohari. Tapi agak sedih sikit sebab teko ni sompek sikit dibahagian atas nya..apa pun ianya tak jadi masaalah sebab bila ditutup teko ni kecacatannya ini tak la nampak he..he...ok apa pun terima kasih pada yang memberi nya. Insyaallah Kak Intan akan jaga sebaik mungkin...
Sampai jumpa lagi dilain entry... wassalam...

TEA SET LAMA DAN MENU YG LAMA2 JUGA..

Assalamualaikum,
Selamat petang, dah minum petang ?...apa agak nya menu petang ni? Kak Intan  hari ni duk tayang menu lama dengan tea set yang lama2 juga. Ok la kan sepadan dah ni. Tea set lama dengan bunga rose hitam tu Kak Intan dapat dari kampong hari tu... kebetulan masa balik kampong Kak Intan singgah kerumah kakak yang no 3...ternampak dalam almari lama nya set ni dah tak berpakai lagi...cuba cuba la buka mulut kalau kalau ada rezeki...alhamdulillah memang rezeki Kak Intan, tapi Kak Intan belikan kakak Kak Intan dengan tea set yang baru pula...seronok sangat dia dapat set tu.
Apam tu pula Kak Intan beli aje sebab Kak Intan sorang aje yang suka kuih2 lama ni ..anak anak memang diorang tak minat..Ok layan dulu ye gambar Kak Intan ni.. wassala..sampai jumpa lagi

KEMAS2 RUMAH SAMBUT TAHUN BARU....

Assalamualaikum,
Selamat tengahari... apa khabar kawan kawan blogger semua, dah lama Kak Intan tak update entry baru diblog Jariintan ku ini, aentah apa busy sangat sejak akhir akhir ini, untk itu tak terlalu lambat rasa nya Kak Intan nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013, moga kehidupan kita semua lebih baik dari yang lepas2. Tak ada apa yang nak dikongsikan kali ini cuma masa nak sambut tahun baru hari tu Kak Intan habiskan masa kemas2 semula rumah. mana yang tak mustahak kak Intan keluarkan dari ruang yang tak sebesar mana ini.
Apa pun alhamdulillah, bersyukur sangat sangat dengan apa yang ada setakat ini, rasa nya untuk masa masa yang seterusnya Kak Intan dah semat kan dihati tak nak lagi beli barang barang yang tak bermanafaat untuk dijadikan koleksi Kak Intan . Cukuplah mana yang ada setakat ini..betul tak? he..he...
Kata suami Kak Intan kalau nak beli pun tunggulah sampai dah tak bolih guna baru beli yang baru...betuk tu setuju sesangat Kak Intan dengan apa yang suami Kak Intan cakap...he..he... ok lah sampai disini dulu catatan pertama Kak Intan ditahun 2013 ini...sampai jumpa lagi dilain entry wassalam.

26 Disember 2012

Assalamualaikum,
Dah lama tak updated kesini, apa khabar semua? Pada yang selalu singgah keJariintanku terima kasih banyak banyak ya. Sekiranya ada pertanyaan2 yang lambat dijawab mohon ampun dan maaf insyaallah nanti Kak Intan akan cuba menjawab nya. 
Wassalam jumpa lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...