05 Oktober 2015

PERJUMPAAN KAWAN KAWAN YANG BERMINAT DENGAN DEKOR DEKOR.

Assalamualaikum semua pembaca blog Jariintanku blogspot.com.my, pada 20 September yang lepas dapat juga kami berkumpul sekejap diFlora Cafe Ampwalk dari jam 3-6 petang sambil berkenal mesra dan menjamu selera dengan rakan rakan yang berminat dengan dekor dekor. 


Pada mula nya ramai juga yang ingin turut menyertai, tapi memandangkan waktu itu hari penghabisan cuti sekolah dan juga masing masing sibuk dengan program keluarga masing masing  maka lebih kurang 20 orang yang turut menyertai nya. Walau pun kedatangan tidak berapa ramai tapi alhamdulillah majlis agak meriah dengan diselangselikan beberapa acara carpet merah, muzik chair, exchange gift serta karaoke. Tak apa insyaallah dilain kali kita adakan lagi ditempat yang lain pula dalam suasana berbeza. Apa pun terima kasih banyak banyak kepada  Hanny Home Deco yang menjadi penaja dalam majlis tersebut, Kak Hidayah Yusoff yang menjadi Pengacara Majlis dan keletah nya banyak memeriahkan majlis tersebut. Kepada pihak Flora Cafe Ampwalk terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap sedap. Sampai jumpa lagi dilain catitan assalamualaikum... 

DIUSIA INI.

 Alhamdulillah dah pun menjangkau 54 tahun pada 21hb September yang lepas, bersyukur sangat sangat kerana masih sihat dan dipanjangkan usia dalam waktu waktu begini. Kak Intan juga bersyukur kerana dikurniakan dianugerahkan keluarga suami dan anak anak yang banyak membantu Kak Intan dalam tugas tugas seharian begitu juga dengan menantu.

Terima kasih kepada kawan kawan yang mengirimkan ucapan melalui SMS, PM diFacebook dan juga Whatsapp, terima kasih juga mendoakan yang baik baik untuk kesihatan Kak Intan serta keluarga. Hanya Allah SWT yang akan membalas doa anda semuanya itu.
Untuk suami dan juga anak menantu terima kasih sekali lagi dengan kek ni dan juga belanja makan ditempat yang agak special malam tu...Terima kasih sekali lagi...semoga rezeki suami serta anak anak serta menantu juga bertambah murah, dan semoga Allah juga memberikan kita semua kesihatan yang baik sepanjang kehidupan kita. Aminnnnnnn.... wassalam dan jumpa lagi...

17 Ogos 2015

BERTEMU DENGAN CIKGU SITI KHADIJAH, DIHOTEL SRI PETALING...

 Assalamualaikum,
Sebelum ni dah jumpa kawan kawan sekolah yang dah 37 tahun kami tak pernah berjumpa, kali ni kami bertemu pula dengan guru kesayangan kami zaman sekolah Kak Intan dulu. Guu ni dulu mengajar kami subject Ilmu Alam, terkenal dengan kegarangan nya dan juga cubitan "mesra " nya membuatkan pelajar pelajar lelaki sedikit fobia he...he.. Cikgu yang Kak Intan maksudkan ialah Puan Siti Khadijah.

 
Majlis berlansung diRoom V, Hotel Sri Petaling, Puan Khadijah ditemani suami dan anak bongsunya...agak syahdu diawal pertemuan kami petang itu. Apa tidak nya habis sahaja persekolahan kami semua diSMK Sultan Abdullah kami tak pernah bertemu lagi. Sama juga macam dengan kawan kawan setelah 37 baru bertemu semula, terima kasih atas usaha Tuan Pengerusi kami untuk menemukan semula Puan Siti Khadijah dengan sebahagian daripada anak anak murid nya ini.

Walaupun dah berpencen, Cikgu Khadijah nampak sihat walafiat lagi, masih bertenaga diusia lebih 60 tahun waktu ini. Apa pun syukur alhamdulillah diusia begini dapat juga kita bertemu lagi kan cikgu...


Puan Siti Khadijah hari tu datang diiringi suami nya yang juga seorang guru pencen.

 
Sedikit cenderahati sebagai kenangan buat Cikgu yang kami sayangi. Cenderahati disampaikan olih Tuan Pengerusi kami saudara Tuan Hj Ibrahim Abdul.


Sebelum itu Puan Khadijah memberikan sedikit ucapan alualuan dan juga cerita kisah silam kami semasa dia mengajar kami 37 tahun yg lepas.



Sambil sambil makan kami juga beramah mesra , dan juga kembali mengenali antara satu sama lain , maklumlah dulu zaman sekolah muka lain...bila dah mengjangkau usia 6 siris ni muka juga berubah he..he...


Masing masing mengambil peluang terutama nya bekas pelajar lelaki, yg mana dulu diorang ni cukup takut bila Puan Khadijah masuk kekelas untuk mengajar Ilmu Alam.

Sebelum bersurai kami semua sempat bergambar beramai ramai.... entah bila akan bertemu kembali ... ok Kak Intan pun nak off line dulu sehingga bertemu kembali assalamualaikum..

MAJLIS PERJUMPAAN SANTAI AIDILFITRI 2015 DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN BEKAS MURID SMSA 74-78.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat kita bertemu lgi buat kesekian kalinya lagi diwaktu ini. Bila ada kelapangan Kak Intan cuba untuk  memenuhi ruang blog Kak Intan ini. Hari Raya Aidilfitri 2015 telah pun berlalu beberapa hari yang lepas jadi ruang untuk berblog pun agak selesa sekarang ini, maklumlah selalu nya agak sibuk sikit dengan kerja kerja rumah yang tak pernah habis habis.


Sempena Aidilfitri yang baru lepas ada kenangan yang tak akan Kak Intan lupakan sebenar nya, kenangan bersama sama rakan rakan sekolah yang hampir 37 tahun kami  tinggalkan , pada 3 Syawal bersamaan dengan 19 hb Julai 2015 kami seramai 80 orang bertemu kembali disekolah tempat kami sama sama belajar dulu iaitu diSMK Sultan Abdullah Chenderong Balai, Teluk Intan Perak. Berbulan bulan juga Tuan Pengerusi dan juga Setiausaha kami membuat perancangan untuk mengumpulkan rakan rakan kami ini, kami ada lah pelajar pelajar dari tahun 1974 hingga 1978. Berkat usaha bersama kami bertemu juga pada hari tersebut dalam suasana yang santai dan meriah.

Majlis tersebut dimulakan dengan kedatangan Tuan Pengerusi kami saudara Ibrahim bin Abdul, 
dan kemudian nya Dato Ibrahim Katop untuk merasmikan majlis tersebut seterusnya merasmikan mesyuarat agung pertama bekas bekas pelajar 74-78. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ada juga rakan rakan yang tidak dapat hadir dihari tersebut disaat saat akhir nya dengan hal hal yang tak dapat dielakkan, tapi insyaallah dengan tertubuh nya persatuan ini nanti akan ada lagi majlis majlis seperti ini diadakan. Mungkin ada kengkawan yang lain juga yang masih belum mendaftar dalam persatuan ini nanti  berpeluang turut sama meraikan majlis  seterusnya yang akan diadakan.

Buat pertama kali nya inilah barisan AJK yang dilantik buat pertama kali nya, yang mana kebanyakkan nya juga ada lah AJK Penaja sebelum ini. Alhamdulillah sekali lagi moga ukhwah kita berpanjangan sampai bila bila. Ok sampai disini dulu nanti kita jumpa lagi assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...