skip to main |
skip to sidebar
Salam,
Jumpa lagi dalam entry menu yang Kak Intan masak beberapa hari yang lepas sebagai dessert. Kali ini Kak Intan masak puding kelapa segera, dari jenama NONA. Memang senang sangat nak buat puding ni. Kata kawan Kak Intan , pejam mata pun bolih buat he...he..jangan pejam2 mata, kelain nanti jadinya..
Dah biasa beli puding segera ni. Nak buat nya sekejap sahaja...setiap kotak tu hanya perlukan 2 cawan air yang dipanaskan dalam periuk kecil... bila air nya panas sikit masukkan serbuk nya kedalam periuk tersebut, kacau sampai serbuk tu larut dan mendidih, angkat kemudian sejukkan, dah siap untuk dihidangkan sekejap saja kan.
Rasanya pun bolih tahan, sesiapa nak mencuba pun bolih,kat sini Kak Intan ada sertakan contoh kotak PUDING KELAPA NONA ni. Uikkkk...macam buat iklan la Kak Intan ni, tak de lahhh...saje je nak share share mana yang bolih kita kongsikan ya...ok sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini..salammm dan jumpa lagi dientry seterusnya.
Salam.
Selamat pagi dan jumpa lagi dientry Kak Intan kali ini. Sambil sambil tu rasanya ada yang tengah bersarapan pagi....apa lah agaknya sarapan anda semua pepagi nihhhh?..... Kak Intan dah jamu perut dengan semangkok kecil nasi goreng..alhamdulillah. Kali ini nak bercerita tentang perjumpaan Kak Intan dengan Echa dan Zah diRestoren Full House lagi. Sebenarnya dah lama diorang ni buat perancangan tapi seringkali tak menjadi..maklumlah masing masing ada sahaja urusan nya. Jadi tangguh punya tangguh Sabtu lepas baru lah kami dapat berkumpul. Echa ni ada sebab nak jumpa Kak Intan, masa mula2 Kak Intan buat gathering diFullhouse dulu sepatutnya dia hadir tapi atas sebab sebab tertentu dia terpaksa cancel last minit. Duit dah bayar semua,cuma doorgift Kak Intan belum serahkan lagi...
Inilah dia Echa (yg sebelah kiri ni), sorang lagi ni kawan baik Echa dan juga jiran Echa...Zah Daud nama nya.Diorang datang berdua dari Putra Height kerumah Kak Intan dan terus ke Fullhouse. Kata Echa dia sendiri tak tau dimana kedudukkan Fullhouse jadi minta tolong Kak Intan tunjukkan...
Antara lain yang datang lagi hari tu ialah Lidya (baju hitam-duduk tengah2 ni) dan juga Sharifah Zaidah (yg berdiri bertongkat dagu tu)
Ini lah antara desert yang Echa order untuk kami makan...choklat brownies dan vanilla ice cream, serta ice lemon tea yg Kak Intan order sendiri...adus...sedap memang sedap Echa..tapi tak tau lah berapa kilo Kak Intan naik badan petang tu he..he.....thanks Echa..
Menu utama petang tu mee kari...weiii ...memang sedap..tapi tengok lah mangkuk nya tu (kata kawan Kak Intan bolih buat basuh muka besarnya)...nak mengabiskan semangkuk tu pun bolih tahan....dari mula duduk , belum tentu bolih habis, sampailah masa beredar nak pulang..
Tak cukup dessert kat Full house, Lidya juga bawa cheese tart untuk kami petang tu. Lidya ni seorang yg rajin memasak, sambil sambil tu dia juga buat bisnes kuih muih ni..tiap kali kami bertemu ada saja buah tangan dari dia. Semoga Lidya murah rezeki dan bertambah maju dalam bisnes ya....
Karipap ni juga buah tangan dari Lidya,petang tu banyak bawa stok karipap ni sebab ada antara kami yg order untuk dibuat stok dirumah masing masing. Selain dari karipap Lidya juga buat mee kuning, sesiapa nak order mee kuning tanpa bahan pengawit bolih la order dari dia..
Paling Kak Intan suka ialah fruit tart ni...ishhh ...rasanya semua sedap sedap la Lidya. tak ada yang tak sedap...he..he..dah makan kat situ dapat pula masing masing bawa balik buah tangan sorang sikit.
Apa pun terima kasih banyak banyak pada kawan kawan semua pada hari itu. Selain berkenal kenalan dapat juga rezeki dibawa pulang. Pada Echa terima kasih juga kerana sponsor kami makan pada petang tu...dah la makan percuma siap jemput dan hantar Kak Intan balik lagi. Alhamdulillah..Kak Intan sekali lagi mendoakan Echa sekeluarga dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bisnes yang dijalankan.Pada kawan kawan yang lain begitu juga, semoga tali persahabatan kita berpanjangan sampai bila bila hendaknya ..aminnn. Salam dan jumpa lagi dilain entry.
Salam,
Semalam dalam hujan lebat petang, perut terasa lapar sangat tak tahu nak makan apa, tiba tiba teringat bancuhan kacang dhal yang masih banyak lagi tersimpan dalam peti ais. Bancuhan ni masik elok lagi , Kak Intan buat beberapa hari yang lepas. Resepinya Kak Intan dapat dari kawan kawan diFacebook. Terima kasih kepada kawan kawan semua yang memberikan tunjuk ajar. He.he..ada yang kata senang je...memang pun senang tapi nak bagi tambah sedap tu yang Kak Intan nak tau sebenarnya.
Kalau nak cuba resepi yang Kak Intan gunakan bolih juga, jum tengok apa yang Kak Intan letak:-
Bahan bahan nya:-
Kacang dhal direndam, kemudian Kak Intan blender, dan tapis toskan airnya
Bawang besar dipotong dadu
Cili hijau/cili merah dipotong nipis
Cili padi- sebab Kak Intan nak tambah pedas
Daun kari dipotong halus
cili powder
sedikit garam
sedikit tepong beras
sedikit rempah jintan manis, jintan kasar,ketumbar (mmg sentiasa ada dalam simpanan Kak Intan siap goreng dan diblender halus.
Caranya :-
Gaul semua bahan bahan tadi masukkan semuanya kedalam kacang Dhal yg dah diblender tadi, bila semuanya sudah sebati, bentukkan bulat2 dan leperkan sedikit. Goreng dalam minyak panas sehingga warnanya keemasan.Angkat dan bolih lah dibuat minum petang ....selamat mencuba. Salam
Salam,
Ini menu yang entah bila Kak Intan masak , dah lupa dah, rasanya dalam seminggu yang lepas. Menu yang sesuai kalau dimakan untuk orang orang yang kurang berselera nak makan nasi atau pun baru baik dari demam juga sesuai. Rsepi nya Kak Intan dapat dari jiran belakang rumah.Kak Intan memang suka sangat dengan menu ni. Nak cuba buat tak? Kejap ya Kak Intan letak resepinya...mana tahu bolih juga cuba masak hujung minggu nanti kan...
Bahan bahan nya:-
Untuk sup nya-
Udang basah
Ayam yang dipotong kecil atau pun tulang rangka ayam pun sedap
Serai dimayang-diblender
bawang besar-diblender
Bawang putih diblender
Cili api- jangan banyak sangat ya..-diblender
Halia- dititik
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit susu cair
Sedikit fish ball dibelah 2
Sedikit fish cake dipotong potong
Sayur bunga kobis, baby corn, carrot yg dipotong nipis
daun sup dimayang halus
Garam
Sedikit gula
Caranya :-
Tumis rempah2 kulit kayu manis,cengkih, bunga lawang dan juga buat pelaga. Bila naik baunya masukkan pula bahan bahan yang diblender tadi kedalam periuk tadi tumiskan sehingga betul2 garing dan masak masukkan ayam atau tulang2 ayam, masukkan juga air sebanyak mana ianya diperlukan . Bila mendidih masuk kan fish ball dan juga fish cake , susu cair , garam dan juga sedikit gula kedalam nya letakkan juga halia yang telah dititik bersama sama dengan serai masakkan sehingga mendidih lagi ..akhir sekali masukkan udang basah tadi.Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi. Rasa masam masin manis nya sebelum diangkat. Bolih juga dihidangkan bersama dengan meehoon atau juga mee kuning ..taburkan diatasnya dengan bawang goreng cili potong dan juga daun sup yang telah dimayang...salam dan selamat mencuba.