21 Oktober 2014

TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN DISIAPKAN.


Assalamualaikum,
Sementara mata belum mengantuk malam ni Kak Intan kongsikan lagi kerja kerja yang Kak Intan siapkan selama ini dan agak membuatkan hari hari Kak Intan sibuk siang dan malam, antaranya Kak Intan menyiapkan tempahan tempahan dari kawan kawan yang sama sama minat dengan dengan dekorasi ala English Country. Antara temphan yang banyak Kak Intan terima kali ini ialah sarung stool, langsir dan juga beberapa  barang barang lagi mengikut kehendak pelanggan.


Langsir dapor merupakan tempahan paling banyak kali ini yang menggunakan corak gingham , dari berbagai warna, paling banyak tempahan adalah bewarna merah / putih dan juga hijau /putih, begitu juga dengan sarung stool. Alhamdulillah rezeki Kak Intan kali ini agaknya.



Inilah antara salah satu langsir dapor yang telah Kak Intan siapkan - terima kasih banyak banyak Nazlin kerana sudi membuat tempahan dengan Kak Intan yer.


Langsir ini pula dari rumah Mastura, warna sebenarnya ialah warna maroon tapi bila dah diambilkan gambar nyanampak macam warna choklat la pula...terima kasih juga buat  Mastura.


Selain dari langsir dan juga sarung stool ada juga tempahan alas meja, samaada alas meja bulat dan juga empat segi panjang sebagaimana tempahan Zainura Idrus dari Terengganu .


Terima kasih Zainura dengan tempahan 2 helai alas meja ni yer, kedua duanya bewarna hijau/putih antara warna warna yang banyak mendapat tempahan.


Sarung stool yang ini pula agak panjang sikit (labuh) memandangkan kerusi nya agak tinggi , jadi adalah sesuai jika skirt nya dilabuh kan sikit kan..... tempahan dari Ann Idrus.

 Ini pula stool yang memang banyak digunakan dirumah rumah terutama nya yang punya anak anak yang sedang membesar, stool plastik dari IKEA... terima kasih Julia Othman yang juga membuat tempahan sebelum hari raya yang lepas lagi.
 Kali ini pula tempahan dari Jamilah Jidin dari teluk Intan Perak bersekali dengan sebuah bakul
apalah Jamilah nak isi dengan bakul tu nanti yer he...he...

Gambar yang terakhir ni tempahan daripada Noralailee Hamzah, Alor Star Kedah, terima kasih juga pada Laili yang selalu membuat tempahan dari Kak Intan. Inilah antara gambar gambar tempahan yang dapat Kak Intan siapkan untuk kawan kawan yang sama minat dari group dekor ala English Country

Ok nanti kalau ada cerita cerita lain yang bolih kita kongsikan , Kak Intan akan ceritakan lagi yer, jumpa lagi dilain entry...wassalam

MAJLIS REUNION YANG SANGAT BERMAKNA.



  Assalamualaikum, 
Alhamdulillah dapat berjumpa lagi diblog yang dah lama tak diupdate, ishhhh memang lama sungguhlahhh kali ni..entah kenapa sejak akhir akhir ni masa agak terhad, mengalahkan orang yang bekerja dipejabat pulaknya kan. Walhal duduk dirumah ajer menguruskan rumah yang tak sebesar mana pun. Dalam pada tu Kak Intan nak kongsikan lah majlis pertemuan dengan kawan kawan lama zaman sekolah dulu iaitu dari SMKSA Chenderong Balai Teluk Intan (SPM 1978-1979).Seronok sangat dapat bertemu dengan kawan kawan lama kali ni, lebih menyeronokan dapat bersua kembali dengan Guru Besar zaman Kak Intan bersekolah dulu dan paling seronok guru yang pernah mengajar kami zaman sekolah rendah juga dapat hadir sama.

 Walau pun dalam keadaan kurang sihat dan bertenaga bekas Guru Besar kami dulu Encik Yahya Othman dan isterinya Puan Azizah gigih datang meluangkan masa nya dengan ditemani olih dua orang lagi cikgu cikgu yang pernah mengajar kami satu masa dahulu. Terima kasih banyak banyak buat cikgu cikgu semua yang sudi datang.

Majlis kali ini diadakan diHotel Quality City Center, terima kasih juga kepada kawan kawan yang berusaha dan bekerja keras menemukan kawan kawan semua terutama kepada En Yusoff Saad yang begitu gigih untuk menjaya kan nya serta mencari penaja untuk majlis tersebut.



Dimalam tersebut Menteri Pengajian Tinggi YB En Kamalanathan  telah merasmikan nya...dan majlis pada malam tersebut juga akan dikenang sehingga bila bila... ermmmm ok sampai disini dulu nanti kita kongsikan cerita yang lain pula..wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...