skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat menjani ibadah puasa disepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga puasa kita lebih baik hari ini dari yang lepas ya. Semalam 11 Ogos 2011 Kak Intan telah diundang menjadi tetamu dalam rancangan WANITA HARI INI diTV3. Terima kasih banyak2 pada penerbit dan crew2 WHI yang menjayakan rancangan tersebut, gugup, gigil semuanya ada dalam diri Kak Intan semalam, almaklumlah tak biasa dengan kamera besar besar distudio tersebut...dah tu ianya dibuat secara LIVE pulak nya, he...he.... apa pun alhamdulillah dah pun selesai semuanya. Jum tengok antara gambar2 yang sempat Kak Intan ambil semalam....
Waktu ini sewaktu bersiaran secara lansung di WHI jan 12.45 tengahari...adoiii...gugup nya tak terkata....Allah saja yang Maha Memngetahui hati Kak Intan didalam ni tau...tapi Kak Intan cuba juga nak nampak kan rasa selesa. Tak tau lah penonton WHI perasan ke tidak. Tapi berterima asih juga pada pengacara WHI berdua tu iaitu Fiza dan Azura... kerana keramahan mereka menjadikan Kak Intan rasa sedikit selesa he..he..
Sambil berborak sambil buat demo..
Dah selesai semuanya sempat juga bergambar dengan dua adik2 pengacara yang manis manis ni, Azura dan Fiza..
Sebelum on air, bersiap siap dulu makeupkan basikal ni, bersama suami, alhamdulillah suami adalah penyokong dan pemberi semangat buat Kak Intan yang setia selama ini.. apa pun yang Kak Intan buat dia restui.
Sikecik Zahara Danisya yang Kak Intan bawa seronok dilayan olih pengacara Azura
Zara dibilek menunggu..excited bila tengok TV kat situ he..he... biasalah budak budak kan
Disaat akhir nak keudara kena buat apa yang patut...
Salah satu barang yang Kak Intan bawa kestudio ialah basikal kecil anak anak yang dicat semula untuk dijadikan tempat meletak pokok2 bunga untuk menghias hadapan rumah sempena nak menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan, jumpa lagi dilain entry, wassalam