skip to main |
skip to sidebar

Salam semuanya....pepagi tadi Kakintan jalan jalan la kat "rumah" kawan kawan disini.Bila patah balik masuk "rumah" Kakintan sendiri terus Kakintan nampak mesej dari sorang kawan Kakintan yang sorang ni...jauh tu..dari Jepun. Sebelum ni Kakintan ada baca kat blog dia katanya nak pindah ke dua rumah baru...tapi Kakintan masa tu agak "blur" sikit, tak faham apa yang dia maksud kan, bila baca lagi sekali baru la faham. Hari ni masa kerumah maya nya dia kasi pulak "door gift"...jadi Kakintan pun cepat cepatlah ambil dan gantung kat sini...Terima kasih ya Ros.....cantek doorgift ni....sapa sapa yang nak bolih la pergi ke"rumahnya" tu ya....O.k layan dulu gambar tu ya....lepas tu bolih la melawat rumah baru Ros...
Salam buat semua pengunjung disini....terlebih dahulu Kakintan nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Apa azam ditahun baru nanti?...Kakintan tak menyimpan apa apa azam baru pun....cumanya nak teruskan azam yang belum lagi termakbul ditahun tahun yang lepas he..he.... Selain daripada tu juga 2009 banyak meninggalkan kisah kisah sedih kehilangan insan insan yang Kakintan sayangi. Ada juga cerita cerita gembira yang tersemat dihati Kakintan serta keluarga...O.k sekali lagi Kakintan ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010, semoga dengan kedatangan tahun baru ini, hidup kita serta keluarga diberkati olih Nya. Amin....
O
Salam semua dan selamat pagi ...rasanya dalam seminggu dua ni Kakintan asyik buat kerja kerja melapis je kan....seronok keluar masuk kat blog Kak Hanieliza mencuba resepi resepi kueh mueh dia..kali ni cuba kuih lapis ni pula...ok layan dulu gambar ni ya...Kakintan letak resepi kemudian..apa apa pun Kakintann siapkan kerja kerja mendobi dulu ya....dah siap nanti Kakintan letak resepinya disini..ok....salammmm
Bahan bahan :-
1 setengah cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong beras
2 sudu besar tepong kastad/jagong
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
secubit garam
pewarna merah dan hijau
Caranya...
Camporkan kesemua bahan bahan tersebut kecuali pewarna.
Kacau hingga betul betul sebati. Kemudian tapiskan supaya tidak ada yang bergentel. Bahagikan kepada 3 bahagian.Letakkan pewarna masing masing dengan warna hijau, merah dan sebahagian lagi dibiarkan berwarna asal iaitu putih. Panaskan pengukus, sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan aduanan sebanyak sesenduk , kukuskan lebih kurang 5 minit, masukkan pula lapisan kedua secara berselang seli warnanya sehingga habis. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu, barulah dipotong. Selamat mencuba..ok...
O.k tak door gift yang Kakintan cuba cuba reka ni...tak bolih tunjuk banyak banyak, sebab nampak macam tak berapa cantek ?...tunjuk sikit sikit je dulu ye...nanti dah siap sepenohnya Kakintan tayang kiri kanan depan belakang he...he.....
Ok kalau nak komen silalah tinggalkan mesej ya..Oh ya door gift ni untuk majlis naik buaian Baby Zara.....bye....

Sebenarnya ini bukannya menu baru..dah lupa bila Kakintan buat he...he...cuma baru hari ni Kakintan nak letak kat sini. Rasanya adalah dua tiga minggu yang sudah Kakintan masak...tapi tak apa lah jum tengo apa bahan bahan yang Kakintan gunakan:-
Mee kuning- dicelur sekejap
Telur yang direbus
Tahu yang digoreng dan dipotong potong..
Cili hijau /cili api dipotong potong
Daun sup.-dimayang
Bawang goreng untuk ditabur.
Untuk kuahnya:-
2 ketul ubi keledek sederhana besarnya direbus dan dilecek halus
100 gram udang kering diblender
sedikit cili kering- dikisar
2 sudu rempah kari
6 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih- dikisar
200 daging direbus dan dipotong
sedikit garam dan lada sulah
sedikit gula...sedap juga kalau gunakan gula melaka
Air
Caranya:-
Panaskan minyak, kita tumiskan bahan bahan yang dikisar tadi, masukkan rempah kari , biarkan ianya masak sehingga naik baunya kemudian masukan air daging kita merebusnya tadi. Bila mendidih kita masukkan ubi keledek yang siap dilecek, garam gula lada sulah/lada putih dan daging yang telah dipotong potong tadi. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat, bila betul betul masak angkat. Untuk menyediakan nya...mee yg siap dicelur tadi kita letakkan dalam bekas dan taburkan dengan bawang goring , daun sup yang dimayang, cili hijau/cili api yang dipotong, tahu goring, dan curahkan dengan kuahnya...ermmmmm ok siap untuk dimakan....
Salam kepada semua pengunjung blog Kakintan........yang berugama Islam muslimin dan muslimat...esok kita sama sama berada pada hari 10 Muharram 1431 Hijrah, atau juga disebut sebagai hari Assyura. Sebagaimana yang kita semua ketahui setiap 10 Muharram kita disunatkan berpuasa pada tersebut.
Banyak kelebihan yang kita dapat dengan mengerjakan puasa pada hari tersebut...Insyaallah kepada yang dapat mengerjakan puasa...marilah sesama kita melakukan nya secara ikhlas kerana Allah SWT....kepada yang tidak dapat melakukan nya..insyaallah mungkin ditahun depan jika dipanjangkan umur kita dapat sama sama mengerjakan nya.Rasanya ramai juga diantara kita yang akan memasak bubur Asyura nanti kan.....ok...setakat ini dulu buat kali ini salammmmm ....... buat semua...
Pada pagi 17hb, Disember. pagi pagi lagi "geng Mak cik Kantin" dah ada di BERJAYA TIME SQUARE Kuala Lumpur untuk menyaksikan anak masing masing dalam pertandingan DRUMLINE BATTLE. Ianya diadakan didepan bangunan shopping kompleks tersebut. Antara negara negara yang menyertainya pada hari tersebut ialah dari Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Dari negara Singapura dan Cambodia juga ada, tapi mereka tidak bertanding ...cuma jadi pemerhati sahaja...samalah juga macam geng "Makcik Kantin" he...he.....
Dalam gambar ni kelihatan pasukkan dari VICCB sedang menunggu perlawanan dimulakan...mereka dipasangkan bersama pasukkan dari Thailand, kedua dua pasukkan ni sama sama kuat....
Yang berbaju merah ini pula dari pasukan KLDC (KUALA LUMPUR DRUM CORP), yang mana sebahagian dari para pesertanya adalah bekas pelajar VICCB juga. Pasangan yang digandingkan juga adalah peserta dari Thailand, mereka juga adalah pasangan yang serasi sejak tahun lepas lagi, tetapi Thailand tetap memegang title juara.
Dalam banyak banyak pasukan inilah pasukkan yang pelajar pelajar nya paling cun....kesemuanya datang dari Hong Kong...Jee ambil kesempatan bergambar bersama sama dengan mereka...
Pasukan KLDC bergambar setelah tamat pertandingan, JS MUSIC adalah sponsor mereka.
Pasukkan VICCB juga tidak ketinggalan bergambar dengan pasukkan lawan mereka dari Thailand.
He...he...tetiba geng "Mak cik Kantin " ni teringin juga mengabadikan kenangan bersama sama para juri pada hari tersebut...
Yang ni pula antara Mak Cik kantin yang ada pada hari tersebut, ada juga yang bawa anak anak masing hari tu...
Dah penat posing sana posing sini...kami pun isi perut kat restoren seberang jalan tu...he..he...Teh..thanks banyak banyak ya...belanja kami makan dan minum..ok...layan la gambar gambar ni dulu...salammmmmmmmmmm...