Assalamualaikum, Selamat pagi geng blogger, apa khabar semua? Pagi ni sambil sambil mengemas rumah dapat mesej dari sorang kawan diFB..dia bagitahu Kak Intan suruh beli majallah ni...alahai ... sambil sambil turun kepasar tadi En.Hubby pun tolong belikan...ermmm... dah dimuatkan pun gambar nya... terima kasih banyak banyak pada crew dari Karangkraft yang datang beberapa bulan yg lepas, apa pun rumah Kak Intan tak la sehebat mana pun... banyak lagi rumah2 orang lain yang cantek cantek untuk dimuatkan disitu.. hanya sekadar berkongsi idea masing masing dalam menghias kediaman .
Ok...sampai disini dulu, kita jumpa dilain entry, wassalam.
Assalamualaikum... Bersua lagi dipetang hari Isnin ini.. apa khabar semua geng blogger? Moga moga sihat selalu ya.... Jum tengok projek Kak Intan baru baru ni.... tak tahu nak buat apa cuba lah recycle balik bahan bahan yang bakal nak dibuang balik ni...tetiba dapat idea balik...sayang nak buang kita pakai semula dengan tambah la apa yang patut pada penyepit langsir ni.. Kali ini penyepit nya ni dibuat daripada besi...kat atasnya tu asalnya ada gambar rama rama...memang tak bolih nak letak la kat curtain tu kalau dah ada gambar gambar yang berbentuk patong binatang ni....tak elok dan dikatakan malaikat tak masok kedalam rumah2 yang mempunyai patung patung binatang.
Jadi Kak Intan tanggalkan patung rama rama tu dan Kak Intan tampalkan dengan bunga bunga tiruan dan juga sedikit juntaian manik manik yang menaikan lagi sedikit seri nya...lepas ni bolih la kepit sana kepit sini he...he... Pada sesiapa yang ada sepit curtain macam ni jangan lah dibuang kalau dah jemu memakainya...kita tambahkan sahaja apa yang patut supaya bolih diguna pakai lagi ...ok...sampai disini dulu, kita jumpa dientry yang seterusnya, wassalam..
Assalamualaikum, Susah nya nya nak letak entry kali ni... nak menunggukan gambar nya berjam jam baru dapat tapi tak apa tengok je la dulu gambar yg ada ni... masa ni kami semua diMenara KL,Kak Intan bersama sama dengan beberapa orang kawan2 masa bersekolah dulu. Sebenar nya pada malam tu kami semua nak bersua dengan En Ahmad Yusof Tarmuji...dah lebih 30 tahun kami tak berjumpa...bila dah jumpa masing2 dah masuk separuh abad. Layan dulu gambar yang ada ni, nanti ada masa mengizinkan Kak Intan letak gambar yang lain pula...ok wassalam...
Assalamualaikum, Selamat bertemu kembali, petang tadi balik dari Subang Jaya, cuaca agak panas terik. Nak makan pun kurang berselera..sambil sambil tu Kak Intan buat roti poket, seperti resepi yang ada yang Kak Intan pernah buat sebelum ni. Lebihan dari roti yang dibuat roti poket tu Kak Intan buatkan pulak puding roti ni cuma ianya Kak Intan warnakan dan buboh warna yang sesuai seperti buah tembikai, kemudian biji2 tembikai ni Kak Intan gunakan kismis yg Kak Intan taburkan diatas nya. Inilah hasilnya puding roti yang Kak Intan jadikan seperti buah tembikai, cuma acuan nya sahaja tak seperti buah tembikai, Ok ... sapa sapa nak cuba bolih mencubanya seperti membuat puding roti cuma tambahkan warna warni nya seperti buah tembikai..insyaallah mesti menjadi punya kan..ada yang nak resepi? Ok lah Kak Intan letak disini ya...jum tengok..
Masak agar2 serbuk dengan gula dengan 2 cawan air. Blenderkan susu cair dengan roti dan juga sebiji telor +kan esen vanilla, bila agar2 dan gula tadi sudah hancor masokkan bahan2 yg diblender tadi, masak sehingga mendidih. Masokkan sedikit puding yg telah masak tadi dalam 2 senduk dan masukkan pewarna hijau, kacau sebati dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Bila agak beku masukkan pula lagi 2 senduk puding bewarna asal dan bila beku lapisan kedua ini masukkan puding selebihnya dan campurkan dengan pewarna merah kemudian taburkan pula dengan biji2 kismis diatasnya, sejukkan dalam peti ais, Ok, selamat mencuba, wassalammmm...
Assalamualaikum, Jumpa lagi dientry seterus nya. Kali ni nak kongsikan apa yang Kak Intan tengok sebelum ni disatu blog MINAH SALLEH, kemudian nampak pula Kak Yon buat tayangan nya kat sini http://kakrose.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-ke-ikea.html...lagi lah melonjak lonjak nak mendapatkan nya... Malam tadi bila sibujang balik dari kerja ..lepas makan ajak dia keIKEA sekejap semata mata nak dapat kan pasu ni dan nak tengok sendiri macam mana rupanya yang sebenar, kecil ke besar ke? ..Sebab apa Kak Intan minat sangat dengan pasu ni...sebab nya ialah kat tepi bahagian atas nya tu nampak macam lace. Lain dari pasu yang ada dalam rumah Kak Intan ni. Satu lagi sebab nya ialah warna nya putih...nak letak apa warna pun sesuai...dan ianya diperbuat dari zing..ok la kan kalau letak tinggi tinggi pun jatuh tak la pecah he...he... Pasu ni pun bolih letak apa saja kalau tak nak letak bunga didalam nya, memang sesuai sangat apa saja kalau kita nak kan kelainan..Ok lah dah dapat pun ..oooh ye...harga pun berpatutan lah rasa nya dalam $11.90 satu... Sesiapa yang berhajat nak beli bolih lah cuci mata kat IKEA sana, cuci poket sekali kalau dah berkenan..ok sampai disini dulu, jumpa lagi lain entry, wassalam.
Assalamualaikum, Selamat pagi semua, dah sarapan ke pagi ni? Sarapan apa ekkk?...ni Kak Intan sarapan pagi dengan meehon goreng je, minum pagi dengan teh o panas. Pagi ni rajin sikit letak entry sambil sambil menunggu mesin basuh buat kerja, cepat cepat letak entry tu kat sini... Ok...layan dulu pic sarapan pagi Kak Intan ni...jumpa lagi lain waktu bersama entry yang baru, wassalam
Assalamualakum, Selamat petang, dan selamat bertemu kembali, apa khabar semua?...Mungkin sibuk kan layan anak anak yang sedang bercuti sekolah ni atau pun bercuti kemana mana membawa anak anak keluar daerah buat seketika. Apa pun Kak Intan nak share menu yg Kak Intan masak tengahari tadi...tak lah pelik sangat cuma sambal tumis sotong , dah lama tak buat sambal tumis ni sebab tak bolih makan selalu. Semua ahli keluarga agak alergik dengan seafood. Tapi kalau dah teringin sangat masak dan makan juga lah...nak buat macam mana, kalau dah sakit bolih cari ubat nya he...he....ok lah layan dulu pic ni..wassalam.Jumpa lagi dilain entry.