23 Mac 2010

BEKAS MENYIMPAN TELOR YG CANTEK....

Salam semuanya....Kali ni Kakintan sebenarnya nak mengucapkan terima kasih kepada Azlina dari Manjung kerana telah melaksanakan tempahan Kakintan tempohari. Seperkara lagi terima kasih banyak banyak sebab tempahan tu begitu comel sekali dan ianya dihantar sendiri byhand olih Azlina dan suami, malang nya rezeki tiada untuk kita berjumpa...tak apa di lain kali mungkin ada rezeki ya.
Azlina, malam tadi Kakintan dah ambil rumah telor tersebut dari Ida Cottage. Kakintan dan suami merempit sekejap dengan motor untuk berjumpa Ida di Taman Sri Rampai he...he....nanti kalau dah ditampal tampal tu mesti tambah cun kan Azlina....sekarang ni Kakintan tengah fikir fikir kat mana pulak rumah telor ni nak parking....ok kalau dah siap decal dan parking nanti Kakintan buat tayangan kat sini lagi ya...sekali lagi terima kasih banyak banyak pada Azlina dan suami kerana bersusah payah dengan tempahan ini ya....tunggukan bankin dari Kakintan ya...Salam...




22 Mac 2010

MENU SEMALAM

Salam dan selamat pagi.....cerah nya cuaca pepagi hari ni...Kakintan baru je nak letak menu semalam pada N3 hari ini....antara nya ialah agar agar laici berlapis....sedap dimakan dalam cuaca yang panas macam sekarang ni...resipi nya Kakintan main buboh je asal sedap pada citarasa sendiri he..he....
Untuk lauk tengahari semalam Kakintan masak kari daging dicampur dengan ubi kentang. Adalah menu sampingan lain macam ikan goreng, dan juga paling wajib sambal belacan ulam timun...yang dimakan bersama nasi putih.....

Ok sekian dulu catatan Kakintan pagi ni,ni tengah berfikir apa pulak menu untuk hari ni. Hari hari tak ada benda lain yang difikirkan ialah apakah hidangan yang akan dimasak untuk hidangan seisi keluarga. Ok salam & bye...bye...






21 Mac 2010

NASI PUTIH PADPRIK AYAM...

Salam semuanya dan selamat sejahtera pada yang berkunjung kesini. Selamat berhujungminggu juga Kakintan ucapkan. Mesti ramai yang berjalan jalan bersama sama keluarga dihujung hujung minggu begini. Kakintan pula tak kemana mana petang ni....mulanya bercadang nak keluar juga kepusat membeli belah yang berdekatan, tapi baru bersiap handphone berbunyi..sister in law kata nak datang bersama sama dengan anak dan menantunya, jadi Kakintan pun membatalkan rancangan..he..he... bukan selalu diorang datang kan..
Pepagi tadi Kakintan dah masak awal awal lagi, masakkan yang ringkas ringkas je , tu dianya nasi putih, dipadankan dengan padprik ayam, ulam timun. Selain tu Kakintan juga buat telur dadar. Ya lah kan konon2nya nak keluar window shopping tapi tak kesampaian...tak apa lah lain kali bolih pergi. Ok layan dulu menu ringkas Kakintan untuk hari ni ya...salam & bye....bye....

20 Mac 2010

BERTEMU GENG FACEBOOK, ......



Salam semua pengujung pengunjung blog Kakintan ini, apa khabar semua? Selamat berhujung minggu pada anda semua dan mana yang bertugas pada hari ini, selamat menjalankan tugas tugas anda semua. Kepada yang bercuti lagi selamat bercuti. Semalam Kakintan masih lagi memenuhi jemputan kahwin beberapa orang anak anak rakan kenalan sekitar Kuala Lumpur ini. Antaranya Kakintan kemajlis perkahwinan Norzila & Nazrin diPusat Komuniti Taman Ibukota, Gombak. Dimajlis tersebut Kakintan bertemu kawan kawan dari "geng Face book" iaitu Kak Sapiah dan juga Teh Saadiah. Kedua pengantin tersebut bertugas di Dubai...alhamdulillah majlis berlansung sederhana tapi meriah. Makanan yang disediakan juga sedap sedap, tapi Kakintan kurang layan nasi beriani nya, sebaliknya Kakintan ambil rojak, cendul, goreng pisang dan juga goreng keledek.

Inilah dia geng dari Facebook iaitu Teh Saadiah dari Bukit Indah Ampang dan juga Kak Sapiah dari Setapak juga. Lepas sahaja kami makan makan dimajlis tersebut, kami sepakat untuk kePWTC untuk melihat Pesta Buku disitu. Kami pergi satu kereta sahaja...memandangkan kesulitan untuk meletak kereta dikawasan itu, tentunya pengunjung nya ramai masaalah parking kereta akan berlaku.Disitu mulanya kami kegerai Karangkraf, apa lagi yang dicari kalau bukan buku buku yang berunsurkan kraftangan, masakkan dan juga novel novel. Kakintan sendiri suka dengan buku buku kraftangan seperti crosstich, decoupage, seni menjahit manik manik dan juga pelbagai jenis masakkan.

Teh Saadiah ni sibuk dengan buku buku masakkan, seperti kek dan juga kuih muih memandang kan Teh kini baru memulakan perniagaan dalam kuih muih basah dan juga cupcake. Lepas satu rak kesatu rak kami pergi....Kak Sapiah ni pula berminat dengan membaca novel novel...lepas satu ,satu novel yang dibeleknya akhir nya novel karya Norzailina Nordin yang menjadi pilihan. Dapat juga bertemu dengan Puan Norzailina ni sambil tu dapat juga tandatangan darinya dari pembelian buku2 novel yang ditulisnya.
Teh (berbaju choklat ) dan Kak Sapiah..... belek jangan tak belek he..he.. memang leka kami bertiga dibuatnya. Itu baru gerai Karangkraf sahaja belum lagi kegerai gerai lain.
Antara buku buku yang menjadi perhatian Kakintan dan kawan kawan. Lama juga kami disitu, sampai hampir jam 7 petang baru kami bertolak pulang kerumah masing masing.Itu pun hati masih belum puas, kerana masih banyak lagi gerai gerai yang belum kami lawati. Ok lah setakat ini dulu yang dapat Kakintan cerita kan tentang aktiviti Kakintan pada hari Sabtu semalam...salam dan bye.....bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...