05 April 2010

JUM KITA JELAJAH BLOG BEN ASHAARI...

Salam semua dan selamat malam, dah dinner ke?...he...he...sambil sambil mengadap pc/lappy tu jum join Kakintan kita menjelajah blog kawan kawan kita yang lain. Kali ini memang lain dari yang lain N3 Kakintan ini... sebab ajak kawan kawan menjelajah blog orang lain. Orang yang memulakan program jelajah blog ini ialah BEN ASHAARI. Kalau nak tau siapa BEN ASHAARI anda semua bolih lah melawat website nya dilink ini:- http://www.benashaari.com/ ,Kakintan mula mula sekali tahu tentang blog BEN ASHAARI ialah dengan berkunjung keblog MAT GEBU, bermula dari situlah Kakintan mengetahuinya. Setakat ini apa yang Kakintan ketahui BEN ini adalah seorang kakitangan kerajaan (kalau salah minta maaf ya BEN), sudah berumah tangga, tapi masih belum mempunyai anak.
Sekiranya anda semua ingin kan mendapat kan berita berita semasa bolih lah masuk kewebsitenya itu. BEN ini apa yang Kakintan ketahui juga dari pembacaan dilaman blog nya seorang yang tak bolih berpisah dengan lappy nya tau. Kemana saja dia pergi ada sahaja N3 yang diupdatenya waktu tu, seperkara lagi setiap kali dia meletakan N3 baru kadang kadang Kakintan tengok bolih mencapai sehingga 15 N3... aduhai rajin nya dia..apa sahaja aktiviti seharian dan dimana ianya berlaku pasti ada tercatit disitu....memang tak ubah seperti sebuah diary .Ok lah..... sekiranya anda semua ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi silalah masuk kewebsite BEN tau....macam macam cerita ada disitu... Kak Intan out dulu, salam buat semua yang berkunjung kesini....

04 April 2010

CEKODOK UDANG / MASAK LEMAK CILI API IKAN SENANGIN..

Salam... ini menu masakkan minggu lepas, yang baru Kakintan sempat kongsikan disini... menunya tak lah sesedap mana pun hanyalah menu biasa biasa sahaja, tetapi yang menjadi kegemaran seisi keluarga... buat cekodok udang ni untuk minum petang...masa tu hujan turun dengan lebatnya, wahhh.. perut pun mula lah lapar kan...tak tau nak makan apa Kakintan pun buat cekodok udang ini...makan nya dicicah dengan sos cili Thai... air nya Kakintan sediakan kopi o... ngam le dah tu kan....

Pada sebelah tengahari nya sebelum tu Kakintan masakkan lauk permintaan En.Hubby... biasa lah kalau dah nama nya orang Minangkabau... peberet nya mesti lah masak lemak cili padi. Hari tu hubby kepasar dan ikan senangin yang menjadi pilihan dia.... tak kisah la tu, apa pun permintaan nya memang Kakintan masakan, walau pun kadang kadang benda tu Kakintan tak pandai makan ...contoh nya masak lemak jering yang dicampur dengan pucuk ubi...yang Kakintan tak makan tu jering nya...tapi pucuk ubi nya Kakintan makan... sedapkan kalau lauk lauk dan sayur sayur kampong ni.. mesti tak tolak punya... he..he....
Ok lah layan la dulu gambar kedua dua menu yang Kakintan masak minggu lepas ni ya... Salam & bye... bye....

AWARD DARI NENEK (FEEZA)


Salam semua pengunjung blog Kakintan ini dah 2 hari Kakintan tidak menjengok ke sini. Banyak kerja kerja yang terpaksa Kakintan selesaikan terlebih dahulu dalam waktu waktu tersebut. Tengahari tadi sewaktu mebuka semula blog ini....ternampak lah satu mesej dari Feeza..NENEK UNIQUE COLLECTION (http://fiza848.blogspot.com/) datang keblog nya untuk mendapatkan award tiara yang cantek menawan ini. Feeza suruh pilih yang mana satu, tapi Kakintan pula dengan "tamak" nya pergi angkut kedua dua nya...he..he.....macam mana tak datang angkut kan Feeza sebab kedua2nya cantek2 belaka...bukan nya senang nak dapat tu...... seingat Kakintan, Kakintan dapat pakai tiara ni pun sewaktu dihari perkahwinan Kakintan 27 tahun yang lepas.. itu pun tak lah secantek tiara yang Feeza kasi ni...

Apa apa pun terima kasih Kakintan nak ucapkan kepada Feeza.... dengan pemberian ini ya... rasa seronok sangat... Kepada pengunjung blog Kakintan bolih la berkunjung ke blog Feeza dilink yang telah Kakintan sediakan diatas tu. Sebenarnya Feeza ni , melalui laman blognya yang selalu Kakintan singgah adalah seorang surirumah seperti Kakintan juga...tetapi paling mengkagumkan Kakintan ialah beliau seorang yang mahir dalam kerja kerja menjahit manik...
Kalau tak percaya...bolih la masuk ke laman web nya itu...setiap kali Kakintan kesitu pastinya rasa terpegun. Entah bila ....sesekali nak juga merasa hasil kraftangan Feeza ni.. Insyaallah ya Feeza nanti Kakintan akan hantar pakaian yang akan Kakintan inginkan untuk dijahit dengan manik manik tersebut, biasa lah kan Feeza... orang perempuan macam kita pantang nampak benda benda cantek tak sikit banyak mesti nak juga. Ok...sampai disini dulu catatan Kakintan buat petang ini... salam buat semua yang berkunjung.

01 April 2010

AWARD LAGI....

Salam semua nya.... dah breakfast ke?...mungkin awal pagi lagikan ramai yang masih belum bersarapan... Kakintan juga masih belum bersarapan lagi. Selalunya awal awal pagi begini, selesai sahaja melakukan tugas tugas yang sepatutnya Kakintan akan mengadap pc ni dulu. Perkara pertama yang Kakintan cari adalah berita dari surat khabar.... pagi ni agak mengejutkan juga bila Kakintan baca berita tentang pemergian DJ Radio DIN BERAMBOI....setelah sakit beberapa hari yang lepas...takziah Kakintan ucapkan kepada ahli keluarga beliau dan alfatihah jua buat arwah. Selalu nya Kakintan ada masa nya tumpang ketawa bila mendengar celoteh celoteh beliau bersama Aznil diRadio Era. Kini semuanya sudah berlalu dan yang tinggal hanya kenangan....

Dalam pada itu, bila buka pula blog sendiri terpandang pula satu mesej di SM box, suroh Kakintan datang mengambil AWARD dari blognya... award ini Kakintan terima daripada En.Kerull (http://qasehsufi.blogspot.com/)...wahhh best nya dapat cincin berlian tu yang diikat bersama emas putih...anugerah yang mahal.... terima kasih banyak banyak pada En. Kerull. Kakintan rasa terharu dan seronok sangat sebab dapat penghargaan yang sebegini daripada rakan rakan blogger dialam cyber ini. Semoga ianya mengeratkan lagi tali persahabatan sesama kita. Ok ...sekian dulu catatan Kakintan pagi Jumaat yang mulia ini..salammm dan bye...bye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...