09 April 2010

NI BETUL BETUL MENGANGKUT NAMA NYA NI....

Salam semuanya,apa khabar kepada yang datang berkujung kesini...N3 Kakintan kali ini ialah aktiviti mengangkut award pemberian kawan kawan lagi. ... Sambil sambil tu dapat juga Kakintan buat jelajah blog kepada 2 orang pemberi award ini..(maaf Ben Ashaari, sebab Kakintan dah 2 hari tak letak N3 tentang jelajah blog ni) Ok lah...pemberi award yang pertama ini ialah Sheila (NShafea Dunia Ku- http://nshafea.blogspot.com). Sheila ni seorang yang rajin masak memasak dan juga punya minat yang sama dengan Kakintan dalam bidang hias rumah. Kakintan pernah bersua dengan nya pertama kali diAmcorp Mall beberapa bulan yang lepas. Orang nya kecil molek dan peramah. Kalau nak tengok apa yang selalu Sheila masak bolih la melawat ke website Sheila seperti mana yang Kakintan catatkan diatas tu.
Pada Sheila terima kasih Kakintan ucapkan dengan pemberian award tu.... dah lengkap satu badan rasanya award award yang diterima ....apa tidak nya, ada cincin, ada tiara, dan Sheila pulak bagi rantai dan loket pula tu...he...he....
Award yang seterus nya ini pula Kakintan angkut dari blog Keluarga Airuti (http://keluargairuti.blogspot.com) - atau pun nama sebenarnya Hamsiah Junid.... sapa tak kenal dengan Ham kan...kami ni pula dah selalu berjumpa. Ham seorang ibu punya 4 anak 1 lelaki dan 3 perempuan, berkerjaya dan tinggal diCheras Kuala Lumpur. Ham juga secara kebetulan sekampong dengan Kakintan diTeluk Intan Perak. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi bolih la berkunjung keblog dia, link nya telah pun Kakintan sertakan diatas tu. Ham...terima kasih kasi award serba kuning ni.. cantek la....lain kali kalau letak rose sebakul lagi laju Kakintan mengangkut nya tau...he..he...O.k la sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini.... jumpa lagi..salammmmmm.... & bye.. bye..

06 April 2010

SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN VICCB.

Salam kepada semua yang berkunjung keblog Kakintan, N3 kali ini Kakintan ingin berkongsi cerita tentang apa yang terjadi pada hari Ahad lepas, dimana berlakunya sambutan majlis ulang tahun yang ke100 VICCB (Victoria Institution Cadet Corp Band) -Brassband diSEKOLAH MENENGAH VICTORIA iaitu tempat dimana anak Kakintan bersekolah sekarang dan juga dia salah seorang daripada anggota brassband tersebut. Selama hampir 2 bulan lebih usaha untuk mengadakan majlis ini dijalankan olih VICCB Band Booster yang terdiri dari para guru sekolah dan juga ibu bapa murid murid yang terlibat dalam brassband tersebut...
Inilah barisan Band Booster yang terlibat dalam mengadakan majlis makan malam yang diadakan pada tarikh tersebut iaitu 4April 2010. Hampir setiap 2 kali seminggu mesyuarat diadakan dibilik Gerakkan sekolah VI pada sebelah malam. Antara yang terlibat dalam mesyuarat itu Kakintan dan juga En.Hubby
Alhamdulillah majlis tersebut selamat dijalankan diFlaminggo Hotel Ballroom, semua 50 buah meja dapat dijual, kerana disamping majlis itu kami juga mengadakan kutipan dana untuk tabung VICCB. Antaranya ialah dengan mengadakan lelongan setem kenang kenangan 100 tahun VICCB dan juga menjual meja meja makan malam tersebut dengan harga $10k, $5k, $2.5k dan juga $1.5k.
Ahli ahli VICCB sedang mengiringi kedatangan VIP yang merasmikan majlis pada malam tersebut iaitu KSU kepada TPM yang sepatutnya merasmikan nya tapi terpaksa membatalkan nya kerana bertolak keParis pada malam tu atas urusan negara.
Didalam gambar ini juga kelihatan kedatangan bekas bekas pelajar yang pernah menganggotai VICCB satu masa dahulu, terima kasih kami ucapkan dengan kehadiran mereka semua kerana sama sama meraikan majlis makan malam tersebut.
Didalam kedua dua gambar ini murid murid sedang mengadakan persembahan mereka. Antara yang mengadakan persembahan tersebut ada juga bekas bekas pelajar yang telah meninggalkan VI tapi masih aktiv didalam VICCB.
Ermmmm.... inilah antara dua orang yang sama sama aktiv dalam VICCB Band Booster...Puan Zalihah Datuk Khalid dan juga Cikgu Norhayati...
Yang ini pula sebahagian daripada hadiah yang diberikan untuk acara lucky draw, banyak lagi sebenarnya tapi gambar ni yang ada dalam simpanan Kakintan
Sebiji kek yang dibuat olih Puan Sharifah Talha untuk dilelong dan diteka beratnya, acara memotong kek juga dijalan kan sebagai mengingati 100 tahun usia VICCB ini. Tahniah kepada 2 orang yang telah berjaya meneka berat kek ini.
Ini antara warna warna kad jemputan yang digunakan mengikut harga meja yang dijual. Kakintan akan simpan kad kad ini semua sebagai koleksi untuk diingati olih anak Kakintan suatu hari nanti
Akhir sekali buku program juga Kakintan akan jadikan nya sebahagian dari koleksi tersebut. Sebenarnya Kakintan rasa bertuah sebab, semasa sambutan 100 tahun VICCB ini anak Kakintan terlibat sama waktu itu. Bukan senang untuk mendapatkan detik detik bersejarah waktu sebegini dan bukan nya senang sesebuah kumpulan brassband dapat bertahan dalam usia sebegini.
Sebab itulah setiap barang yang ada dalam sambutan majlis tersebut akan Kakintan simpan dan jaga sebagai koleksi yang berharga buat Kakintan sekeluarga. Ada juga barang barang lain yang Kakintan tak sempat untuk diambil gambarnya seperti shawl dan juga saputangan. Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat kali ini. Dilain N3 kita bersua lagi... Salam dan bye... bye...

MENJELAJAH KEBLOG CAPTAIN BUKKHARI..

Salam dan selamat pagi.... kali ini program jelajah blog...Kakintan ingin memperkenalkan blog Captain Bukkhari..(http://resepirahsiaku.blogspot.com/) atau nama lainya RESEPI RAHSIA KU, seperti yang tertera diatas ruangan blog nya itu.
Pada Kakintan setiap kali memasuki blog Captain ini kita dihidangkan dengan bacaan ayat ayat suci dari surah Al-Mulk... terasa ketenangan apabila mendengar bacaan yang dipersembahkan olih Misyari Rashid ini. Banyak faedah dan info info yang berguna apabila memasuki blog tersebut, kerana Captain lebih banyak berkisar tentang hukum hakam agama Islam dan juga berita berita semasa didalam dan diluar negara. Selain daripada itu ada juga tip tips mengenai kesihatan diri dan juga tentang keluarga nya... memang seronok dan tidak membosankan. Kalau anda tak percaya cuba klik kelink nya itu... O.k sekian dulu coretan Kakintan dipagi hari Rabu ini..ok salammmm dan bye...bye...

05 April 2010

OLE OLE DARI SANMAWIA....

Salam dan selamat petang kepada pengunjung Jari Intanku ini.... N3 Kakintan kali ini tak ada cerita pasal menu, sebalik nya tentang ole ole yang Kakintan terima dari Sanmawia. Sanmawia ni sebenarnya salah seorang rakan blogger Kakintan, belum pernah lagi bersua muka dengan nya, cuma selalu tegur menegur diSM box masing masing. Ada juga kami berbual melalui panggilan talipon. Entah bila la akan bersua muka dengan San ni... teringin sangat nak bertemu dengan nya...
Beberapa minggu yang lepas mulanya Kakintan mendapat panggilan talipon dari dia bagi tau Kakintan katanya ada ole ole yang dibeli dari Langkawi untuk Kakintan. Agak terperanjat bila dengar kata kata San tu... sebab kami ni dah la tak pernah bertemu, tetiba dapat cenderamata pulak . Rasa macam tak percaya je dibuatnya.Kebetulan masa tu Kakintan terlalu sibuk dengan beberapa aktiviti "makcik Kantin" jadi kami tak la dapat berjumpa..jadi barang ni dia tinggalkan kat rumah Ida Isk....kebetulan dia juga ada buah tangan untuk Ida yang dihantarnya terus kerumah Ida....Kakintan pula menerima barang ni dari Ida apabila kami terserempak diRomantika Wangsa Maju. Waktu tu Kakintan baru sahaja keluar dari kedai tersebut setelah memborong beberapa barang untuk dibuat lucky draw dalam satu majlis disekolah anak Kakintan Ahad lepas. Kebetulan barang ni ada didalam kereta Ida, jadi senanglah Ida... tinggal serahkan je pada Kakintan masa tu...
Sambil sambil tu biarlah Kakintan perkenalkan lagi tentang Sanmawia ni ya... San ni peminat bunga matahari, kalau datang keblog Sanmawia ni anda semua akan melihat semua barang barang deco dalam rumah nya , kebanyakkan dihiasi dengan bunga bunga matahari. Ada juga buah buah epal. Ha... ini lah dua jenis barang yang menjadi kegilaan Sanmawia. Kalau tak percaya bolih datang keblognya disini http://sanmawia.blogspot.com/... kalau tak salah Sanmawia ni tinggal diKelana Jaya dan punyai 3 orang anak.Oh ya lupa nak bagi tau kat San..terima kasih banyak banyak dengan ole ole yang San belikan untuk Kakintan ni ya...cantek pulak tu....Lain kali kalau pergi lagi jangan lupa lagi ya...hik...hik.... ok lah setakat ini dulu catatan Kakintan buat kali ini ...salammm & bye bye



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...