12 April 2010

NASI PUTIH /SUP TULANG....

Salam semua pengunjung blog Kakintan ni, dah lama Kakintan tak letak N3 pasal masak masak kan... sebab Kakintan tak masak beberapa hari ni he...he... Sabtu tu ada majlis perkahwinan dirumah Mamakiter, malam nya pula ada majlis tahlil arwah dirumah sepupu hubby kat Sentul, Ahad nya pula ada lagi majlis kenduri dirumah jiran berdekatan, malam nya pula Kakintan masak kat "gerai" je... jadi hari ni baru start masak untuk makan tengahari... itu pun Kakintan masak kan untuk anak2 yang Kakintan asuh ni sekali. Lagi satu sebab tak masak ialah bila En Hubby tiada dirumah jadi Kakintan ambil jalan mudah je..
Untuk berkongsi menu dengan budak budak tu Kakintan masak sup tulang yang dicampurkan dengan ubi kentang dan juga carrot... senang cerita kan lagi pun budak budak yang besar besar ni memang suka makan kentang dan carrot tu. Sebab tu juga kedua dua bahan ni sentiasa ada dalam stok.
Makan kan je dengan nasi putih, tapi Kakintan nak lagi sedap Kakintan makan dengan cilipadi yang dipotong potong bersama bawang dan juga kicap serta perahan limau nipis... aduhai berpeloh peloh memakan nya.. ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan hari ini... salam dan bye bye...

10 April 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MAMAKITER..

Salam semua, selamat berhujung minggu pada semua, tak kemana mana ke hari ni?...biasanya cuiti cuti hujung minggu macam ni macam macam rancangan ada kan.... ada yang kerumah kenduri kahwin contohnya.... semalam Kakintan dan Ham menghadiri majlis kenduri kahwin anak seorang blogger iaitu Mamakiter (Anita Marzuki) dan juga anak saudara kepada blogger Mimieloma (SURIRUMAH IT)...
Mamakiter poskan kad jemputan nya minggu lepas pada Kakintan, tertarik dengan kata kata yang terdapat dalam kad tersebut yang berbunyi begini... Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan mengapa didambakan bak Siti Khadijah, Kalau diri tak sesempurna Rasullah,..ishhh hebat nya kata kata ini kan...Oh ya Kakintan kemajlis tersebut bersama Hamsiah Junid (kak Ham- Keluarga Airuti)...rumah Mamakiter terletak diSeksyen 5 Bandar Baru Bangi...bukan main meriah majlis tersebut...sesampai kami disana pengantin tengah makan beradap. Ibu dan bapa pengantin masing masing sibuk dengan tetamu yang datang, jadi kami jumpa lebih kurang mengenalkan diri dan terus menjamu selera. Sebelum tu kami bertemu pula dengan seorang lagi blogger iaitu Mimieloma... yang juga ipar kepada Mamakiter... memanglah suasana...
Mimieloma ni peramah orang nya, tak puas puas kami bercerita, sambil menjamu selera.... selepas habis makan kami masih lagi duduk disitu menunggu pula kedatangan Sharifah Norhodza sekeluarga dari Salak Tinggi Sepang. Wahhhh...bersambung lagi perbualan kami. apa taknya baru pertama kali bertemu kan...memang banyak cerita tak habis habis... Sebelum tu KakPah ada juga datang, tapi kami tak sempat bersua sebab Kak Pah cepat datang , cepat juga pulang nya...tak apa insyaallah June nanti kita jumpa lagi ya...

Bersama Sharifah Norhodza.....dan gambar dibawah ni gambar Kak Pah (Tadika Aulad), dan juga yang bertudung hijau tu ialah Mamakiter...tak sempat nak ambil gambar dengan Mamakiter sebab dia sibuk melayan tetamu masa tu...


Ok sekian dulu catatan Kakintan kali ini ya...jumpa lagi dilain waktu layan dulu gambar gambar kami ni ya... salam dari Kakintan...

HAPPY BIRTHDAY MARIA DI KK

Salam dan selamat pagi, selamat berhujung minggu juga Kakintan ucapkan pada yang berkunjung keblog ini. Dipagi yang cerah ini Kakintan nak mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT MARIA ZAINA yang berada diKK semoga panjang umur , murah rezeki dan sihat tubuh badan serta hidup mu diberkati Allah dunia dan akhirat.
Maria...apa menu istimewa hari ini?...he....he.... mesti ada yang special untuk dimakan bersama keluarga kan....ok...Maria jangan lupa ambil "bunga" dari Kakintan ni ya....salam & bye bye....

09 April 2010

MELAYAN 3 ORANG BABY DALAM 1 HARI.....

Salam dan selamat bersua lagi..... kali ini bukan nya N3 pasal masak memasak lagi, tapi mengenai tugasan yang Kakintan lakukan sepanjang 2 minggu ini.... aduhaiiiiii.... kalau orang tanya letih tak?.... memang Kakintan rasa letih.... tapi menyeronokkan.... apa tidaknya bayangkan nak layan 3 orang baby ni... diorang berdua ni sebenarnya ada sebab masing masing diserah pada Kakintan untuk diasuh... Ryan baby yang duduk dalam walker tu anak kepada jiran Kakintan, pengasuhnya sekarang sedang duduk berehat kerana baru sahaja menjalani operation dibahagian mata kerana katarak... sebab tu lah Kakintan menjaganya sementara waktu.... baby Ryan ni sebenarnya senang menjaga nya kerana tak banyak sangat kerenah... suka tersenyum, pantang diagah wahhhhhh...mengekek ngekek dia ketawa, sampaikan tuala jatuh kat depan dia pun dia bolih ketawa sakan, terhibur hati Kakintan dibuatnya.... penat pun hilang melihat gelagatnya...
Baby yang berbaju biru tu dengan mulut bersumbat puting ni nama nya Ayra... berusia 9 bulan, nampak cerdik sangat , dia yang selalu buat Kakintan tension..nak tau sebab apa?... he... he.... sebab kalau dia menangis satu taman perumahan bolih dengar. Ayra ni Kakintan jaga sementara kerana ketiadaan maid yang pulang bercuti. Paling Kakintan suka dengan baby Ayra ni bila kita suapkan dia makanan, cepat je habisnya, Ayra ni pemakan budaknya, apa sahaja kita suapkan mesti dia tak kan menolaknya....
Masa ni diorang semua memang masa diorang tidor, Kakintan snap gambar ni dalam kul 10 pagi, bila semuanya dah kenyang diberi makan, susu dan sebagainya diorang dengan sendirinya akan tidor, tapi Ayra pula kena lebih "berangan" baru dia dapat tidor....
Baby yang ni macam biasa.... apa apahal pun bila ibu jari nya masuk mulut, tak lama lepas tu memang dia akan tidor lama, nak pulak kalau diletakkan didalam buaian...
Yang ni Syed Toha.... tak bolih tukar tempat "parking" dia, kalau kita alih kemana mana pun dia pasti akan kesini juga untuk tidor.... haiiiii... macam macam ragam bila mengasuh budak budak ni...yang pasti nya walau pun badan penat tapi hati terhibur dengan kerenah2 diorang semua ni...ok la...salam dan bye...bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...