14 April 2010

BIRTHDAY KAWAN KAWAN....

Salam dan selamat pagi....alhamdulillah bersua lagi dipagi yang cerah hari ni. Sementelah ini juga Kakintan nak mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada dua orang lagi blogger yang Kakintan kenali iaitu pertamanya Zaiton Omar di Denai Alam, kalau nak singgah kat blog dia RUMAH KU SYURGA KU.. disini ...http://darirumahkakton.blogspot.com/.
semoga Ton panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan Allah memberkati hidup Ton sekeluarga didunia dan akhirat...Amin...Bunga ni untuk Ton ya...bolih la bawa balik gantung kat blog tu he..he...
Untuk yang kedua ni pula..."bunga" ni khas Kakintan nak kasi pada Amy Germany dari blognya ICH BIN ICH UND DU BIST (http://schwenkeena.blogspot.com/). Amy kini menetap di German, tapi Kakintan pernah bersua dengan nya pada tahun lepas semasa dia pulang bercuti keMalaysia.
Pada Amy...Kakintan juga nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY.....semoga panjang umur, sihat selalu dan berbahagia disamping orang orang tersayang....nanti Amy ambil la bunga ni bawa balik ke German ya... he..he...Ok..sampai disini dulu catatan Kakintan pagi ni...salam...

13 April 2010

LAKSA PENANG....

Salam dan selamat pagi semua blogger yang singgah disini, pada kaum kaum ibu surirumah tangga sepenuh masa, masa ni tentunya dah mula sibuk kedapur kan?. Ya lah mana yang ada anak sekolah petang mesti nak siapkan makanan terlebih dahulu sebelum kesekolah supaya perut anak sedia kenyang bila belajar.
Untuk Kakintan ni menu petang semalam, untuk anak anak Kakintan masak kan lauk yang ringkas ringkas je..janji ada sayur, sup dan paling utama tak berapa pedas. Tapi semalam macam teringin sangat makan laksa penang yang masam, dan paling utama Kakintan ada rasa pedas pedas cili api sambil menghirup kuahnya yang dicampor dengan daun kesom dan juga bau bunga kantan nya yang mencucuk hidung....wahhhh memang selera kalau dimusim musim hujan dapat menu begini...
Kalau buat pun tak la banyak sangat...sebab anak anak tak layan sangat laksa penang ni...kalau Kakintan buat lebih pastinya separuh dihantar kerumah rumah jiran jiran yang berdekatan...ok sampai disini dulu catatan Kakintan pagi ni....Resepi nya nanti Kakintan letak ya....sebab sekarang ni nak start masak masak pula..he...he....ok salam & bye bye....

12 April 2010

ADA LAGI OLE OLE DARI LANGKAWI...

Salam semuanya...N3 yang nak diletakkan kali ini tentang ole ole yang baru Kakintan dapat dari Langkawi lagi. Sebenarnya minggu sudah En.Hubby keLangkawi kerana urusan pekerjaan. Kalau keLangkawi apa lagi buah tangan yang semestinya dibeli kalau bukan choklat. Bermacam macam choklat yang dibelinya sementelah pula kat rumah ni ramai budak budak. Raya sakan la nampaknya diorang dengan choklat ni...
Set sudu/garfu ni pula memang Kakintan berkehendakkan nya, dah bagi tahu kat Hubby, kalau beli mesti yang ada bunga ala ala roses...he...he... nasib baik ini lah yang dibelikan nya...alhamdulillah syukur...
Set bekas sudu ni sebenarnya Kakintan dah ada 2 pasang , tapi Hubby beli lagi. Tak apa lah Kakintan kata nak simpan untuk dibuat hadiah perkahwinan. Nasib la kan... dalam waktu terdekat ni kalau sesiapa hulur kad jemputan kahwin, Kakintan nak hadiahkan nya, sejak akhir akhir ni Kakintan lebih selesa membelikan hadiah untuk dibawa kesesebuah jemputan majlis perkahwinan, selalunya tempat yang Kakintan tuju ialah diRomantika. Kat situ barang barang nya pun cantek dan harga juga berpatutan. Kotak nya pun bercorak yang cantek cantek juga. Tak payah susah susah untuk membeli pembalut hadiah lagi kan...cuma letak reben atau pun kad sahaja...
Ok lah sekian dulu coretan dari Kakintan buat kali ini...salammm and bye..bye...

KEPAK AYAM BBQ...

Salam dan selamat tengahari, mesti semua dah nak makan ni kan... untuk N3 kali ini Kakintan buat kepak ayam panggang BBQ...kepak kepak ayam ni Kakintan selalunya beli dipasaraya Care4 sesekali pergi juga keNSK yang berdekatan dengan rumah untuk membelinya. Kepak ayam memang menjadi pilihan anak anak , tambahan pula sekiranya ianya dipanggang....berapa banyak yang dimasak pun kadang kadang tak cukup..biasa lah semuanya anak bujang kan. Tak payah makan dengan nasi pun, diratah begitu sahaja pun dah sedap dah...
Untuk resepi nya Kakintan main letak je ikut citarasa sendiri, bahan2 yang Kakintan gunakan:-

Kepak ayam yang sudah dibersihkan
Sos BBQ
Bawang putih
Halia
Sedikit cili sos
Sedikit madu
Garam
Sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam

Caranya...
bawang putih dan halia ditumbuk halus dan gaulkan bersama kepak ayam tadi, campurkan juga bahan bahan yang lain tadi gaulkan hingga sebati, perapkan dalam setengah jam. Bakar sehingga masak, kalau makan dicicah dengan sos cili Thai juga sedap.Ok... kalau nak mencuba bolih lah dengan resepi Kakintan yang tak seberapa ini... he..he... macam kata orang kalau sedap bagi tahu kawan kawan... kalau tak sedap bagi tahu Kakintan...Ok ....salam dan bye...bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...