18 April 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AIDIL DAN QISTINA....

Salam semua, N3 kali ini mengenai majlis perkahwinan cucu saudara kepada En.Hubby Kakintan pada hari semalam Ahad-18hb April 2010. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sederhana bertempat diDEWAN KOMUNITI DBKL,Taman Koperasi Polis Fasa 2 .
Pengantin lelaki Aidil, adalah pangkat cucu saudara kepada Hubby Kakintan, manakala pasangan nya ialahNur Qistina Ardini bt. Thawonchorn adalah seorang warganegara Thailand. Mereka bertemu jodoh sewaktu Aidil bekerja disana dan Qistina juga merupakan teman sepejabat nya. Alhamdulillah Qistina selamat memeluk agama Islam beberapa bulan sebelum pernikahan mereka. Ianya mendapat restu dari kedua ibu bapa Qistina.
Sorry, gambar pengantin tak dapat nak fokus, sebab masa pengantin sampai Kakintan tengah makan...he...he... maklum lah jam masa tu dah dekat kul 2 petang... laparrrrr you... he...he.....
Pasangan diatas ni ialah abang ipar Kakintan (abang kepada Hubby) Hamdan dan & Norbihayati, yang sama sama duduk makan semeja dengan Kakintan semalam. Konsep yang digunakan pada majlis tersebut ialah warna pink. Nampak menarik sangat dengan warna tu....
Makanan yang dihidangkan biasa biasa sahaja, dan Kakintan pun macam biasa juga setiap kali ada majlis perkahwinan nasi putih yang menjadi pilihan...
En.Hubby pula suka nasi beriani... antara lauk pauk nya ayam goring, kari daging, nenas tumis, papadum, acar buah,dan juga sambal sotong. Desert pula buah orange sunkist. Alhamdulillah sedap sedap semuanya...
Kepada pengantin baru Qistina dan Aidil, selamat menempuh hidup baru dan semoga Allah memberkati perjalanan hidup kamu berdua baik didunia mahupun diakhirat serta bahagia hingga akhir hayat..Aminnnn...Ok lah sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini.Salam.

17 April 2010

PUDING CENDOL...

Salam , selamat pagi dan selamat berhujung minggu... dah bersarapan ke belum, hari2 minggu macam ni biasanya Kakintan bersama sama keluarga keluar bersarapan dimana mana gerai yang biasa dikunjungi dan menepati cita rasa Kakintan dan keluarga. Pagi ni mulanya merancang untuk makan nasi kerabu, tapi tukar rancangan...kami keRestoren Subari diTaman Setiawangsa yang menyediakan roti arab dan juga nasi lemak nya yang sedap sedap. Kali ini Kakintan tak makan roti arab sebaliknya order roti telor dan Hubby pula makan chapati dan kuah kari kambing..memang itu lah makanan kegemaran nya sewaktu breakfast.
Berbalik kepada menu yang Kakintan paparkan ini ialah puding cendol... tapi yang Kakintan buat kali ini tak menggunakan gula merah dan tak berlapis pula. hahhh...ini pun resepi tangkap muat je nama nya...tapi alhamdulillah rasanya lebih kurang saja dengan yang dilapis dengan campuran gula merah tu... Nak kan resepi nya? Nanti Kakintan letak ya...
Bahan bahan yang Kakintan gunakan:-

15 gram serbok agar agar
250 gram pati santan
1 tin susu cair (Kakintan guna jenama F&N)
1 liter air
2 helai daun pandan
Gula pasir - ikut pada manis yang disukai...
2 cawan cendol
sedikit garam

Cara2nya:
Camporkan kesemua bahan bahan tadi . masakkan sehingga mendidih dalam api yang sederhana, bila sudah betul betul mendidih angkat . Masukkan dalam acuan dan sejokkan dalam peti ais. Ok...selamat mencuba...salammmm & bye bye...

MANGGA THAILAND

Salam dan selamat berhujung minggu...kemana agaknya dihujung hujung minggu ni... dimusim musim panas ni biasanya masing masing kalau bolih mencari tempat2 yang agak sejuk sikit. Semalam masa jalan jalan kePasaraya Care4 diWangsa Maju ni...Kakintan tengok buah buah mangga kian membanjiri serata pasaraya tersebut. Begitu juga sekiranya kita berjalan jalan kepasar malam. Bukan main banyak lagi buah buah mangga tersebut, pilih sahaja yang mana satu kita berkenan..melambak lambak.
Harganya juga berpatutan...mengikut grade2 yang dah ditentukan, Kakintan memang suka dengan buah buah mangga macam ni, sesekali rajin juga layan dengan santan dan pulut atau pun serawa mangga. Tapi tak tahu lah apa masaalah nya kalau terlebih makan kadang kadang Kakintan rasa pening kepala bila memakan nya... mungkin kah getah nya atau ada bahan bahan lain yang menyebabkan Kakintan rasa begitu... satu lagi paling best mangga mangga ni kita potong2 setelah dikopek kulitnya dan biarkan dalam fridge 2 ke 3 jam baru dimakan...aduhai enak sekaliiiiii...ok lah layan ya cerita mangga Kakintan kali ni he...he.... salammmm...

15 April 2010

WALAU PUN BUKAN ANAK SENDIRI..HATI TETAP MERINDUKAN NYA...

Salam semua.... dah hari Jumaat pun hari ni... sekejap je masa berlalu sekarang ni kan. Semenjak dua menjak ni Kakintan agak sibuk sikit, masa agak terbatas. Bukan sibuk apa , sibuk dengan tugas tugas seharian Kakintan sebagai baby sitter. Kebetulan dalam bulan Kakintan menerima kedatangan 2 orang baby sekali gus... seorang 9 bulan (Ayra- perempuan) dan juga Rayyan 4 bulan, apalagi jadi tunggang langgang la sikit jadual Kakintan. Sebelum ni Kakintan memang dah ada sorang baby perempuan Zara (8 bulan). Zara memang Kakintan jaga tetap... tapi yang 2 orang ni hanyalah sementara waktu kerana pengasuh mereka punya hal masing masing..pengasuh Ayra pulang keIndonesia sementara pengasuh Rayyan baru sahaja operation dibahagian mata. Jadi sebelum pengasuh nya benar benar sihat, parentnya minta Kakintan tolong jagakan.... Dah masuk 3 minggu Kakintan mengasuh nya..tetiba petang hari Rabu kelmarin badan nya panas mendadak, seluruh badan nya yang putih melepak tu kemerahan...malam nya dia dimasukkan ke Hospital Pakar Islam (dulunya KBMC) diKg Baru Kuala Lumpur.
Sampai sekarang dah masuk 3 hari Rayyan disana....malam tadi Kakintan dan Hubby meluangkan sedikit masa menzirahinya di hospital tersebut. Alahai kesian tengok tangan nya dah berbalut dan dimasukkan air kerana suhu badan nya panas turun naik tak menentu.
Dalam pada tak sihat tu, dia tetap tersenyum bila dipanggil nama nya. Sebenarnya si Rayyan ni seorang yang suka sangat tersenyum, kalau diagah dia juga mudah sangat ketawa..... memang menghiburkan hati kalau sesiapa melihat nya.... Harap harap Rayyan cepat sembuh ya... rindu dah 2/3 hari ni tak dapat mengagah nya he....he....
Yang ini pula kisah si Marsya Damia... dah nak masuk 2 bulan Kakintan tak tengok mukanya... dah betul betul rindu...apa tak nya Kakintan mengasuh dia semenjak lepas pantang lagi. Buat masa sekarang Marsha Damia tinggal bersama sama dengan ibu saudaranya di Negeri Sembilan. Wahhh....dah petah bercakap sekarang dan dah pandai melaram la dia, biasalah kan anak anak perempuan memang gitu gak nya. Kata parent nya cukup bulan ni Damia akan bersama Kakintan semula.... he..he...tak sabar nak jumpa dah... oklah.... sampai disini dulu celoteh Kakintan buat kali ni... Salammmmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...