20 April 2010

ANGKUT AWARD DARI ENA-ZARINA...

Salam dan selamat pagi semua... wahhh bukan main cerah cuaca pagi ni diWangsa Maju ... seronok rasanya menjemor kain kain yang dah siap dicuci. Selalunya kalau cuaca secerah begini dalam 2 jam je kain kain yang dijemor sudah kering. Kalau rajin bila angkat terus je melipatnya kan... Kalau kain kain yang tebal tu lambat la sikit kering nya... mau sampai petang nanti baru betul betul kering... contohnya seluar seluar jeans.. maklumlah anak Kakintan ketiga tiganya lelaki ..ermmm apa lagi seluar lah yang paling banyak dibasuh belum masuk yang dalam dalam tu lagi he..he... dah melalut jauh dari tajuk asal nampak nya ni...
Pepagi tadi selesai saja menunaikan tanggung jawab apa yang patut Kakintan terus je buka PC ni... memang ini rutin Kakintan setiap hari... sambil sambil tu Kakintan tunggu mesin basuh buat kerja dia, Kakintan juga menunggu anak anak yang akan tiba setiap pagi...macam biasalah. Mula mula buka PC mesti nak baca berita dulu, carilah mana mana suratkhabar yang disukai...kadang kadang Hubby Kakintan yang cari berita berita terkini dulu. Dia dah selesai pergi kerja Kakintan la yang akan ambil alih... he..he....
Ok lah...masa buka blog sendiri tadi ternampak la satu mesej kat SM box tu dari Ena-Zarina yang tinggal jauh kat Jepun suruh datang ambil award kat blog dia...terima kasih banyak banyak ya Ena... wahhhh canteknya bunga bunga tulip yang Ena tembak ni... Kakintan memang peminat bunga bungaan ni. Kalau nak tau Ena punya blog ni Kakintan bagi link dia..E-NA ZARINA LOVELY KITCHEN (http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/)....
Sesiapa yang ingin menjelajah blog nya silakan la kesitu ya.... Ena ni nampaknya rajin juga masak masak ni ... Macam macam masakkan yang dia publishkan diblognya...Ok lah sampai disini dulu Kakintan berundur diri. Kepada E-na Kakintan ucapkan terima kasih sekali lagi dengan pemberian award ini dan Kakintan dah siap gantung pemberian E-na itu disini ya...salam dan bye..... bye... semuanya.

19 April 2010

JUM SAMA SAMA KITA FIKIRKAN....

Salam dan terima kasih kerana sudi singgah berkunjung keblog Kakintan ini lagi. Kali ini Kakintan nak berkongsi sedikit ilmu daripada apa yang Kakintan baca diFB... pada Kakintan tak salah rasanya kalau kita berkongsi ilmu terutama yang melibatkan ugama kita sendiri. Ok lah selama ini Kakintan sendiri juga tak pernah terfikir, kenapa setiap kali solat 5 waktu perkara ini kita lakukan.... rupanya inilah rahsia disebaliknya..jum kita sama sama baca...
Wallauhalam....apa2 pun org tua2 memang larang anak2 muda menggunakan jari telunjuk utk menunjukkan arah sebaliknya guna ibu jari........agaknya supaya tak salah gunakan jari telunjuk kut????



Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku.. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini⦠Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku⦠Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah⦠Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah hambamu ini ya Allah....

Segala yang anda baca ini Kakintan copy and paste dari Facebook Teh Saadiah .... sama samalah kita fikirkan nya... Ok ...salammmm

JAMU SELERA DI BORAQUE PLATINUM WALK...

Salam semua pengunjung.... dah lama Kakintan tak letak N3 makan makan kat luar rumah... sebenarnya semalam balik daripada majlis perkahwinan sepupu Hubby Kakintan kepala terasa berat sangat, mungkin cuaca yang terlalu panas membahang tengah hari tu. Kadang kadang Kakintan pun tak tahan juga bila dalam keadaan cuaca yang panas diluar tetiba masuk pula ketempat yang sejuk dengan aircond kepala bolih jadi sakit berdenyut denyut dibuat nya. Dah petang sikit semalam Kakintan pun ajak Hubby kekedai gunting rambut maklumlah rambut dah panjang lepas tu banyak pulak yang gugur apa lagi pergi potong la jawab nya sambil sambil tu bolih juga suruh syampoo girl tu urut urut kan kepala...ok lah dah melencong jauh dah ni... kita cerita pasal makan makan pula...
Keluar dari Chez Studio Kakintan dan suami ke Boraque Kopitiam, dengar kata Laksa Johor salah satu dari menunya yang sedap... he...he.... mesti nak cuba juga betul ke tidak sedap... air pun kami order yang ni Hubby punya - epal hijau dengan asam boi..... yang ni memang sedap sangat, memang citarasa orang perempuan la airnya ni...
Kakintan cuma order teh ais je.... peberet Kakintan juga ni...he...he....
Last sekali kami order 2 pinggan Laksa Johor.... ishh..memang tak sabar nak makan sebab dah lama tak buat.... rasanya ok...tapi banyak lagi yang kurang rasanya antara nya kurang garam, he..he... daun kesum dan juga bunga kantan pun kurang rasanya...
Tapi dia punya sambal belacan nya ni memang best.... kena pula petang tu makan dalam keadaan hujan lebat diluar kedai tu...wahhhh,.. memang dah kena lah kan makan yang pedas pedas gitu...ok lah sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini....salam dan selamat malam....bye...bye...

18 April 2010

ASAM PEDAS IKAN DURI

Salam selamat pagi. N3 ini adalah antara masakkan yang Kakintan bawa semasa family gathering pada hari Sabtu yang lepas (17hb April) di Taman Jati Rawang Selangor iaitu dirumah anak saudara kepada En.Hubby.
Masakkan ini memang menu kegemaran family Kakintan ... ada juga menu lain yang Kakintan bawa bersama iaitu puding cendul, ulam ulaman dan sambal belacan serta salad buah buahan. Nak resepi nya ke?..ok Kakintan letakkan kat sini ya... resepi ni mengikut citarasa Kakintan sendiri..

Bahan bahan nya..

Kepala ikan dan sebahagian dari isi ikan duri..dibersihkan dengan limau nipis
cili kering*
bawang putih*
bawang merah*
halia*
kunyit hidup*
Serai*
Buah keras*
Kesemua bahan bahan yang bertanda * ini diblender
Asam jawa
sedikit garam dan sedikit gula...

Cara nya:-
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan bahan yang telah diblender tadi sehingga naik baunya. Masukkan air sedikit garam dan juga masukkan ikan duri yang telah bersih tadi biarkan dia mereneh dalam api yang perlahan sehingga isi ikan tersebut masak. Masukkan dun kesum dan juga bunga kantan yg talah dibelah dua. Masukkan juga sedikit air asam jawa dan juga sedikit gula jika suka. Kalau suka juga bolih tambah daun limau purut dan juga sedikit belacan. Masak sehingga ianya betul betul mendidih . Rasa garam, gula serta masam nya....bila dah selesa pada citarasa kita bolih lah diangkat. Ok selamat mencuba dan salam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...