23 April 2010

MENCUBA NASIB DGN SEGMEN SI BEN ASHAARI..

Salam dan selamat petang dihari Jumaat yang mulia ini... Kakintan sebenar nya dah baca pasal BEN ASHAARI buat jelajah blog untuk para ibu yang ada segmen masak masak ni dah banyak kali... tapi baru hari ni Kakintan rasa ingin menyahut seruan BEN tu.....tak apa la kan lambat lambat pun sebab dia tak bagi expired date pun... itu pun kalau BEN sudi lah menerima nya he...he....
Bagaimana pun semua syarat syarat yang BEN bagi insyaallah Kakintan akan tunaikan diantara nya

1. HEADER BEN ASHAARI PERLU ADA:-
Ben.....awal awal lagi Kakintan dah letak kat atas tu... ok la kannnn.

2.KETERANGAN RINGKAS MENGENAI BLOG ANDA...
Kalau diperhatikan dari awal lagi blog Kakintan ini bukan lah pengkhususan
dibidang masak memasak sahaja...dia lebih kurang macam logo Astro tu juga "MACAM MACAM ADA"...Kakintan pada mulanya, hasrat mengadakan sebuah blog ini hanyalah untuk suka suka berkongsi idea dalam hobi yang Kakintan ceburi terutama dalam menghias rumah, menjahit dan sebagai nya. Tapi aktiviti masak memasak tu tetap ada dalam kehidupan seharian... mestilah ada kan kalau tak ada nanti , apa hal pulak nya. Minat memasak tu ada tapi Kakintan punya masakkan tak la sehebat Mat Gebu atau pun Kak Hanieliza atau pun yang seangkatan dengan mereka....he...he...senang cerita blog ni lebih kepada cha cha marba....

3. APAKAH MENU ISTIMEWA DALAM BLOG ANDA, BERIKAN LINK NYA SEKALI ....rasanya menu yang paling istimewa ialah puding cendul...link nya ada disini (http://jariintanku.blogspot.com/2010/03/puding-cendulmenu-repeat.html)...

4. DARI MANA ANDA TAHU MENGENAI SEGMEN INI..LINK KAN SEKALI PADA NAMANYA...
Errrrmmmm...mana lagi kalau tak dari blog MAT GEBU tu..ini dia linknya..(http://tiffinbiru.blogspot.com/)..rasanya kalau tak letak link pun semua orang dah tahu ...he...he....

Ok lah BEN...Kakintan rasa syarat syarat yang BEN tetapkan tu Kakintan dah penuhi...kalau ada sesiapa pengunjung disini yang ingin blog nya diterjah olih BEN silakan penohi syarat seperti diatas sebagaimana yang Kakintan lakukan itu....insyaalahhhh...BEN akan laksanakan tugasnya.. salammmmmm

22 April 2010

KARI DAGING CELUR PUCUK UBI /SAMBAL BELACAN.

Salam dan selamat malam semua pengunjung...ermmm malam ni rasa macam tak de mood je nak buat apa pun ...entah kenapa pun tak tahu lah tapi dalam mengisi masa yang terluang ini Kakintan letakkan juga apa yang Kakintan masak untuk hari ini.... tak ada yang special pun cuma ini lah sahaja...pucuk ubi rebus dicicah dengan sambal belacan.
Untuk menambahkan selera lagi Kakintan buat kari daging dicamporkan dengan ubi kentang. Selalunya kalau nak pekat Kakintan campurkan sedikit kerisik kelapa. Ni bukan apa...kes stok kerisik kehabisan la ni he...he...tak apa nanti balik kampong bolih angkut lagi kan. Kalau beli dikampong dah tentu ianya asli dan berpuas hati, lagi pun agak murah.
Ok lah .... kalau rajin pagi esok Kakintan buat la pulak roti jala, untuk dicicah dengan kuah kari ni..masih ada stok lagi... kalau malas nanti bolih la minta tolong Hubby belikan roti arab sebungkus dikedai kawan nya tu..lepas tu Kakintan bakar la sendiri dirumah.Makan panas panas baru la sedapkan...sampai disini dulu ya catatan Kakintan malam ni...lain kali jumpa lagi..salammmmm ..

21 April 2010

PERKHIDMATAN DITAMATKAN....

Salam dan selamat pagi... he..he..apa khabar?... Hari ni Kakintan bercerita balik tentang 2 orang baby yang Kakintan jaga sementara ini , iaitu Baby Rayyan dan juga baby Ayra yang hisap puting ni...Perkhidmatan Kakintan menjaga mereka telahpun ditamatkan... kerana baby Rayyan hari tu sebaik sahaja keluar dari Hospital Kampong Baru dia terus dijaga dan diambil olih nenek nya semula yang kian semboh dari operation matanya. Sementara baby Ayra pula, pengasuh merangkap maid dirumahnya telah pun kembali semula bekerja diMalaysia setelah pulang keIndonesia selama 3 minggu. Walau pun mengasuh kedua duanya hampir sebulan tapi terasa sedih juga hati Kakintan bila berpisah dengan diorang ni...
Mana tak sedih nya sebab baby berdua ni dah mula mesra dengan Kakintan dan dah mula mengenali ahli ahli keluarga Kakintan, tapi tak apa diorang berdua pun duduk tak jauh sesekali bolih bertemu juga. Dengar nya sibaby Ayra ni pun akan berpindah kePlatinum Victory pada hujung tahun ini, bermakna tempat tinggalnya dengan rumah Kakintan ini tak la jauh sangat ..
Hanya mengambil masa dalam 15 minit je dari rumah Kakintan kalau berkereta. Selesai satu bab, bab yang lain pula yang datang. Kini dah kurang bergelumang dengan baby 2 , Kakintan bergelumang pula dengan kain kain curtain. Semalam dapat la curi curi waktu menyiapkan sebahagian dari curtain curtain yang ditempah olih kawan kawan.
Ini antara patern yang Kakintan siapkan semalam... bila sibuk sibuk jahit curtain ni teringat pula, bahawa bulan Ramadhan akan menjelma beberapa bulan sahaja lagi. Ok lah sekian dulu paparan kakintan kali ini..salam dan bye....bye....jumpa lagi.

20 April 2010

2 ORANG MAMAT YANG POPULAR SEKARANG...



Salam semua... N3 yang Kakintan letak hari ni lari dari apa yang selalu Kakintan publishkan ... selalu nya Kakintan letak pasal masak masak, award yang diterima, aktiviti yang Kakintan lakukan dan juga dah lama sekali Kakintan tak publishkan ialah tentang aktiviti membuat "decal".... tampal menampal kat pinggan mangkok serta apa sahaja yang rasanya bolih kita tampalkan... ada sebenarnya tapi belum nak cerita lagi... nanti nanti lah kan...
Kali ni N3 Kakintan berkisar pada 2 orang MAMAT yang tengah popular kat alam maya sekarang... pertamanya Mat Gebu, keduanya MAT BESI ni (BEN ASHAARI)- sorry ya BEN, Kakintan ambil ayat ni dari blog Mat Gebu juga..he...he... jangan marah tau... Kalau sebut je Mat Gebu...sapa yang tak kenal kan kalau di kalangan blogger blogger ni... rasanya seluruh dunia mengenalinya... kalah artis artis yang ada kat Malaysia ni tau..(artis jangan marah ya- kalau terbaca N3 Kakintan ni)- manakan tidak.... masakkan Mat Gebu lah yang sering menjadi rujukkan mereka..apa nya TIFFIN BIRU BLOGSPOT . COM pasti akan teruja kita semua dibuat nya... begitu juga salah satu lagi blog nya TEKOKUNING BLOGSPOT.COM ...aduhai sekali lagi perasaan kita akan teruja bila mana melihat koleksi pinggan mangkuk antik serta ada juga koleksi koleksi yang terkini dipaparkan olih Mat Gebu...

Kini, datang lagi seorang Mamat yang popular... mana mana blog yang kita singgah mesti akan terpampang nama dia iaitu Ben Ashaari. Kakintan betul betul rasa bangga dengan cara Ben ini mempromosikan blog nya sendiri. Ben sangat kreatif (ikhlas Kakintan beritahu ni Ben)... macam macam cara dia buat pertama sekali Ben buat promosi JELAJAH blog... dan terkini Ben buat pula JELAJAH BLOG IBU IBU...ishhh...ishhh...semoga usaha Ben ini mendapat berkat dariNya ya... kadang kadang tu Kakintan pun rasa macam pelik juga sebab Ben ni dalam sehari kadang bolih letak sampai 15 N3, tak tahu lah kalau lebih lagi...ada je idea dia. Kakintan nak letak 2 N3 pun susah... He...he...Ben nanti tolong Kakintan carikan idea ya macam mana nak dapatkan modal dalam mendapat kan N3 sebanyak itu ... bila masok sahaja ke blog dia sekarang ni pengunjung pengunjung nya dalam satusatu masa melebihi kadang sampai 40 orang, banyak tu.....semalam yang terkini bila Kakintan ke blog Ben dia tolong promosikan blog isterinya. Aduhai bagus lah Ben ni... bukan senang seorang suami nak tolong promosikan blog isterinya tau... tapi Ben rasanya sepanjang Kakintan berblog dia lah orang pertama yg berbuat begitu... apa apa pun syabas pada Ben ya... semoga usaha murni BEN ini menjadi contoh pada blogger blogger yang lain.. ya lah kan rambut sama hitam tapi hati manusia lain lain... Ok lah dah lama Kakintan merapu ni kan. Nak stop dulu kat sini ...nak sambung kerja kerja Kakintan yang terbengkalai pagi ni hik...hik... salam dan bye...bye....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...